Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 27 Mac 2013

Tips buat mereka yang nak tips !

 

Apa yang membuatkan aku sering kelam kabut dalam menjaga Qhaliff ialah bila memikirkan soal kerja ! Kerja aku , korang pon sedia maklumlah kan… iaitu update blog .. Kalau tak update blog , aku rasa macam makan gaji buta ! Tak baikkkk .. dosaaaa ..

Kalaulah keje aku cuma jaga Qhaliff , amatlah mudah bagi aku wehhh ! Mudah giler !! Tapi tidak .. Aku kena kerja walaupun Qhaliff masih ceria disisi aku .. Haaa.. Tu yang kekadang aku tensen bila Qhaliff tak tidur !

Silapnya ialah aku jugak.. Perancangan perlu teliti. Kecualilah ada menda urgent seperti jobs masuk tetiba nak segera atau pertanyaan pertanyaan di email yang memerlukan jawapan segera . Haaa .. Memang leh giler jap .. Sepatutnya aku perlu cool .. Pekenalah Cool Blog ! hehehe ..

Dan kalau nak keluar gi mana mana , nak makan di luar .. Silalah standby makanan utk dia.. Kalau dia makan dengan tenang , maka aku sempat update satu entri pasal makanan sebelum aku telan itu makanan !

Untuk blogger yang baru berjinak jinak yang tak tau nak update apa .. Depan anda tu adalah isunya ! Snap sekeping dua dan ulaskan dalam blog mengikut kebijaksanaan anda .. Yang penting , elakkan dosa !

Memang tak dapat dipisahkan !!

 

Masuk tahun ke 15 dah aku dok layan menatang  neh ..

Hehehe .. Aku mula gi gym pada usia 22 tahun dan skg dah 37 tahun..hehee.. Blogging ,dah nak masuk tahun ke .. er .. 2009 tolak 2013 .. berapa eh ? Kira la sendiri ..aku nak gi basuh berak Qhaliff sat ..

Apa pun ,keduanya tak dpt dipisahkan ..Cuma konsep blogging je berubah skit .. Tak kisah kaaaannnnn ..hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berdua dengan Qhaliff ..

Merayau ngan Qhaliff kat Alamanda .. Dapat gak beli baju 2 helai .. Sehelai baru RM6.90 .. heee tp sayang seribu kali sayang , penutupnya sedikit buat aku geram .. hurmmm..

Apa nak buat .. kita cuma manusia biasa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kuat merajuk macam mak dia gak ??

 

Apakah ??? Biar benar ??? Tadi kan dia kena marah marah sayang ngan daddy dia .. Maka tidurlah dia 2 setengah jam .. Dari kul 9 hingga kul 11.30 ! Amik kauuu ..Dalam tak nak tidur , sekali tidurrrr !! Haaa ..

Dan bila dia jaga .. Biasanya la kan , kalau dia nampak aku .. cepat cepat dia merangkak ke arah aku .. Tapi untuk kali ni .. Hurm.. Dia pandang je aku pastu wat dek jer .. Dia layan diri jer ..

Erkk .. Takkan kot dah boleh rasa gitu ? Hurmmm .. Susah jugak jadi ayah ni kan ? Bagi manja , terlebih sudah .. Tak bagi , risau jadi Sazali lak .. hurmmm

Ingat mudah jadi ayah dan suami ? Jadi JANTAN mudah laaa ..

Syoknya marah anak orang kan ?

 

Pukul 6 pagi dia jaga .. Dah cergas dia .. Nak merangkak sana sini .. Kena umpan pasang tv tengok apa jua cerita , baru dia statik kat situ hinggalah dipanggil !

Dan sekarang kul 915 pagi ! Sepatutnya time gini dia dah sambung tidur hinggalah kul 10 lebih atau 11 .. Tapi , untuk hari ini ianya tidak berlaku !

Susu dah diberi .. Dodoi telah dibuat.. Tapi tidur , jauh sekali !! Camana aku nak buat ? Kesabaran amatlah penting disini .. Serius , mmg nak hilang gak .. Bukan apanya .. Aku dukung , dia tolak .. Nak duduk bawah .. Letak bawah , dia merangkak .. Dicapai barang , masuk mulut .. Berdiri , kukuh pon tidak sbb mengantuk tahap maksimum !

Dan akhirnya .. Kena sedas marah sewaktu aku dukung dia .. Dari dia dok sibuk menolak badan aku nak turun , terus diam terkaku .. Kedua tangan yang tadi di dada aku , terus longlai dan kedua mata terpejam .. Tidur !!!!!

Menyesal mmg mengundang tapi kalau dilayan , aku pulak yang tensen .. Dia mmg nak tidur tapi dok sibuk lawan bijik mata .. Kalau mak dia ada senang laa.. Kasi menetek , zasss .. Tidur ! Aku nak menetek camana haaaa ..

Kesabaran tu mmg penting ! Tak leh sabar , jangan laaaa kasi dia jaga walaupun untuk sejam dua .. Iskh..

Teringat aku sewaktu mengajar di sekolah dulu .. Mudahnya nak marah budak budak yang buat bising atau tak nak dengar kata .. Tu anak orang .. Anak sendiri kita marah , camana ? Heeee..

Mulawa Baby and Kids-Parklon Play Mat

 

-iklan-

Entry1.Photo

Kepada semua pembaca yang dihormati,

Sempena pembukaan online store Mulawa Baby and Kids-Parklon Play Mat, pihak kami menawarkan 20% diskaun bagi 50 pelanggan pertama. Setiap diskaun yang diberikan layak dinikmati bagi semua pembelian tikar Parklon yang dijual. Lebih berbaloi, semua penghantaran adalah PERCUMA bagi mereka yang tinggal di semenanjung.

Anda hanya perlu buat tempahan melalui borang yang disediakan di laman web kami www.mulawababyandkids.com . Atau tinggalkan pesanan anda di Facebook kami www.facebook.com/Mulawababyandkids

Dengan diskaun terbaik , pembelian yang mudah , penghantaran percuma dan kualiti tikar Parklon dari KOREA yang hebat, pasti pembelian anda sangat berbaloi. Apa yang penting, tikar Parklon memberi faedah kepada anak-anak anda.

Terima kasih,

Yang ikhlas,

Mulawa baby and Kids

mulawababyandkids@gmail.com

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI