Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 31 Mac 2013

Bila ajal menjemput ..

 

Wanita maut leher tertusuk besi

Dari Sinar Harian ..

SEREMBAN – Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila lehernya tertusuk sebatang besi sepanjang setengah meter yang dipercayai terpelanting dari sebuah lori arah bertentangan ketika sedang memandu di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh, semalam.
Dalam kejadian  jam 10.45 pagi itu, mangsa, V Inthirani, 50, bersama adiknya, V Thilaga, 32, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Bunga Sejati kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Thilaga  berkata, sebelum kejadian, dia menyedari kereta mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan yang tidak membawa muatan. – Baca sambungannya di SINI .. “.

 

Hurm .. Bapak aku selalu pesan .. Kalau memandu , jarakkan kereta dari lori atau kenderaan berat dan besar terutama lori lori besar ni .. Bukan apa, kebanyakkan kenderaan tu guna tayar celup .. Kalau meletup , perghhh… Serpihan berterbangan ke arah belakang .. Bayangkan kalau kita sedang rapat dengannya ? Hurmm ..

Pernah berlaku pada abang aku .. Nasib baik kena pada bahagian depan kereta.. Kalau kena cermin ?

Baru-baru ni , kawan aku ada cerita .. Isterinya nyaris kemalangan gara gara tayar lori yang bawa sayur meletup ! Isterinya pulak memandu seorang diri ke pejabat . Dia outstation .. Hurmm .. Nasib baik la kena depan kereta .. Leh tahan gak la kerosakkannya .. Tapi syukur pada Allah dia dan kandungannya takde apa apa ! Haaa.. Mengandung okeh !! 

Berhati hati .. Tak perlu tunjuk hero bila berada di atas jalan raya !

Kena sound ngan Qhaliff !

 

Dalam kereta .. Qhaliff dok menyusu badan.. Aku dan wife berborak .. Suara agak kuat skit ..

Tiba-tiba Qhaliff bersuara, " Baa.. baaa..".

Aku menyahut .. " Yaaaa... ".

Dia berkata... " Yamm.. yammm ..". Dan sambung menyusu semula

Diam ???? Erkkk.. Aku terpinga dan wife ketawa !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff nak makan sendiri !!

 

Errrr.... Mak dia ngadu kat aku yg dok bizi gaduh ngan besi kat gym  .. Qhaliff tamo dah disuap ! Nak makan sendiri dah dia ..

Masak , masakkkk !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dah potong kek dah Qhaliff !

 

Heeee..cepattt aih diorg sambut besday Qhaliff !! Tak ajak daddy dia ponn .. hehee .. Suka la tu Qhaliff .. Lom lg besday ..
Selasa ni ...

Dlm gmbr tu Sue Joshua dan anak daranya pantas menyambar Qhaliff utk potong kek yg disediakan oleh Mat Gebu ..

Untung betul laaaa Qhaliff niii ..Dikelilingi artis masakan .. Tewas besar daddy nehhh ... Tak leh jadi gini aih ..

Esok, kita gi Cameron ehh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kelkatu dan jiran ..

Hurmm ..aritu kan ruang letak kereta rumah  dipenuhi kelkatu gara gara pasang lampu kalimantang sepanjang malam ( sblm tu tak de pon ) .. Ingat lagi tak entri tu ? Tak ??? Hehe.. Takpe .. tak penting ..

Kelmarin ,hampir jadi lagi ..cepat cepat aku matikan lampu dan paginya , tiada lagi bangkai kelkatu atau sayap tinggalannya ..

Cuma aku risau jiran aku je ..fikir aku kedekut nak pasang lampu luar .. maklumlah ,hati manusia ni sapa tau , kan ?  Aku kena maklumkan dgn dia ..

Alhamdulillah ..selisih dgn dia td .  Dan bertanyakan perihal kelkatu tu ..nasib dia pon sama seperti aku .. Jadi dia faham la ..

Lega .. hati jiran mau jaga ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila Qhaliff dicurangi !!

 

Haaaaa ..Jangan memain ..habis dia gentel tikar tikar yg ada depan dia tu haaa .. Tambah pipi dia tu haaaa..selambakk je membulat !!

Ni acah acah jer ..Adegan di rumah Che Mat Gebu .. bersama Rhea , anaknya blogger top Sue Joshua ...

Masih terhutang budi dengan Sue Joshua . Sampai mati ingat punya ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI