Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 8 April 2013

Bila Qhaliff layan bola !

 

Ada live ke malam ni ? Dia tu bukan tengok bola pon.. Dok tengok Upin Ipin je pun .. Hahahaha .. Mana ada cenel sukan kat rumah aku ni .. Buang duit je langgan .. Sapa nak tengoknya .. Aku ? Aku lama dah bersara dalam bidang penonton sukan tv ni .. hehehe ..

Oh ya.. Baju ni , hadiah dari blogger Sis Lin. Anaknya comel dan single lagi .. Kalau nak jadi menantu , pastikan dah pernah guna sawi .. jeruk sawi ? Isk … apa aku melalut nih ..

Ha.. terima kasih Auntie Sis Lin .. Hehee.. Auntie ke ? Layak Tok Nek dah ni ..

Qhaliff.. Tamo main bola untuk negara selagi corak pengurusan sama cam skang ni yer .. heeee… Main hoki , best tapi tak yah la.. Kita layan sukan suka suka je la.. kasi keluar peluh .. kan kan  ?

Setelah usia 1 tahun beberapa hari !

 

Dalam kereta tadi .. Wife belikan air kotak rebina utk aku .. aku yang dahaga ni pon , segera la minum .. Dengan disaksikan oleh Qhaliff .. Telan air liur dia .. Sian ..

Aku pun ulur straw kat dia .. Beria dia sedut tapi angin je masuk .. Siannya ..

Aku pun tunjuk camana nak sedut air kotak guna straw tu .. Dia perhati jer ..  Dan aku suakan sekali lagi air kotak tu pada dia .. Dan .. Dann ..

Tadaaaaa !! Dia berjaya melakukan dengan sekali ajar jer ! Aku macam tak percaya .. Aku hulur sekali lagi ke mulut dia .. Dan bersungguh dia sedut ! Walaweiiii .. Chaiyokkkk !!

Dan , dia dah berjalan ! Selain tuuu ?? Dah mula ajuk bapak dia punya gaya seperti dok buat anggukkan kepala .. Huhuh ..

Masa untuk belajar !

Sepetang dgn Qhalif ..

Saja ajak regangkan muka tuuu.. Tensen banget nampaknyaa..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Nak kumpul duit SHOPPING RAYA

 

-iklan-

With our new business project, sesiapa saja mampu memulakan perniagaan sendiri.

Modal permulaan yang rendah. Even student atau housewife pun boleh buat.

PROJEK DUIT RAYA EZ Biz Plan Low Capital, Low Risk, High Return  Plan Marketing is 100% Syariah Compliance Flexible Working Hours No Stock Keep No Financial Commitment Training Provided  Suitable for: Anyone who wants to start biz, but no huge capital Housewives Students Part timers Looking for side income  Interested? Contact Waney 013-6613197 waney_zz@yahoo.com

Book your spot for FREE business preview.

Limited to 10 pax per session.

Contact,

Waney 013-6613197

Kereta berasap , dapur meletup !

 

Dah rasa dah tak sedap kereta ni walaupun baru je antar service kat Perodua .. Tu antara sebab aku batalkan percutian ke Cameron Highlands. Nasib baik berlaku bila dah dekat dengan rumah mak aku .. Hurmm .. Kalau jauh lagi ? Dengan jalan jammed .. Sapa nak mai tolong ? Nasib baik la ada adik beradik aku .. Abang aku datang bawak towing trak dan adik ipar aku mai check.. Aku nak check susah sbb dok dukung Qhaliff ..

 

Kejadian berlaku kira kira jam 830 di laluan belakang Bandar Tasik Selatan .. Laluan biasa aku ikut. Entah apa giler hari ni , jalan jammed .. Dan nasib baik jammed ! Satu rahmat ..

Aku cepat cepat parking kereta kat tepi jalan bila ternampak asap keluar dari bonet depan kereta dan keluarkan Qhaliff .. Dalam kereta dah bau hangit..

Sebelum tu , beberapa tanda dah nampak seperti pintu kereta 2 kali tak tutup rapat dan ditegur oleh pemandu lain .. Terima kasih !  Sedangkan mmg check sblm ni .. Hurmm ..

Tanda tanda kerosakan akan menjelma , air cond tak berfungsi. Aku ingatkan gas dah abis. Plan nak gi antar service air cond tu hari ni .. hurmm ..

Kereta ditarik oleh abang aku .. Aku dan Qhaliff lak naik van adik aku yang datang menolong bersama suaminya ( terima kasih ) dan hantar ke bengkel berhampiran rumah mak aku. Kata mekanik tu , motor rosak .. Kipas depan tu haaa .. Hurmm.. Nasib baik tak mahal.. Kena dalam RM200++ .. Ok laa.. Yang penting , nyawa..

Dan dalam van , adik aku bagitau yang dapur gas rumah mak meletup ketika adik ipar aku dok memasak ! Berderai kaca .. Nasib baik takde budak budak dok main kat situ .. Haihhhh …

Dua kejadian berlaku serentak tapi di lain lokasi  .. syukur pada Allah takde kecederaan ..

L4 GRANDE patut kita miliknya !

 

Baru-baru ni aku ada terima satu email .. Pelawaan untuk hadiri satu majlis di Melco Sales M’sia (Mitsubishi Electric) yang terletak di Petaling Jaya .

Menurut email tu lagi , ada satu jenis peti ais yang baru berada di pasaran Malaysia . Pastinya peti ais tu sangat menarik kerana aku diberitahu ianya mengunakan teknologi terkini dan pastinya aku tak tau langsung akan kewujudannya dan kelebihannya .. Heheh.. Aku nak pergi !!!!

Aku ada menceritanya pada jiran aku mengenai peti ais ni .. Katanya dia baru je beli sebulan dua yang lepas. Aku terkejut gak sbb cepat sangat dia tau mengenainya .. Tapi tak hairan gak sbb status dia pun leh tahan .. hehe.. Pantas dengan teknologi ni .. Namun aku tak berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat.

Dan hari yang ditunggu tiba … Dengan gunakan GPS , aku redah ke sana .. Alhamdulillah .. sampai jugak aku walaupun berpeluh mencari tempat tu .. hehehe ..

Disambut oleh staff Melco Sales yang sangat peramah , aku rasa cam artis lak.. hehehe .. Bila masuk ruang legar showroom tu , aku terpikat dengan satu peti ais ni .. Tinggiiiii.. Besarrrr.. Warnanya pun sangat memikat hati aku !!! Aku terbayangkan jika dia berada di ruang dapur rumah aku .. Perghhhhhh… mmg best !! Semakin berseri dapur aku tuuu … huhu .. Maklumlah , warna hitam.. warna feveret aku nehh ..

Nama peti ais ni ialah L4 GRANDE , first french door refrigerator ..

Bila masuk ke bilik taklimat , ramai bloggers dah sedia menunggu .. hehehe .. Dan tidak lama kemudian …

Yearghhhhh .. Taklimat bermula .. Dan aku mendengarnya kusyuk sambil amik gambar .. hehehee..

Apakah yang menariknya tentang peti ais yg dinamakan L4 GRANDE ni ? Ahaaa .. Yang pertama ialah .. Sizenya ..

image

Lebih tinggi dan besar dari aku ! Aku mmg teruja tengok peti ais ni .. hehehe .. Macam macam aku boleh isi di dalamnya ! Warnaya pon mmg menarik .. Ada dua warna .. Diamond Black dan Stainless Steel

Kedua ialah kelebihan teknologinya ..

  • Anti Bacteria Food Liner
  • Deodorizer
  • Vitamin Factory ( sayuran dan buahan akan segar sentiasa )
  • Door Alarm System ( kalau terlupa nak tutup rapat , dia bunyi )
  • LED Light
  • Door Auto Closed
  • Egg Case

Taklimat diteruskan lagi dengan penerangan secara praktikal melalui satu permainan .. hehehe .. Semua blogger terlibat sama kena turut serta sama .. hehehe .. Permainannya mudah jer .. Masukkan semua makanan , minuman ke dalam peti ais mengikut susuan yang tepat ..

Ahaa.. Sewaktu ni lah baru semua peserta faham bahawa setiap pocket peti ais tu ada fungsi tersendiri ! Yang mana khas untuk sayuran , air tin patut diletakkan di ruang mana , susu , yougurt … Tujuannya adalah untuk kesegaran berterusan dan juga penjimatan ruang ..

Kata dah kan ? Menarik wooooo .. Malam selepas event tu , ada aku jumpa En. Sani .. Aku tanya jiran aku tu  mengenai peti ais yang dia miliki tu.. Apa komennya ?

Yer … Benar .. Penjimatan elektrik antara elemen yang penting .. Penting woooooo terutama buat mereka yg dah berkawin cam aku ni .. Jimat duit tapi berbaloi !!

Banyak sebenarnya lagi kelebihan peti ais ni kalau berada di ruang dapur rumah kita dan pastinya … tak menyesal memiliknya .. Confirm dapur tu jadi port anak anak dok cari makanan sbb fresh gitu !! Hehehe ..

Berubah sungguh bila 1 tahun !

Semakin manja ..Semakin mengada ngada .. Kuat tdo .. Menangis pun kuat .. Dan dah nak mula mengekor !!

Esok jom gi gym !!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI