Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 9 April 2013

Dan , Qhaliff bakal bergelar Along ..

 

Alhamdulillah .. tp lom gi confirm dgn doktor lagi ni .. Nanti baru gi .. Tak tau berapa minggu dah ..

Doakan agar segalanya dipermudahkan .. Terima kasih ..

Pergh... Kena ulang entri lama ni .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff cucuk setahun..

Setahun usia , kena cucuk ..  Nanti lepas 3 bulan ,cucuk lagi ..

Nak cucuk si Qhaliff ni ,3 org kena pegang dia .. hehe.. keselamatan .. Pernah ada kes kan ? Haaaa.. Jangan amik remeh ..

Terima kasih pada jururawat Klinik Kesihatan P9 yang bertugas hari ni .. Mesra dan bekerjasama ..

Heeee.. tak nangis Qhaliff .. cepat recover dr sakit.. Kasi ngadap cermin , terus sengihh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tips untuk berguru di gym ..

 

Ok .. ni sekadar panduan ringkas buat adik adik atau rakan rakan bila nak ke gym rakyat atau gym yang biasa biasa ni laa.. Kalau tak mampu nak guna khidmat ‘instructor’  tu maka boleh guna cara gini .. heee ..

Aku bukanlah nak tunjuk pandai tapi memandangkan dalam minggu lepas kat gym tempat selalu aku gi tu berlaku satu insiden mengecewakan hati aku , maka ada baiknya aku keluarkan tips ni ha.. Mana la tau berguna 1% – 10% .. kan ?

Ok .. bagi yang tak pernah masuk atau sekali dua masuk tapi tak tau nak buat apa , memula bila selisih dengan ‘orang lama’ , bagi la salam ..bersalaman dan bertegur sapa untuk seminit dua.. Jangan ajak borak ! Diorang ke sana bukan nak melepak ! Sekadar menegur jer ..

Kemudian , perhatikan cara latihan mereka .. Ingat , walaupun ada yang dah ilmu di dada , kekadang dalam gym .. teknik tu boleh diubah ubah mengikut si pelatih tu.. Kira ikut badan dan keselesaan asalkan tidak jauh tersesat .. heeee.. Jangan memandai menegur lak .. Kang , bertumbuk dalam tu .. Kecualilah , mmg terang terang dia tu salah buat .. Bertanya dan bagitau apa yang korang tau .. Jangan main kata , ‘ BANG , SALAH TUU .. CAM NI BARU BETUL .. “ .. Ada gak kena maki kat situ .. Ayat perlulah bijak tackle .. Maklumlah , dalam gym tu semua tengah ‘panasssss’ .. heee ..

Pastu , bila dah tau sapa yang boleh dijadikan kawan atau dah kenal sapa yang sombong .. barulah boleh bertanya ilmu .. Tanya , jangan tanya macam nak esok terus badan cam giant ! Tanya skit skit .. Elakkan bertanya camana nak besar cepat ! Lebih baik bertanya teknik yang betul dan corak pemakanan .. Hee.. ramai tak sabar nak besar ! Cucuk je steroid yang dikhaskan untuk anjing dan kuda ke dalam badan ! Ramai je tak kisah .. Tapi aku kisah wooo .. Sayang organ dalaman aku .. Nak pakai lama .. heee..

Pastu , bila ada orang ajar .. ucaplah TERIMA KASIH .. Dan senantiasalah melemparkan senyuman pada ‘otai otai ‘ gym tu.. Biarkan mereka sombong asalkan kita jangan sombong .. Lama kelamaan , bila mereka tengok korang beria benar kat gym tu , mereka akan beri tunjuk ajar walaupun satu dua langkah .. Tu pun dah mahal wooo .. Ilmu woooo !!

Kalau rajin , banyakkan baca dan menonton video di youtube agar kat gym nanti tak jadi pelik tengok corak latihan orang orang lama .. hehehe ..

Semoga berjaya ..

Qhaliff dapat adik ???

Baru sedar .. Wife tak dtg period lg .. Last ari tu. , 25/2.. Tu pon check kat blog berdasarkan entri ari tu … heee ..

Sat gi p klinik utk check up Qhaliff .. Pastu g beli tester. Kalu ngandung ??? Ulang entri dulu tp ada penambahan iaitu Qhaliff ..

Doakan yer..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tempahan baju Kelab Blogger dibuka semula !

 

Ok .. ramai dah dapat bajunya … Dan setakat ni , alhamdulillah .. tiada komplen lagi .. Kalau ada yang tak puashati , sila email pada aku atau angah ..

Buat mereka yang nak tempah , sila segera yer .. Kerana Angah amik tempahan terhad .. Maklumlah , tenaga kerja tak ramai.. 2 orang jer.. Suami isteri je buat .. heee ..

Satu peringatan , kalau dah buat tempahan tu .. sila berikan kesabaran di tahap yang tertinggi .. Sbb macam aku kata , bukan hari ni tempah , esok siap .. Banyak peringkat nak kena uruskan . Maklumlah , guna tangan .. Kalau mesin , lain la .. hehee… Sabar yer ..

Bagi yang berminat , sila buat tempahan dengan merujuk di entri SINI .. pastikan ikut arahan dengan tepat dan tepat ! Dua kali tepat tu .. hehe.. Segalanya untuk elakkan masalah akan datang ..

Ok ? Terima kasihhhh !

Video Qhaliff jalan terkedek kedek !

 

 

Hehehe.. ada yang mintak aku rekodkan saat Qhaliff mula berjalan .. Terima kasih atas permintaan .. Maklumlah , ramai yang dah kenal Qhaliff sejak dari dalam perut mak dia lagi haaa.. Dok follow entri pasal mak dia mengandung hinggalah sekarang ..

Apa pun , sokongan serta doa kalian .. amatlah aku hargai .. Dan pastinya Qhaliff sendiri akan berterima kasih satu hari nanti ..

Hurmm.. Walaupun dia dah boleh berjalan , dia tetap nak daddy dia dukung .. Dia kata empuk .. hahahaha .. Empuk la sangat yer !!

Segalanya menjadi kenangan dan aku bersyukur sangat aku berjaya merekodkannya di dalam blog ini ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI