Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 10 April 2013

“ Ni yang aku lomah ni !! “ ..

 

Hurmmm .. Wife dah mula bunyi dah .. “ TERINGIN BANGG !! “.. Adehh .. baru tau semalam ngandung , ari ni dah teringin ? Adoii.. Dan dan laaaaa ..

Masalah yang dia teringin sangat tu , senang sebenarnya .. Teringin sangat nak rasa masakan aku ! Aku boleh je masak .. Takde masaelah aihhh .. Cuma , antara sedap ngan tak.. Antara jadi masakan atau sampahan jer .. Hehehe ..

Nasib baik laaa … ada kawan hari ni hadiahkan menda alah ni kat aku ! Haaaa.. Jadi , dengan resepi dari blog Mat Gebu nanti , bolehlaaah aku cuba try test power masakan dengan guna menda ni ..

Photo: Masa utkkk memasakkk ..

Memula nak masak Maggie Ketam .. boleh ? Hahahaha.. Boleh diet gak aku guna menda ni , eh ?

Jangan lupa Qhaliff !!

Bila besar nanti , berpakaian kemas ..segak bergaya, bergaji besar , punya ramai kenalan .. jangan lupa asal usul ya mana Qhaliff berlampin ke hulu ke hilir jer dlm umah.. Selesa katanyaaaa ..

Jangan sombong bila berjaya. Ke kubur nanti , yang ikut serta ke dalam liang lahad tu cumalah ??

Terlupa kadang kadang kita ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff merajuk ??

 

Hehee .. merajuk kah ? Rasanya lagi seronok sbb ada geng utk huru harakan daddy !!

Gulp .. pengiraan bermula ? Er.. nanti dulu.. kena gi jumpa utk pengesahan .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Smart Kids 2013 mempersembahkan …

 

“ SmartVille - Where We Nurture the Future “

image

Wowww ! Macam macam  skang ni yer ? Aku sendiri pun tak sempat merasa apa yang kanak kanak sekarang ni merasa .. Sesungguhnya mereka ini bertuah kerana ibu bapa sekarang amat sangat pentingkan pendidikan awal ..

Ok , SMART KIDS datang lagi .. Kali ni membawa tema yang sangat menarik iaitu “ SmartVille - Where We Nurture the Future “ . Apakah kelainanya kali ini ? Heheheh ..

Dengan pengalaman 10 tahun yang cukup membanggakan pastinya kali ini SMART KIDS akan membuat kelainan dari yang sebelum sebelumnya yang mana sebelum ini pencapaian mereka telah direkodkan di dalam Malaysian Book of Records :

  • Malaysia’s Largest Kids Educational Fair 2002
  • Malaysia's Largest Virtual Painting 2002
  • Mega Family Creative Colouring Contest 2005
  • Largest Plaka Stone Art Collage 2006
  • Biggest Participation in the Twister Board Challenge 2010

Apakah kelainan di exhibition Smart Kids kali ni .. Hurmm ..  Menurut artikal yang aku baca .. heeee .. Smart Kids kali ini lebih memfokuskan pada pembesaran secara lebih sihat melibatkan fizikal dan mental serentak yang mana ianya sangatlah penting pada tumbesaran anak anak kita.. Haaa .. Bagus sekali ni ! Maklumlah , dunia semakin mencabar .. Anak anak semakin bijak dan sangatlah perlu bersaing antara satu sama lain ..

Kenapa anak kecil kita perlu ke exhibition Smart Kids kali ni ? Hehehe .. Anak kecil kita tak perlu pergi tetapi kitalah yang membawa mereka pergi ! Hehehe .. Pentingnya sokongan dan dorongan dari ibu bapa untuk melihat anak mereka maju ..

Di Smart Kids nanti akan ada pelbagai aktiviti menarik untuk memastikan setiap pengunjung akan mendapat ilmu yang sangat bermanfaat buat diri mereka terutama si kecil tuuu ..

Antaranya akan ada segmen segmen khas untuk si kecil dan juga ibu bapa serta penjaga seperti  Smart Education , Smart Health , Smart Family  dan byk lagi..

Selain itu akan ada juga aktiviti pembelajaran melalui pengalaman di sana nanti ! Haaaa .. Takkan nak lepaskan peluang gini kan ? Pelbagai acara dah menanti anak kita nanti .. Rugi lepaskan nehh !

Bilakah Smart Kids 2013 ni  diadakan ?? Ahaaaa .. Ianya akan berlangsung pada 19hb April hingga 21 hb April 2013 , di PUTRA WORLD TRADE CENTRE ( PWTC ) , Kuala Lumpur ..

Haaa … Sila ambil perhatian yer .. Yuran kemasukan sebanyak RM 5 pada orang dewasa ketika nak masuk ke exhibition Smart Kids ni nanti .. Kanak kanak di bawah 16 tahun , adalah percuma ! Peewtittt .. Untung wooo .. Rugi tak datang ..

Kalau nak masuk percuma , boleh jer ! Takde masalah !! Hehehe .. Mudah sangat .. Sila daftar ke  gush.ly/smartkids2  untuk dapatkan kemasukkan percuma nanti  sebelum 14hb April 2013 ! Tunggu apa lagi ??

Jika ada sebarang pertanyaan , jangan segan segan untuk hubungi 603-8023 2600 atau email kepada smartkids@sphereexhibits.com.my.

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI