Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 12 April 2013

Doktor tu kata hama tapi..

 

Doktor kat klinik swasta kata hama yg mungkin berpunca dari cadar , bantal , karpet yg mana Qhaliff buat tidur atau guling guling dan mula merebak ..

Kesan awalnya , di badan bhgn depan .. Dan selepas sapu ubat dan losyen Seba Med  ,depan ilang , tp kat tangan dan kaki lak naiknya..hurmm ..

Tadi gi jumpa doktor klinik kerajaan lak .. Dia kata mungkin alergik tapi Qhaliff tak tunjuk tanda tanda yg dia alergik seperti demam , sukar bernafas dan sebagainya ..

Kedua dua doktor kasi ubat sapu .. Cadar mmg kerap tukar tp aku syak dari toto .. hurmm .. Dan ada kurang ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jom berehat minda di Dewan Filharmonik ,KLCC

 

Baru-baru ni aku dan sorang lagi kawan blogger gi ke Dewan Filharmonik yang terletak di KLCC untuk menikmati satu kelainan bagi diri aku dan kawan aku tu .. heeee .. Lain tapi tidak asing bagi diri aku kerana aku mmg lama dah minat dengan irama orchestra ni .. Cuma bagi aku ketika tu , irama ni hanya mampu dilayan oleh mereka yang berada ni ..

Tapi malam itu , segalanya berubah ! Wow !! Harga tiket , sememangnya mampu dibeli jika kita benar benar inginkan sesuatu yang berlainan dan relaks .. Cam aku ni , mmg stress sangat la terutama bila fikirkan pasal blog ni .. Haaa ..

Bila aku masuk ke dalam dewan tu , 'wow' terkeluar dari mulut aku ! Sungguh mengagumkan senibinanya .. Sangat cool okeh !

Heee.. Aku datang pada mulanya dengan berkasut sukan .. Maklumlah , kasut kerja warna hitam aku tu , dah hampir 2 tahun tak pakai.. Bersawang dah .. Malas nak kiwi . Tapi , ditegur awal lagi di kaunter tiket agar menukar kasut aku tu .. hehe.. Aku okeh jer .. Memang dalam kepala nak gi beli kat situ jer selepas amik tiket .. Semata mata nak layan orchestra yang akan dipimpin oleh Zhang Yi dan nak layan bunyian piano sentuhan Beatrice Rana ! Haaa.. Rugi lepaskan segala peluang ni .. Jadi , kalau korang nak gi , sila berpakaian kemas yer .. hehehe .. Tak susah pon kan ?

Tepat 8.30 malam .. maka bermulalah segalanya dan tamat 10.30 malam .. 2 jam yang sangat sangat sangat mengubah persepsi aku pada irama orchestra ni !

Sangat menakjubkan !! Penonton yang hadir  sangatlah memberikan sokongan hingga mereka memberikan tepukan tanpa berbelah bagi .. berminit lamanya okeh , mereka bertepuk !! Perghhh .. Dasat !

Dan , aku keluar dgn satu perasaan yang lain sangat .. WOW ! Rasa macam nak gi lagi !!  Terbaik !!! Kalau nak tgk jadual untuk persembahan akan datang , gi ke fb.mpo.com.my ..

Kena jujur mcm ni lah !!

Masukkan bayaran makanan dan minuman dalam bekas tuu..

Kalaulah semua manusia jujur terutama ahli politik yang akan bertanding nanti .. tak kira la parti apa sekali pun , bila berceramah biarlah jujur , ikhlas dan paling penting .. kerana ALLAH..

Sayangnya ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Makin susut berat Qhaliff ..

Last masa timbang , beratnya dah lebih 11 kg ..Dan hari Selasa hari tu , turun jadi 10++ kg ..Apakah yg berlaku ? Dia sihat dan comel .

"Jangan terpedaya dengan kecomelannya itu .. " .  Tetiba teringat kartun kat Astro.. hee ..

Haaa..sambung .. Ada kata sbb dia dah mula berjalan ... Dah mula aktif .. Aku rasa pon mmg gitu la.. takde apa yg membimbangkan .. hee..

In sha Allah.. pasni bermula episod baru .. Qhaliff dan Qhalisya ? Qhalish ??

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jangan diganggu dia !!

 

Dah boleh layan diri dah skang ! Jangan ganggu dia bermain .. Kalau ganggu , siap la dia amuk ! Dikejarnya kita okeh !!

Tak percaya eh ? Haaa.. Sat aku kasi video baek punya ..

Samaaa jee skang ni .. Dia kejar balik untuk dapatkan semula mainan yang bukan mainan tu ! Iaitu hp bapak dia dia haaa.. Kalau bukan hp , mesti nak amik cermin mata , atau benda benda yang seangkatan dengannya yang mana pastinya bukan mainan dia !

Ni tak kenal lagi kedai mainan .. Kalau kenal ? Aku kena standby topeng ultraman la gamaknya !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI