Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 29 April 2013

Tak perlukan Kak Ton !!

 

Haaaa .. tanpa produk Kak Ton , kami anak beranak , tetap comel .. Kaaaannn !!

Jimat duit ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila blogger otai masakan sudah amuk !

 

Tu diaaa.. Abis semua sudip , kuali , periuk belanga berterbangan di dapur itu ! Waduhh.. bisa banget neh ! Heheh.. Kalah kontroversi MasterChef yang si Zain sudah marah marah itu .. Hahaha ..

Apa kes lak ? Haaa .. Sebenarnya selalu sangat dah berlaku .. Sekali dua ok la.. Tapi kalau selalu sangat , kesian la kat kami yang bergelar blogger ni .. terutama yang cari makan dengan blog .. Cam aku .. hahaha ..

Kalau nak gunakan blogger untuk kasi ‘laris’ produk anda , kena la win win skit .. Jangan ingat keluarkan ‘muka’ kat majalah tu dah memadai .. Kalau blogger tu lom top atau popular , lain la.. Tapi kalau dia dah ada nama dan pengikut sendiri , haaa.. kena la bijak berdiskusi .. Confirm la blogger tu akan promote dalam fb , blog mahupun twitter .. termasuk adik beradik yang ada di whatsapp tu ! Free promosi gitu ! Dapat apa ? Glamer sat ? Syarikat tu confirm la untung skit dari segi pemasaran yang percuma tu ..

Blogger akan dapat trafik tinggi kalau keluar majalah ? Hurmm .. Trafik tinggi tu , aku tak rasa la .. Tapi pembaca baru , mungkin .. Namun , masih tidak setimpal .. Sekurangnya bagi la token bergantung pada populariti blog tu ..

Hurmm .. Nak upkan blog bukan mudah ! Bukan sehari dua ! Lainlah buat blog lucah atau letak video lucah .. Confirm laris punya ! hehe.. guwau ! Jangan buat okeh !

Ok , apa kes ni ? Sila baca di blog Mat Gebu.. Beliau dah meluahkan pendapatnya dan juga rakan rakan seperjuangan .. Aku pun nak join sama walaupun takde majalah sudi offer aku .. Hahahaha ..

Baca di www.tiffinbiru.com untuk mengetahui apa kesnya ..

Pasni berlari lak !

 

Perghhh.. dah tak kasi pegang tangan daah skg ni !!! Haaaaa .. Pasni , mesti mengejar lak aku ..  Sambil dukung adik dia ? Erkk ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila wanita tercantik dunia 2013 dipilih ..

 

Dari Mstar Online … “ Gwyneth Paltrow baharu saja menerima gelaran wanita tercantik dunia 2013 menerusi kaji selidik yang dilakukan majalah People. “.

Pada mula aku dengar ‘pertauliahan’ ni di radio , aku tergamam .. Takkan kot ? Abis hilang dah ke artis bollywood tu ? Ramai je lagi yang lawa dari minah ni ..

Baru baru ni aku tengok Iron Man 3 .. bila tengok dia , tercari cari gak tang mana layaknya merangkul anugerah berprestij tu ? Ahaaa… Apakah ketika dia memakai baju robot tu ? Erk ..

Inilah manusia .. Boleh buat apa saja yang mereka nak bila punya kuasa .. Yang tak bersalah , boleh bersalah . Yang bersalah , rileks jer.. Suci murni lagi gitu ! Katanya la ..

Bila artis berpolitik ..

 

Azhar Sulaiman .. Hurmm .. Samada betul atau tidak , ko tak perlu la beria nak siap bersumpah gitu ..  Ko beria nak bukak aib orang ke ? Alahai.. Dulu masa jadi artis , takde buat dosa ke ?

Norman Halim … Haih , dia ni rela tengok anak bangsa dia leka dengan hiburan yang melalaikan ke ? Cukup cukup dah laa .. Kita ini atas dunia sementara jer .. Takkan ada orang nak pasang speaker dan stereo dalam kubur ko tu nanti ..

Faizal Tahir .. Dulu aku tak suka dia ni .. Tapi ternyata dia lebih bijak dari dua orang diatas tu ..

Ac Mizal ? Ni tak yah kata apa dah .. Tengok dari cara pemakaian dia dalam tv pon dah tau camana dia berfikir ..

Seperti seorang anak berkata kat mak ," Tak nak la gi sekolah .. Nanti cikgu rotan !".

Jawab si emak tu lak .. " Aik , belum gi sekolah dah tau nak kena rotan ??  Cikgu rotan bila kita nakal , malas .. kalau jd budak bijak ,takkan cikgu nak rotan kan ?".

Takut pada byg byg sendiri kah ? Apakah kita nk tgk artis atau anak kita pakai microwave atas kepala seperti ada artis pakai baru baru ni ?

Nak tgk kah anak anak dara di Malaysi ni ,seluarnya semakin sendat dan baju makin singkat lalu berkeliaran sana sini siang malam ?

Peranan mak bapak juga kah ? Peranan kita apa pulak ? Ahh .. Ke nak kata gini .. “ Lantaklah ,bukan anak aku pun eh ? “.. Apakah kita cuma akan ada anak ? Cucu ? Anak buah ?

Bayangkan masa depan negara kita dgn melihat keadaan sekarang ni .. Muzik .. filem .. rancangan tv .. Sapa yg kawal ?

Yang lain ? Fikir sebelum keluarkan pendapat .. Kita pandang sekarang dan bayangkan masa depan ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI