Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 6 Mei 2013

Semua ni dia punya pasal !

 

Sejak sejak dapat kaki ni , mmg aku penat giler ‘mengutip’ si Qhaliff tu ! Haihhh .. asyik nak ke dapur je dia .. Bila sampai dapur , terusk ke peti ais .. Dia tau dalam tu ada macam macam makanan ada terutama yang daddy dia punya ..

Azan Maghrib berkumandang .. Wife masih mandi . Qhaliff selesai dah berwangi wangian .. Tapi dok asyik nak berjalan .. Tamo aku pegang dia .. amboiii …

Ambik wudhu .. Tangan pegang dah jubah .. siap nak solat tapi Qhaliff masih dengan cerianya ke dapur .. Letak jubah dan kejar dia .. Angkut dan kasi kat mak dia ..

Geram kat Qhaliff ! Tunggu la aku lepas solat .. Nak gigit dia .. Berdiri di atas sejadah .. Angkat takbir .. Qiam .. Tiba-tiba rasa pelik ..

Arghhhh .. arghhhhhhhhhhhhhhh !! Arghhhhhhhhhhhhhhh !! Semak rupanya kepala otak aku ni !! Haihhh.. Astaghfirullah al’azim ..

Terlupa pakai jubah .. Hanya berseluar bola je !

Sila jahanamkan harta itu !

Dia nampak dah laptop baru aku tu .. Yang Sony Vaio dah selamat hancur ..Yang Lenovo mmg dah jadi mainan dia ..Maka operasi menyelamatkan laptop baru perlu lebih tegas !! Kalau tak ?? Baru lagi !

Belum mai sorang lg tuuu .. Aku nak bukak kedai laptop rosak la gini ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sibuk la dia !

Tolong ?? Tolong lipat ?? Takde maknanya aih ... Lagi kena tolong dia ada laaa !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ni yang aku bosan !!

Punya laaaaa jaga bila berkereta baru tp  ..hurmm .. Calar dah weh !! Ilang mood nak jaga ! Grrr..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hitam putih kehidupan ..

 

Kali pertama aku bergelar pengundi dan kali pertama sejarah berlaku dalam pilihanraya negara .. Peratusan mengundi naik .. Sesuatu yang menarik dan membanggakan kerana tahap pemikiran rakyat sudah berbeza dari dulu termasuk aku .. hehee ..

Keputusannya , seperti dijangka walaupun dikatakan bakal ada kejutan dan pelbagai kontroversi tapi kemenangan tetap dimiliki oleh BARISAN NASIONAL..

Aku percaya ramai rakan dah tau aku di pihak mana setelah sekian lama aku berdiri atas pagar .. Kenapa aku pilih ke arah itu ? Jawapannya boleh dinilai sendiri dengan kematangan fikiran ..

Dulu , aku sokong parti tu sbb aku selesa sangat hidup dibela .. Sekarang aku sokong parti tu kerana dah tau betapa keselesaan itu sebenarnya amat perit walaupun tidak menyeksakan .. Terima kasih kerana masih membenarkan hidup dengan tenang seketika ..

Aku tak nak bicara soal keadilan sbb yang mampu adil cumalah ALLAH .. Kita mampu melakukannya jika benar benar mengikut suruhanNya .

Apa pun , aku REDHA atas ketentuanNYA .. Harapnya pihak yang berjanji tu , akan menunaikan janjinya sepanjang 5 tahun ni. Jangan tunggu hujung penggal baru beria .. Hehehe ..

Tahniah dan aku mohon maaf jika ada rakan rakan pembaca blog terasa hati dengan status status aku di FB tu .. Kebebasan bersuara yang aku pastinya pasni sukar dah nak bersuara .. heeee..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI