Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 13 Mei 2013

Gaduh dengan mak , bakar rumah !

 

Mak aku cerita .. Aku terkedu memula .Takkan la sampai gitu sekali kot ? Gaduh ngan mak dia , pastu dicampaknya putung rokok ke atas tilam yang kemudiannya terbakar ?

Hurmm .. Memang ada kebakaran teruk di tempat yang mak aku nyatakan tu tapi punca tu .. Mak aku pun sure dengar dari mulut orang lain . Jadi kesahihannya boleh diragui.

Tapi jika benarnya kerana tu , memang kesianlah kat jiran jiran yg mana rumah mereka pon terlibat sama rentung ! 4 bijik masa aku baca kat ahbar tu ..

Gaduh pasal apa , tu kurang pasti. Tapi aku leh rasa la pasal apa sbb budak kawasan rumah aku tu ramai rosak sbb dadah. Tapi aku tak kata la dia mintak duit kat mak dia .. Cuma kebarangkalian tu je la .. Haihhh .. 

Ada yang fikir , dadah dan rokok ni cuma merosakkan diri sendiri je pon. Kira jahat sorang sorang ! Tapi dia tak sedar kesan daripada tu . Rokok , kalau budak sekolah yang menghisapnya .. camana ? Mana nak datang duit ? Dadah , jangan citer la.

Sian kat orang tua tu ..

Rajin dah , cucu Ashaari ni !

 

Dia nampak mak dia menyapu pastu dia perhatikan kat mana mak dia simpan penyapu tu..

Dia gi amik dan tolong .. tolonggggg la sgtt ..hahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Demi anak-anak ..

 

Daddy tak gi gym sekerap dulu .. Cuba jimatkan seberapa byk yg boleh .. Tak kisahlah , janji gembira ..

Walaupun tak gi gym , mkn tetap jaga ..Bersenam , main bola dgn Qhaliff .. hehehe..Berpeluh gakkk ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dah boleh main bola dah !

 

Hehehe .. Tak sangka lak aku .. Siap nak berlari dah dia .. Dan menariknya , leh sepak kena bola tu lak .. Kalau ikut bapak dia , ngan lantai lantai tu dia sapu .. hahahaha ..

Pasni leh layan kat padang dah .. Hitam ? Hahahah .. Tak pe la.. Bukan nak suruh jadi supermodel pon .. Artis ? Buang karan jer ! Pemain bola ? Tak de la.. Nak suruh dia punya pengalaman hidup .. Dan paling penting , jangan pisahkan agama dengan kehidupan ..

Seimbang ..

Menikah bukan sekadar nak ‘tuttttt’ !!

 

Bila bercinta , bermati-matian nak pertahankan kekasih hati. Tak kerja , kerja biasa atau kerja luar biasa bukan satu masalah . Bawah umur , atas umur atau takde umur pon tak kisah asalkan cinta disatukan !

Betul , bila dah cinta tu apa pon tak kisah dah ! Asalkan dapat bersama si dia yang tersayang dan tercinta ! Kononnya laa.. Benda lom dapatt.. Cer dah dapat ? Baru tahu langit tinggi rendah ..

Sebelum ‘dapat’ , duk reban ayam pon ok. Tidur beralaskan lengan tercinta . Makan nasi kosong pon ok .. Asalkan si tercinta tolong suapkan ! Kononnya laaa ..

Nanti ada anak camana pulak ? Anak yang masih kecil tu nak makan apa ? Nasi kosong ? Lampin camana pulak ? Susu ? Sakit demam semua camana lak ?

Bagi yang berkemampuan , mungkin ada isu lain lak cam isu mertua. Tak ngam ngan mertua .. Mertua sana sini kongkong ! Kekadang kita kena tengok balik kenape mereka mengongkong. Segalanya punya sebab kan ?

Sebelum beria nak menikah , cuba check kemampuan diri tu. Kalau benar menikah kerana ALLAH , inshaAllah dipermudahkan .. Kalau kerana nafsu ? Hehehe .. Ingat , menikah ni bukan saja menyatukan dua jiwa tetapi menyatukan dua ‘negara’ !

Sudahlah berak , dikencingnya pula !

 

Alhamdulillah .. lena dah dia .. Hari ni tak gi rumah mak aku nun di Cheras. Seperti yang aku kata , penjimatan $$ bermula pada bulan ni .. Banyak jimat .. Bukan kedekut tapi untuk masa depan memandangkan Qhaliff bakal dapat adik .. InshaAllah ..

Tinggal berdua je di rumah . Seawal pagi mmg tak susah nak urus Qhaliff . Kasi makan , mandi pastu tidurkan dia .. Cuma sejak sejak dah teror berjalan dan ada gigi ni , dia dah macam orang besar  ! Bukan macam tapi berlagak macam org besar ! Apa yangaku makan , dia nak join. Apa aku minum , dia nak jugak .. Kalau aku ke dapur , dia akan ikut sama .. Kalau nampak aku makan , maka bersuaralah dia ..

“ Naaa naa naaa naaa … “

Macam nak kata nak laa .. Makanan yang wife buat , dia kurang selera ! Huhu.. sian.. awal pagi dah bangun masak .. Takpe , kang tengahari makan la tu ..

Selepas siap makan , dia main sendirian .. Aku tak syak memula tapi aku perati dia macam nak kasi tau sesuatu. Aku check seluar dia .. Tu diaaaaa .. dah macam kuah dal roti canai tu haa.. Hahahaha ..

Apa lagi .. masa untuk mandikan dia .. Ngan aku aku mandi sekali .. confirm basah punya .. Memula bersihkan najis dia .. Perghh .. bauuuuu diaaaa .. Nyaman sekali dongg ! Kalau dulu , confirm muntah. Tapi disebabkan aku ni spesis Fear Factor , aku belasah jer.. Hahahha ..

Dah siap mandi , lap dan letakkan dia atas lantai di luar bilik air .. Aku nak lap badan aku dulu .. Tup tup , dia pancut ! Nasib baik atas lantai.. kalau atas tilam ??  Huwaaaaaaaaaaaaaa .. saja jeee dia nak kasi aku kelam kabut !

Serius , dia mmg berjaya buat aku kelam kabut. Part nak pakai lampin tu mmg dah makin payah sbb dia asyik nak main jer .. Merangkak ke tv dan ketut tv tuu ! huhuu ..

Selesai semua tu , jom tidurrr !!

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI