Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 18 Mei 2013

Menangis selepas gunting rambut !

 

Tidur dalam kereta sewaktu ke Alamanda dari rumah mak aku . Pastinya di salon nanti dia menangis sbb mood tak stabil .. Heheheh.. Kena standby pujuk. Kalau tak , daddy hilang macho .. Ibu lama dah ilang kecunannya ..hehehe..

Payah gak memula.. tak seperti selalu .. Kali ni cuma nak edit skit je rambut dia.. Ingatkan nak botak cam daddy dia tapi tak jadi la.. Sian lak dia sbb nanti nampak daddy lagi hensem .. heheh ..

Dan , seperti yang diduga.. selepas abis gunting .. dia nangis ! Aku rasa bukan sbb gunting rambut dia tapi sbb bukak baju dia .. Mesti la dia malu kan ? Ramai awek kat situ dok kenyit mata ngan dia walaupun aku tau dok kenyit mata ngan aku .. Daddy cool jer .. lalala ..

Selesai gunting.. Anak bapak !  Hensem cam bapak dia gak .. Hehehe.. Ada la tu kang dok mengumpat dalam hati .. Rileks.. Hensem bukan sekadar dari raut wajah .. ok ?

Projek ‘ Panjat Tangga’ ..

 

 

375126_611070208916619_865432749_n

Tak tau laaa kenapa budak kecik suka benar main kat tangga.. Kalau budak besar suka main kat tangga tu , confirm la tau dah kenapa .. kan ? Haaa.. ada banyak sebab musabab tu .. hehehe ..

Si Qhaliff ni .. bila dah start menghala ke tangga , memang kena ikut dah aku ni .. Kalau tengah dok update blog , kena tinggal segalanya .. Merisaukan sungguh ..

Walaupun setakat ni , dia berjaya memanjat dengan cantiknya tapi part nak turun tu , mmg gagal ! Bila pegang tangannya baru laaa dapat turun dia ..

Dan serius , aku tak leh buat apa apa dah skang ni termasuk gi gym. Lemak kembali beraja di perut dan pinggang .. adehhh .. Bila dah buat cun cun , orang amik buat fake akaun lak .. Macam macam laaaa perangai !

Tak takut pada ALLAH kah ?

 

image

Nak kata lelebih , korang pon tau la kan .. Kot kalau berani seperti mana yang digembar gemburkan , guna la gambar sendiri .. Jangan guna gambar aku pastu nak jatuhkan maruah orang beb !

Jauh perjalanan kita di akhirat nanti .Bukan sehari dua ..Bukan 10-20 tahun weh ! Setiap apa yng kita buat , kita akan bertanggungjawab sendiri .. Naya weh.. dunia leh la lepas , akhirat nanti ? Jangan ingat kita hidup seratus dua ratus tahun atas muka bumi ni .. Entah esok lusa je boleh kehilangan nyawa ..

Mintak rakan rakan tolong report di FB yer .. Terima kasih .. Insaf la manusia .. Kalau nak pedajal orang , guna gambar sendiri atau mak ayah mahupun adik beradik sendiri. Baru la berani kerana benar !

Klik https://www.facebook.com/wan.obi.50 untuk report .. Macam macam la perangai manusia skang ni..

Bila ambil hak orang lain ..

 

Ini gambar asal ..

Kemudian diletakkan ‘wartermark ‘ BEN ASHAARI seolah olah gambar ini aku yang punya ..

Tak leh la kan ? Walaupun diberitahu ‘FOTO : pemilik asal “ , namun jika diletakkan watermark kita ke atas foto tu , ianya dah ‘tak betul’ ..

Bayangkan jika aku amik gambar orang lain atas hasil usaha dia kemudian aku letak watermark blog aku tapi dalam entri aku tulis tu aku bagi tau asal usul foto tu .. pastu ada yang berminat , dia amik gambar tu .. Apakah pemilik foto tu tau ? Tak la kan ? Tapi yang pasti orang yang akan tengok gambar tu akan nampak watermark aku seolah olah aku yg punya ..

Sebagai contoh ..

image

Hehehe .. fikir la sendiri yer .. Aku kalau amik gambar orang , camana aku amik .. camtu laa .. Kalau dari luar negara , mmg aku tak bagi la kredit sbb diorang bukan kisah sangat .. Tapi dalam negara , boleh haru biru kalau tak bagi backlink .. Bukan apa , nak hasilkan gambar sekeping tu pon , makan kreativiti gak .. Bukan kelip mata terus jadi .. kan kan ?

Relevankah lagi perniagaan online di blog ?

 

Ahaaa .. Ada pendapat  dah dari rakan blogger yg aku rasa ada kebenarannya juga disitu ..  Namun , segalanya terpulang pada cara memasing juga .. kan kan ?

Antara pendapat mereka …

  1. Bagi aku, facebook adalah satu laman terbaik untuk menjalankan business online, tetapi blog tetap diperlukan untuk menunjukkan produk yang hendak dijual secara menyeluruh. Ini kerana, facebook pages tak membenarkan kita membuka store. Tetapi dengan blog, link store boleh dibuat.  Blog juga membenarkan penjual online memasukkan code html Paypal untuk digunakan. Kenapa paypal penting dalam membuat transaksi online. Yes, sebagai medium menerima pembayaran melalui kad kredit. Mana tau kot ada buyer dari oversea. “
  2. Hmm , rasanyaa utk perniagaan onlinee, facebook dan Instagram adalah lebih mendapat tempat. selalunyaa yg buad shopping online kt blog ni pun , mesti dia ada fb n instagram , jus blog adalah salah satu perantaraan. Just this is from my point of view and based from my experience. gigih create instagram semata nak online shopping , nampak taaak ? hee :P “

Dan banyak lagi pendapat yang boleh anda baca di entri segmen yang telah aku buat hari ini .. Ada yg menarik hingga berkongsi tips tapi sayangnya tak leh nak copy lak untuk paste di sini .. hehee .. Apa apa pon , korang leh la gi baca sendiri di blog mereka .. Klik SINI utk ke segmen tersebut . Tapi segmen dah ditutup yer .. heee .. Baca dan dapatkan tips jer ..

 

Pendapat aku lak ?

Sudah semestinya masih tersangat relevan kerana di blog kebanyakkan pembaca boleh dapat agak apakah bisnis yang dijalankan adalah benar , jujur dan juga penjualnya dapat dikenalpasti , jika benar benar melakukan sedikit ‘siasatan’ dengan melihat profile , komen dan juga boleh google dengan menggunakan kata kunci blog tersebut atau nama peniaga bagi mendapatkan jawapan atau komen dari pembeli pembeli yang pernah melakukan urusan jual beli dengan peniaga tersebut.

Di laman sosial yang lain , seperti FB .. terdapat banyak kes penipuan. Masalah fake akaun yang sukar dikenalpasti. Si peniaga leh je guna sapa sapa punya gambar dan buat bisnis haram pastu ! Grrr !

Instagram pulak bagi aku .. kebanyakkan mereka yang membeli atas dasar kenalan .. Yang baru baru tu , sukar sikit la .. Bukan tak leh percaya tapi sukar .. Sbb dapat tengok gambar je .. Komen pon , leh didelete dgn segera .. begitu juga di FB ..

Blog pon leh delete tapi jika pembeli dapat melihat komen komen terlebih dahulu sebelum membeli.. Kalau takde komen ? Haa..

Kesimpulan bagi aku .. Segalanya relevan .. Blog , FB , Instagram , Twitter .. tapi pembeli kena hati hati agar tidak tertipu .. Setiap laman sosial ada kelebihan masing masing .. Dan aku tetap memilih blog diikuti FB , Twitter dan Instagram. Puas guna blog sbb leh jelaskan dengan terperinci ..

Sekadar pendapat seorang amatur jer .. Segalanya terpulang pada anda sendiri ..

Makan ke telan ?

 

Tak sampai 2 saat , mai mintak lagi !! Aku tgk mulut dia .. tak mengunyah pon tp tadi dia mai gigit roti kat aku ..

Cek pipi dia..kot sorok kat kiri kanan pipi dia .. heeee..takde !

Sah ! Memang telan !! Adehh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila lalu jalan gelap !

 

Pergh.. apa yang aku takutkan . mmg menjadi kenyataan malam ni ! Setiap hari , aku akan lalu jalan ni bersama keluarga aku. Jalan dua lorong yang bengkang bengkok dan pastinya dipenuhi belukar dan ladang kelapa sawit menakutkan bila melaluinya di malam hari..

Apatah lagi aku pulak memandu kereta yang pertama kali aku pandu dan memandunya seorang diri di malam hari , yang tersangatlah malamnya.. Kul 12 tengah malam !

Berdebar.. dengan cermin depan berkabus , aku menumpukan perhatian di jalan raya dengan sebaik mungkin. Nasib baik ada teman yang memandu kereta di belakang aku. Aku pulak memandu di depan sekali ..

Tiba-tiba di satu selekoh , aku rasa semacam .. Disusuli bau busuk yang mengancam hidung aku. Aku nak bukak tingkap , tak berani. Nak jeling ke belakang , lagi la tak berani ..

Nak tak nak .. aku tahan je laaa.. Tunggu sampai rumah baru berani nak tarik nafas lega.. Dan , akhirnya .. segera parking kereta , cepat cepat gi tandas.. tunaikan hajat !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI