Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 24 Mei 2013

Teruji !

 

Kecik tapi besar ! Hurmm ..

Hari ni , sememangnya penuh dengan agenda yang memenatkan .. Aku masih tidur di rumah orang tua aku bersama sama keluarga .. yakni wife dan Qhaliff .. sbbnya , risau wife bila bila masa perlu dikejarkan ke hospital. Ikutkan , awal pagi semalam dah gi.. Petang tadi pon gitu .. Penat tapi tak pe.. Demi …. auuw .. segan nak tulis .. nanti kata poyo ! Hahaha ..

Baru nak update entri , wife bagitau yang dia sakit di bahagian pinggang. Mintak aku sapukan minyak panas. Minyak panas lak ada di bilik mak aku .

Aku pun keluarlah menuju bilik mak aku. Masuk bilik mak aku , dia suakan minyak panas. Sambil tu dia bagitau yang dia sakit dibahagian tangan .. Aku tau tu mesti sbb urat belikat dia ..

Wife mintak urut .. mak pun begitu juga. Sapakah yang perlu aku urut dahulu ?

Aku bertuah memiliki isteri yg sangat memahami camana perangai aku. Dia tau aku akan dahulukan mak aku .. Dan dia tak kisah pon bila aku kembali ke bilik tidur dengan lewat sedikit.

“ Urut mak tadi .. “ .

Dia senyum jer .. Tak kisah ..

Liat nak tidur !!

 

Pasang Upin Ipin , mmg lagi tamo tdo .. Pasang video bosan .. dan dan nak tidur ! Tapi bila daddy bangun curi curi nak keluar , automatik bangun gak !!

Pergghh .. tak leh lari dah pasni aku ! Kena mak n daddy dia ada skali , baru nk tidur ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tips untuk elakkan harta dicuri !

 

Gambar ni bukan hak milik aku . Amik je kalau nak jadikan tips .. ahahaha .. Aku pon tak tau sapa sebarkan tapi sesungguhnya tuan rumah ni marah sungguh .. hahaha.. Siann ..

Yelah , sapa tak marah kan bila harta kita dikebas tanpa sebarang notis awal dan akhir .. Cuba bagitau awal awal .. Mesti la kita simpan kan.. hehehe .. Mana ada penyangak ‘sebijak’ tu.. heeee

Aku rasa aku nak kena tampal gak kat kerata aku ..

“ Kalau ada niat mencuri atau calarkan kereta ni , lihatlah di bahu kiri dan kanan anda .. Ada malaikat sedang mencatit segala perbuatan anda ! “

Pergh .. panjang la pulak nak tulis gitu .. Hurm.. Tambah alarm la jawabnya .. hahaha ..

Mangga punya hal !

 

“ Abang.. teringin nak mangga la .. “ , pinta wife

“ Kang beli la … “ . Jawab aku.

 

Lalu depan masjid , ada lori kecil jual mangga . Sayangnya , aku tak perasan. Wife yang nampak dan bagitau . Aku kata nanti balik singgah beli .. InshaAllah kalau ada lagi lori tu ..

Dan terus ke hospital Putrajaya dari Cheras , selepas solat Jumaat tadi .. Selepas pemeriksaan doktor , kitorang balik semula ke Cheras .

Singgah jap di bulatan Uniten dengan niat nak beli kuih muih untuk hidangan keluarga di rumah .. Rezeki depan mata. Ada lori jual buah mangga di situ gak  !

Selesai beli kuih , wife meluru ke lori buah tu. Soal selidik sedikit mengenai harga buah tu.

“ 2 biji RM 10 “ .

Wife kata lori yang jual mangga tadi , 3 biji RM10. Buahnya pon nampak cantik . Aku suruh beli je .. Mahal skit tak pe dari tak merasa langsung nanti.

Beli 2 biji. Wife seolah tak puashati dengan harga tu. Aku bagitau , alang alang dah ada depan mata , beli je.. Kang kalau kat sana , lori buah tu takde dah , camana ? Tak pasal pasal telan air liur jer..

Dia tetap kata mesti ada punya. Aku jawab , kalau ada ada la.. Kalau takde camana ? Haaa.. Ni dah beli , anggap je la dah rezeki kita ..

Dan sampai tempat tadi.. Lori tu takde.. Aku senyum ‘kemenangan ‘ ..

Sebak hati ..

 

Mak lahirkan anak .. Jaga , belai berbelas tahun lamanya akhirnya anak kecil punya ilmu , kepakaran dan masa untuk

  1. membalas jasa ibunya
  2. meninggalkan pergi
  3. terus si ibu menjaganya

Hurmm .. mana satu yer ? Ada yang punya akal tapi tak mampu nak pakai. Ada yang mampu pakai tapi tak reti nak menilai. Ada yang boleh menilai tapi tak mampu nak guna .. Akhirnya ?

Jika dapat kawan atau pasangan hidup yang senantiasa menegur , alangkah bagusnya ..

‘Jangan lupa ibu kita , kawan .. ‘.

‘Dah call ke mak hari ni ? ‘.

Hurm … Entah la.. Ada yang terlupa yg mereka akan jadi ‘mak’ satu hari nanti ..

Tonton video ni dan nilailah sendiri ..

Tak selsema dah ..

Sapu balm , mandi 3 kali sehari .. Setiap kali mandi , bersihkan hidung dia .. Dan kasi buah buahan yang ada byk vitamin C .. cam oren .. hehehe ..

Seminggu lebih gak selsema .. Kesian gak kat budak kecik ni. Dah takde , baru lega aku .. Alhamdulillah ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Serupa gaya weh !

 

Langkah , gaya jalan .. hahahaha … Amboiii … Anak beranak la katakan eh ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI