Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 27 Mei 2013

Oh My English !!

 

Aku perati je memula .. Tengok , tengok dan tengok .. Macam ada je tak kena .. Aku panggil wife .. Tanya dia.. Ada perasan apa apa tak ? Dia pon tak perasan ..

Aku senyum .. Aku snap gambar dan postkan di FB . Nak tengok sapa yang perasan .. Hahahahha ..

Dan akhirnya … Ada jugaaak ..

Bila si pencuri …

 

Hurmm.. Kelmarin ada jiran aku sms aku .. Dia bertanya pasal kereta adik ipar yang diletakkan di rumah aku.. Apakah adik ipar aku dah amik sbb kereta tu takde dah di dpn rumah aku tu ..

Yup .. mmg dah amik hari tu. Prihtin sungguh jiran aku. Aku balas dengan mengucapkan terima kasih padanya.

Hari ni ..  wife jiran tu bagitau yg kasut serta selipar mereka yang diletakkan dalam rumah tu  ( rumah teres satu tingkat berpagar ) , dicuri !

Bermakna si pencuri tu buka pagar dan masuk ke dalam untuk mencuri ! Gulp ! Bahaya tu kalau dibiarkan .. Mula mula , luar pastu bila penghuni tak amik tindakan , pastinya mereka akan mula pecah masuk ke rumah !

Kejadian tu , aku dah kongsikan dengan penghuni taman yang lain melalui group whatsapp .. Tindakan susulan akan dilakukan nanti ..

Hurmm… Dah mula risau memasing .. Hurm..

Bila Bayern Munich juara !

 

Waaah ..aku beli bola ni sehari sblm final EURO 2013 ..heee .. Tak sangka lak jadi juara .. Tapi , aku tak tgk pon game ..

Lama dah aku tak follow bolasepak dunia termasuk la liga domestik .. heeheh .. Sejak bila ? Sejak Ronaldo dan Zidane bersara .. huwaaaaa ...

Pasni nak train Qhaliff lak jadi pemain bola .. heehe .. tak la tahap negara .. cukup utk pengalaman dia jer .. hehehe ..

Yang utamanya , penuhkan aktiviti sihat dalam kehidupan dia .. tamo dia dok abiskan masa dgn gadget dlm rumah je ..

Kehidupan perlu mencabar ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kalau anak tak nak tidur ?

 

Anak kecil tak nak tidur ? Ahaaa .. Mesti kelaparan ! Kasi susu sama dia !

Tak juga ? Hurmmm .. Lampin pakai buang , dah ditukarkan ke ? Ahaaa …

Tak jugak eh ? Nak bermain ? Cer check perut dia .. Kembung ? Cuba sapu dengan minyak angin yang sesuai untuk bayi.. Jangan letak minyak yg untuk orang tua lak .. Melecur kulit nanti ..

Tak jugak eh? Hurmm .. Biar je dia main. Mesti nak berak tu ! Kalau dia berak , tidurnya pasti nyenyak !

Tak nak tidur gak ? Hurmmm … hurmmm … Layan la Upin dan Ipin ngan dia .. Atau Fast and Furious pon ok gak .. hehehe .. Confirm boring dia ..

Tapi kalau dia mmg baru bangun tidur , sekurangnya 3-4 jam baru leh tidur ! Silalah layan anak tu ..

Jangan sesekali buat jalan singkat atau tension.. Ada pulak gi marah anak tu .. Jangan sesekali gitu .. Kang ALLAH amik balik , baru nak menyesal !

ReTweet jer dapat duit !!

 

Sapa kata dunia maya ni susah buat duit secara halal ? Haaaa.. segalanya atas kemahuan sendiri ...

Yang penting , usaha , strategi , doa dan tawakal pastu usaha lagi dan lagi ..Walaupun dah sampai kemuncak ,teruskan berusaha tp ...jgn lupa akhirat !

Jangan anggap susah walhal ianya mudah. Yang susah tu sbb kita sendiri takde perancangan yang teliti. Baru tanam benih , esok dah harap berbuah ! Mana boleh gitu kan ?

Dalam kes aku ni , sahabat ni yang juga agen pengiklanan mintak tolong untuk RT dia punya Tweet ,, aku kata ok je tapi tak perlulah bayar sbb banyak job dah dia bagi aku. Bukan harga ciput pon kasi kat aku ..  Jadi , free je la.. Heeee ..

Alhamdulillah ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sendiri malu ..

 

Di Tesco Nilai .. sewaktu aku beratur nak byr barangan yang aku amik , ada seorang lelaki Arab tercari cari kaunter yg kurang pelanggan di sebelah aku.

Turn aku cumalah seorang pelanggan dan dia pula cuma nak beli satu barang jer iaitu beg pakaian.

Aku pandang dia dan senyum. Tangan aku beri isyarat minta dia masuk dahulu.

"Bolehlah ?" . Dia cam tak percaya. Terkejut aku bila dia berckp melayu..

"Silakan .. ".Aku balas .

Dia celah depan aku dan tiba tiba ada satu kaunter bayaran bersebelahan dia dibuka. Dia pun cepat cepat ke sana . Dia pandang aku dan panggil utk beratur di belakang dia.

Aku pun pergi beratur belakang dia ..Tiba tiba dia bercakap dgn seorg lelaki di kaunter bayaran satu lagi dlm bahasa Arab yang aku percaya lelaki tu pun berbangsa Arah

Dia kerap melafazkan 'In Sha Allah' dan 'Alhamdulillah' sewaktu berbual dengan lelaki tu .. Jumlah dia lafazkan dua perkataan tu dlm sekelip mata jauh lebih byk dr aku lafazkan hari ni !!

Astagfirullah al'azim .. Malu aku pada diri sendiri..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI