Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 2 Jun 2013

Gadis M2 ?

 

Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang besar itu dalam tiga perkara iaitu hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan hidup iaitu bila digunakan dalam taat kepada Allah s.w.t, dan keuntungan mati bila ia mati dalam khalimat Syahadat iaitu Laailaha illallah dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya."

Aku bukanlah ustaz .. Bab agama ni , mmg aku sangatlah kerdil. Sebab tu aku selalu ingatkan diri mengenai hari akhirat. Hari akhirat ni , kita bukan sehari dua di padang masyar tu.. Kita bukan 60-70 tahun di situ .. Beribu tahun ! Kalau kita tergolong dikalangan mereka yang diredhai ALLAH , betapa untungnya .. Kalau bukan ?

Kerdilnya aku .. Bila aku tengok tv , ramainya macam aku ni .. Apakah mereka tak sedar ke apa yang akan berlaku di hari akhirat ? Apakah memadai dengan bertaubat di penghujung usia ? Astagfirullah al’azim .. Menakutkan bila memikirkan begitu.

Pencarian Gadis M ? Aku tengok melayu je dalam tu.. Tak perasan la ada bangsa lain .. Yang buatkan aku tergaru kepala aku tu ialah , bukankah melayu itu beragama Islam ? Terlupakah ?  Lupa ke part agama ? Ke tolak tepi bab agama tp titik beratkan adat dan budaya ?

Aku bukanlah nak tunjuk pandai atau alim .. cuma terpanggil untuk memberikan pendapat aku sbg saudara seagama.. Rezeki kita atas muka bumi Allah ni luas. Carilah kepuasan hidup dengan cara yang diredhai Allah .. Ingatlah , hari akhirat tu wujud.

Esok tengahari , cuba berdiri di kawasan lapang yang mana matahari berada tepat di atas kepala .. Kemudian bayangkan kepanasannya itu digandakan dengan 70 kali !

 

Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana itu wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."

Meggi Ketam , Ikan Bakar Tok Bali ,Kelantan

Tak tau nak kata apa dah .. yg aku tau , aku gemuk semula !!

Merasa jugak megi ketam akhirnya ... Terima kasih pada abea Yeh dan Kak Aisyah .. heee ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kagum dengan dia !

 

 

Gi Kadok .. Makan nasi kerabu kat situ. Kebetulan kat sebelah ada ‘car wash’ yang berbumbungkan atap zink tu je.. Hanya seorang pekerja jer ..

Masa sampai tu , dia dok asyik basuh motor pelanggan dia .. Nak cakap ngan dia pon rasa serba salah sbb tak pandang kat aku.. Hurmm.. Aku gi tanya , dia tak balas. Tak dengar suara aku la kot sbb aku sakit tekak .. Aku suruh wife je cakap.

Kunci tinggalkan kat dia walaupun ada rasa kurang yakin tapi tawakal je ..

Makan dalam tempoh 15 minit gitu.. Cuaca , 35.9 .. Panas ! Qhaliff pon terpaksa ditanggalkan bajunya .. Gi semula kat kereta .. Tak jauh pon. 10 langkah je sampai dari kedai makan tu.. hehehe …

Tengok abang tu dok membersihkan kereta aku tu. Aku pon gi la bersihkan skit skit kat ruang yang aku confirm dia tak nampak punya .. heee…

Aku baru nak suruh dia kilatkan tayar sekali ! Hahahaha .. Tapi nampaknya , tak yah cakap.. Dia buat sekali ! Perghh.. Baru la nampak keayuan kereta tuuu..

Aku suruh wife tanya berapa .. Dia kata RM15 .. Wife keluarkan RM20.. Aku cuit tangan wife .. Dia mengerti maksud aku .. Dia hulurkan pada abang tu ..

Abang tu hulurkan baki..

“ Tak pe .. sedekah.. “ , wife jawab. Aku senyum .. Terpampang ceria di wajahnya . Harapnya dengan sedikit pemberian kami ni mampu buat dia bekerja dengan lebih bersungguh hari ni ..

Alhamdulillah … Rezeki dari Allah buat kami , kami kongsikan pada mereka yang selayaknya ..

Daddy tak sihat ..

 

Daddy lak dok batuk batuk gara gara tidur mengaum ari tu .. terus sakit tekak dan mula batuk sehari dua ni ..hurmm

Camana nak merayau kat Tok Bali ari ni ??

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kelebihan VIVIX

 

 

Masa Shaklee maklumkan promo bulan May 2013 adalah VIVIX, ramai tepuk2 tangan . Almaklum laaa , 2 bulan lagi dah nak Raya 2013 . Semua pakat2 nak cantik meletop dan sihat dari dalam menjelang raya xlama lagi.... So , bila bulan ni promo VIVIX , beli 6 free 1 , ramailah suka ... Nak tahu kelebihan beli 6 free 1 ni ?

Jika anda beli 6 botol Vivix, anda akan dapat :

1) percuma 1 lagi botol Vivix

2) percuma pendaftaran ahli (biasanya daftar ahli adalah berjumlah RM65)

3) percuma postage

4) Cash Rebate sebanyak RM241

Jadi , anda dapat penjimatan hampir RM800... waahhh, banyak tu .. *wink2*

Oh ya , kalau anda beli 2 botol Vivix pun anda akan dapat :

1) percuma pendaftaran ahli

2) percuma postage

3) Cash Rebate sebanyak RM37

Jadi, dengan pembelian 2 botol Vivix Shaklee, anda mampu jimat RM112 .. waaah, berbaloi jugak tu kan ..

Apa ? kalau nak beli 1 botol Vivix pula bagaimana ?? ... haaa , yg tu anda akan dapat :

1) percuma postage

Jom kita lihat , apa itu Vivix dan kelebihan Vivix ni ...


Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

- Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.

- Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

- Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Kelebihan Vivix Shaklee berbanding jenama lain

Ni jadual yang membuat perbandingan antara Vivix, MonaVie, Tahitan Noni dan Xango Juice... cuba anda lihat bagaimana hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day)Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC).Hanya jauhari mengenal manikam.. dan hanya yg tahu erti nilai wang...akan memilih intan bukannya kaca... Vivix - Value for money

Manfaat Vivix Shaklee :

Manfaat Resveratrol .

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah ia juga adalah tonik anti - penuaan

GOLONGAN YANG AMAT MEMERLUKAN VIVIX :

1) Pesakit Diabetes

2) Arthiritis

3) Pesakit Gout

4) Pesakit Cancer yg telah menjalani kemoterapi

5) Orang yg rabun mata - perlukan antioksidan yang tinggi

5) Ibu dan bapa yang sibuk bekerja seharian menguruskan anak-anak dan tanggungjawab

6) Golongan yg mementingkan kesihatan badan yg maksimum

7) Atlit atau yg aktif Sukan

8) Anti Penuaan

Boleh lihat testimoni antara ramai pengguna Vivix Shaklee :




Oklah..dah paham kan kelebihan vivix ni..nuyun bukannya apa..masa nilah nak rebut peluang dapat vivx ngan harga diskaun..


cepat...cepat...cepat...bulan 5 ni je ;-)



yang ikhlas,

nuyun ;-)
____________________
NURULHUDA MOHD NAJMI
Member ID : 911707
Call/SMS/WhatsApp : 0133747473
Email : nuyunbizhouse@gmail.com

Nasi Kerabu Kadok

Heeee.. 2 pinggan utk aku .. sedap !! Nasib baik esok balik dah .. kalu tak ????

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI