Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 4 Jun 2013

Daddy stress !

 

Serius ! Rasa cam nak amuk jer tadi … Kat Alamanda tadi tu ha .. Aku dah la dok tolak trolli sambil dukung Qhaliff .. Dia lak tak nak duduk dalam trolli tu .. Mungkin penat sangat dah kot . Mengantuk satu hal tuu ..

Gi beli barang dapur di AEON .. Serius barang mahal kat situ tapi entah mengapa, nak gak beli kat situ .. Banyak sangat duit kot ? Hurmm…

Di satu bahagian ni , ada la satu orang tua ni .. dok asyik makan cendol la kot.. Di letak trolli dia tu , kat tengah jalan. Aku nak jalan tak boleh. Dia pulak wat tak nampak jer.. Aku rasa mmg dia tau dah tu.. Aku tolak trolli aku hingga kena dia punya trolli.. Dia masih wat tak tau ..

Last last aku tolak je trolli dia.. Baru dia nak tolak trolli dia .. Pandang aku skit pon tak ! Pastu sambung hirup cendol dia ! MasyaAllah .. Macam ni punya orang pon ada !

Pastu nak balik .. Di depan tempat tiket tu nak keluar dari Alamanda .. Bebudak motor ni.. Main celah sana sini tanpa tengok kereta depan dia. Sekurang kurangnya , angkat la tangan skit ke.. Ni pandang pon tidak ! Kereta sedang gerak , dia pun sibuk nak mencelah ! Kalau kena ?

Stress gile aku !! Disebabkan stress tu , aku beli satu snow cap ! Qhaliff lak stress skang ! Aku punya snow cap dah macam koleksi tudung .. hahaha .. Lantak laaaa ..

Pelancaran Kempen Konvoi Lingham’s Chilli Sauce

 

Lingham’s Chilli Sauce ? Aku tak pernah dengar .. Aku terima jemputan untuk hadiri pelancaran ‘ Lingham’s Chilli Sauce To Take 100 Year Brand In A Travel Convoy Nationwide ‘ dari Advertlets dan ianya bertempat di Publika DutaMas . Ok , dua dua aku tak pernah dengar dan jejaki .. Ini adalah satu perkara yang baru buat aku. Terima kasih Advertlets ..

Aku sampai Publika jam 930 pagi. Tepat pada waktu pendaftaran media .. heheeh .. Kena tepati waktu .. Kemudian aku daftarkan diri seterusnya berjumpa rakan blogger yang lagi awal sampai seperti Isaac Tan dan juga Yana Yassin. Mereka juga dijemput untuk cover event ni ..

Aku terima cenderamata dari pihak penganjur dan di dalamnya ada 2 botol cili sos .. Aku amik sekeping gambar dan post ke FB .. Nak tengok apa respon rakan rakan ..

image

Nampaknya sos ni dah popular pon ! Aku je tak tau .. Ketinggalan sungguh aku .. huhu ..  Kemudian aku beri gambar tu pada wife .. Wife pon tak pernah dengar.. Dia tanya , ada logo halal ke ? Aku pon belek kiri dan kanan . Jumpa !

Maka bolehlah guna tanpa was was kan ? hehehehe….

Ok .. tiba saatnya .. Tepat jam 10 pagi , pengacara majlis yang juga kenalan aku , Mei Sze memulakan acara dengan  menyampaikan sedikit latar belakang mengenai produk Lingham’s Chilli Sauce ni ..

Boleh tahan ! Bermula pada tahun 1908 di Pulau Pinang dan dah terkenal di serata dunia seperti di Autralia , Belgium , Brunei , Canada , Denmark , Findland , Hong Kong , Indonesia , Jepun dan banyak lagi. Patutlah ramai yang tertarik dengan cili sos ni .. hurmmm .. Apasal aku tak tau ??? Adoiiii ..

Mengenai majlis pelancaran hari ini , Lingham’s Chilli Sauce akan berkonvoi ke serata negeri dengan meningkatkan penjenamaan di kalangan rakyat Malaysia dan kesedaran terutama di kalangan generasi muda yang mana mereka patut hargai resepi warisan Lingham’s yang sudah terkenal di serata dunia ni .. Yelah , dari Malaysia tuuu … Kata 1Malaysia kan ? Haaa.. Bangga wehh ..

Antara blogger yang hadir hari ini .. Sempat bergambar lagi.. Hehehee .. Selamat maju jaya buat Lingham’s Chilli Sauce !

Jangan makan depan dia !

 

Kalau makan gak , sila berkongsi !!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terharu aku !

 

Entri tahun 2010 dari blogger MommyCute ni buat aku terharu.. Aku tak ingat aku singgah ke tak sbb yang join segmen masa ni ramai giler ! Huhuh ..

Pastinya , gambar ni buat aku tersenyum di kala aku kepenatan .. hehe ..

 

Hahahaha .. lawak laa . Terima kasih MommyCute ! Terharu guee !

KELEBIHAN ALPHA LIPID LIFELINE

 

544957_444166968999095_598622256_n

  1. Mengandungi Antibodi (Immunoglobulin) untuk Melawan pelbagai jenis jangkitan, bakteria, virus dan pathogen, Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit.
  2. Formula Alpha Lipid 100% Berkesan dan diserap cepat.
  3. Mengandungi vitamin & Zat Galian (Kalsium dll) semulajadi cukup untul keperluan harian sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu.
  4. Mengandungi bakteria semulajadi (Lactobasilus Acidhopulus dan Bifidobacterium) Bagus untuk fungsi normal usus
  5. Mengandungi Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) yang penting untuk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging)
  6. Membantu Mengurangkan berat badan, Mengawal kandungan gula dalam darah.
  7. Membantu memulihkan pelbagai penyakit Seperti Kencing Manis, Hepatitis, Kurang Darah, Ketidaksuburan, Dan Pelbagai Khasiat Untuk Tahap Kesihatan Terbaik Manusia

Jadikan Lifeline supplement harian, Anda pasti kagum dengan kehebatannya.

Alphalipid Lifeline Terdapat dalam bentuk

  • Susu
  • Capsul
  • Tablet

 

20130420_142628

Dapatkan segera dari pengedar SAH..
Harga Murah² RM160 (Termasuk Postage) + Free Terbo Shake..


Hubungi kami Segera : (ID:1340896) HAYATI - 019 232 5102
                               (ID:1336341) FIKRI - 019 232 5120

FB : http://www.facebook.com/hayati.fikri.1

Set Menyusu Terbaik Dari Shaklee

 

-iklan-

SET MENYUSU TERBAIK DARI SHAKLEE UNTUK IBU-IBU BEKERJA !!

 

"kak,saya teringin nak cuba shaklee untuk set menyusu,tapi saya tengok harga agak mahal..boleh tak akk syorkan kat sy,yang murah ckit..sbb hujung2 bulan ni budget saya tak bnyak..tapi saya betul2 teringin nak cuba..tolng sy ye kak"


Agak koranglah kan..kalau cust sms mcm ni,apa korang nak cakap ek? memang terasa sangat nak membantu..korang pun tahu kan..1 set menyusu paling kurang dah rm400++ kan..klau ujung2 bulan..memang tak terdayalah jugak..


Jd nuyun syorkan yang budget..yang betul2 penting ..memang tak dinafikan semua penting,cuma untuk budget nilah..tp klau korang mampu..memang WAJIB 1 set..
ni yang AMAT PENTING untuk MEMBANTU SUSU IBU bertambah.. :-)
Alfalfa - Amat berkesan untuk menggalakkan peningkatan susu ibu :-D
★ Energizing Soy Protein - Amat berkualiti tinggi sebagai sumber protein yang lengkap dengan 9 asid amino penting.

Protein ni jugak boleh membantu pembentukan sel dan kandungannya penting dalam susu ibu.. :-D
korang semua tahu tak kelebihan ALFALFA & ESP ni? :-)

Meh nak citer sikit..Kisah Esp dulu ye,masa kita menyusu...badan kita perlu banyak protein dan kalsium..jd dgn kita amalkan esp ni..secara tak langsung kita dapat protein yang cukup kan..bukan senang kita nk makan makanan mcm kat bawah ni tiap2 hari kan..hehehehe :-)


Protein ni jugak amat penting untuk pertumbuhan bb kita.....jadi korang perlu sangat protein yang cukup untuk diri sendiri dan bb..PILIHAN DI TANGAN KITA kan.. :-)

Lagipun..bnyak BONUS untuk korang ibu2 yang ambil esp ni...testimoni pun dah bnyak..jadinya nuyun nak kongsilah jugak..ibu2 AKAN ye..dapati

  • kulit lebih gebu, halus dan cerah (kena perasan sendirilah..hehehehe)
  • kenyang sepanjang hari..sebabnya,nuyun memang shake awal pagi 1 skop+susu kambing..alhamdulillah sampai ke lunch pun tak rasa lapar..bonus jgk boleh kurus..ngeh3x.. ;-)

Ok..habis kisah Esp ni dulu,kita masuk plak citer Alfafa..


Banyak kelebihan Alfafa ni..nk berkisah semua..tak sempatlah... korang kena belek n3 lain untuk lebih jatuh cinta ngan Alfafa ni//

Point utamanya alfalfa ni amat sesuai untuk milk booster dan dalm masa yang sama membantu keintiman wanita. penting kan?!

BONUS nya jugak,dapt membantu membuang toksik dalam badan, merendahkan kolestrol dan membuatkan badan kita lebih sihat bertenaga.. :-D
Korang dah tahu ke macam mana bentuk ALFALFA & ESP ni..meh kita tengok sama2.. :-)


★ rupanya berserbuk ye... 1 tin ada 850gm..ni sempat habis dalam 1-2bulan. bancuhnya senang je..tak yah guna air panas..boleh campur ngan minuman lain mcam milo ke..(yun campur ngn kopi mak dara..hehehe)

★ sehari tak lebih dari 3 skop..(dlm bekas takde skop ye..nuyun akan sediakan ngan shaker ssekali..kalau bli ngn yun lah..) ツ

★ yun amalkan sebelum makan pagi..sebelum makan tengahari..sebelum jam 8 mlm..



★ yang ni bentuk pil ye,kalau yun memang senang nak telan..ada 2 saiz..kecik dan besar.

★ yang kecik ada 330 biji ...yang besar ada 700 biji.

★ paling bnyak boleh ambik 10 biji je sehari..tapi untuk permulaan..boleh cuba 3 biji sehari je dulu :-)
YES>>HARGANYA..kata jimat kan..hehehe :-D
★ SETni  hanya RM203 je.

★ free shaker n skop..

★ free poslaju lagi..

★ free mcm lah..dah beli nanti baru citer ye ..hehehehehe..sms laju2 ok.. ;-)


Tapi kalau korang nak harga lebih JIMAT lagi..kena sms lah ye..0133747473

★ skema sikit.. sms "saya nak set menyusu budget lah nuyun..harga lg best?" :-)

Ngeh..ngeh...ngeh..senyum kena ada .. ;-)


Oklah..cukuplah untuk hari penutup bulan 5..nuyun harap..bulan ni memberi seribu makna untuk korang dan nuyun jugak..AMIN yaALLAH...



Yang ikhlas,

nuyun ;-)
____________________
Member ID : 911707
Call/SMS/WhatsApp : 0133747473
Email : nuyunbizhouse@gmail.com

Bertemu Lan Careno akhirnya..

 

Lan Careno ..haaa ..akhirnya , jumpa jugal blogger yg rajin komen di instagram dan entri aku ..

Kesempatan berjumpa ni disebabkan aku berada berhampiran dgn dia tadi .. hehehe  ..  Siap bg baju lagi kat aku ..

Terima kasih Lan sbb sudi jumpa..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hebahan Projek Amal EXIM Bank Malaysia

 

Aku terima satu email dari seorang rakan yang minta aku hebahkan satu program amal pada korang semua.. Hehehe .. Orang minta tolong , kita tolong apatah lagi bab kebajikan .. Takkan nak charge gak kan.. Melampau sungguh laaaa ..

Saya akan menganjurkan program jualan amal yang melibatkan tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Tasputra Perkim, Pusat Majudiri Y for the Deaf dan Wisma Harapan yang bertujuan untuk mengutip dana bagi kos operasi dan kos harian mereka”.

CSR Carnival_resize

Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dengan kerjasama Tasputra Perkim, Pusat Majudiri ‘Y’ for the Deaf dan Wisma Harapan (SAMH) akan menganjurkan jualan amal - “Charity Jumble Sale 2013 yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi kos operasi, harian dan perubatan untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang cacat fizikal dan mental .

Jualan amal ini akan berlangsung:

Tarikh: 9 June 2013 (Ahad)

Jam: 9:00 – 3:00 petang

Venue: Tasputra Perkim, Lot 3498, Jalan Ampang Hilir 5, 55000 Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang menarik sepanjang “Charity Jumble Sale” termasuklah gerai-gerai permainan ala “fun fair”, peluang untuk merasai kehebatan menaiki kereta mewah seperti Lamborghini, “face painting”, gerai-gerai jualan makanan dan seni kraftangan serta lain-lain lagi.

Hasil kutipan dana ini sesungguhnya memberi erti yang besar pada mereka. Marilah kita membeli sambil beramal.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Siti Aida (03-2601 2403 / aida@exim.com.my)

 Map_Tasputra

Kalau sudi , share la artikal ni .. Mana la tau kan .. Ada yang sudi membantu dan menderma .. 

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI