Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 18 Jun 2013

Benarlah kata mereka ..

 

Satu hari nanti , pasti kita akan merindui saat saat dia tidur , terbaring .. senyum .. dukung .. ketawa kecil .. meniarap .. dan kelembutannya ..

Bila aku google gambar Qhaliff , menitis air mata aku .. Air mata tidak percaya betapa pantasnya masa berlalu .. Dah setahun lebih dah usianya .. Dan semakin dia macam aku ! Hurm…. Banyak akal dah dia ..

Buat rakan rakan yang bakal menjadi ayah dan ibu atau sedang punya anak kecil , nikmatilah saat saat mereka di saat kecil kerana semua itu adalah kenangan terindah ! Jangan mengeluh dan jangan lepaskan walaupun sesaat !

Malu aku ..

 

Al-Fatehah ..

Aku cukup malu dengan arwah Tok Ayah wife aku.. Setiap kali aku pulang ke Kelantan dan bersolat jemaah di surau  belakang rumah ibu bapa mertua aku , pasti dia ada ..

Dalam usia yang dah lebih 90an , dia masih ingin berjemaah ke surau dengan orang kampung. Tak kira la bertongkat atau dibawa oleh anak cucunya , peluang berjemaah tidak akan dilepaskannya.

Dalam keadaan baring pon dia berusaha untuk bangun bersolat dan dalam keadaan baring pon dia akan tetap bersolat . Sedangkan aku yang sihat ni ? Astaghfirullah al a’zim ..

Setiap kali menziarahinya , dia pasti akan bertanya khabar ayah aku. MasyaAllah .. Ingat benar arwah pada ayah aku yang mana mereka hanya bertemu sekali dua jer..

Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang orang yang beriman..

“ Ya ALLAH , ampuni dosanya kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkan kuburnya dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih  “

Gambar kenangan di atas tu , saja aku amik dulu agar Qhaliff kenal moyangnya ..

Mee Goreng Kambing Mamak

Haaa .. pelik ke nama ? Entah ..aku main sebut je nama ni .. hahaah.. Tapi rasanya mmg dah wujud cuma ramai je tak perasan .

Sedap ke ? Hehehe.. Kalau dah guna daging kambing dari kari kambing tu , confirm sedap ..

Cara nak masak ? Mudah je .. gi order kat kedai mamak berhampiran anda .. Hehehe ..

Harga , mahal skit laa ..heee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wartawan perlu peka !

 

Keratan dari Sinar Harian Online

image

KANTOI ? Sesuaikah digunakan di dalam akhbar ? Perlu diingatkan , ada pelajar belajar menulis karangan dengan menjadikan akhbar sebagai contoh .

Jangan ikut blog atau gaya bahasa pengguna di internet .. Sememangnya dah terkenal dgn gaya bahasa tersendiri .. Wartawan perlu bijak ‘mendidik’ pengguna internet terutama yang muda muda ni agar menggunakan ayat yang betul dan tepat.

Jangan nak nampak ‘sempoi’ sangat !

Apakah maksud ‘KANTOI’ ? Soalan dan jawapan dibawah ini aku amik dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu , Dewan Bahasa Pustaka ..

Soalan :

“ Bolehkah perkataan kantoi digunakan dalam penghasilan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Jika disemak di dalam kamus dewan online tidak wujud makna kantoi. “

 

Jawapan :

Perkataan kantoi digunakan dalam bahasa percakapan atau slanga. Pada pandangan kami sedapat mungkin karya kreatif juga perlu menggunakan bahasa yang betul kecuali dalam kes tertentu seperti jika memetik dialog dan perbualan.

Khasiat Shaklee Meal Shakes Dan Susu Yang Anda Teringin Nak Tahu

 

 

Hari ni nak ulang tayang lagi tentang suplemen Shaklee yang boleh disyorkan untuk kanak-kanak..umur 1tahun ke atas ye kawan2..Meal Shakes lah ..apalagi kan...Meal shakes ni bukan je anak2 kita suka...kita pun konfem suka nya..rasanya memang sedap..

Kalau ibu2 nak tahu..Meal Shakes ni sebenarnya makanan tambahan je..sbb tu kita tak perlu ambik secara berlebihan.. cukup2 untuk keperluan badan kanak2 je.Sebab tu jugak cara bancuhan Meal Shakes ni mcm kita bancuh susu tepung yg ada kat pasaran tu...


Jom kita study sikit pasal khasiat Meal Shakes ni.. :-D
Shaklee Meal Shakes ni datang dengan perisa french vanilla..(sedap ye)

1- Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee ni. Jika kita ‘shake’ dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori. tapi kalau kita campurkan meal shakes dengan ‘whole milk’ kita akan dapat dalam sekitar 330 kalori ye..ermm..faham tak? :-)

2- Meal shakes ni jugak hanya ada 0.5 g lemak , sebelum kita tambah susu...

3- Ada 23gm karbohidrat dalam 1 / 4 cawan Meal shakes ni ye. jd untuk satu bahagian ada 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake. bila kita tambah susu, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat ye...

5- Untuk 1 / 4 cawan campuran Mealshake pulak ada 7gm protein. tapi lepas kita campur dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara mendadak. kadang2 akan berlebih..tengok pada jenis susu yg kita tambah ye..tgk kat susu tu protein nya bnyak mana..

6- Mcm yg kita tahu,dalam Meal shakes ni ada 12 vitamin penting. jd untuk 1 hidangan, kita akan dapat 25 peratus vitamin A, 30 peratus vitamin B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus niacin, 35 peratus folat, biotin 35 peratus dan 30 peratus asid pantotenat..(banyakkan? :-)

7- Termasuk jugak dgn 11 mineral penting yang ada dalam campuran Meal shakes ni... dalam 1 hidangan,kita akan dapat 20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus copper, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. 1 bahagian lain juga ada 80mg natrium dan 275mg kalium.

Oklah..kalau ibu2 rasa nak cuba..jgn segan2 ye sms nuyun :-)


yang ikhlas,

nuyun ;-)

0133747473

Gabungan sempurna audio visual di rumah anda !

 

Buat mereka yang ada rumah sendiri ,pastinya inginkan kesempurnaan terutamanya bila waktu lapang  , kan  ? Hehehe .. Nak buat apa eh ? 

Apa lagi kan ? Pastinya masa untuk menonton television ! Bila nak menonton television , pastinya inginkan sesuatu yang benar benar … booom !! Haaa.. Kepuasan laaa !

Bagi mereka yang tercari cari apakah sistem audio visual yang sesuai , LG telah memperkenalkan television pintar buat anda ! Hehehhe .. 

LG 60 inch CINEMA 3D Smart TV LA8600

Apakah kelebihan television ni ? 4 elemen utama yang membuatkan ianya digelar tv pintar iaitu :

  • Smart Control

Haaa .. dengan suara je pon leh control tv ni  .. Bagi je command , nanti dia ikut je arahan korang tu .. Canggih kan ?

Selain tu ada scroll macam mouse tu haa .. Kalau guna internet , scroll ni mmg berguna laa .

Dan banyak lagi .. nanti gi tengok sendiri  kat laman web LG eh ..

 

  • Smart Sharing

Boleh sambung ke internet terus ! Nak google ke.. Youtube ke.. kat sini pon dah boleh dah .. Besar skrin haa .. Leh je berkongsi satu keluarga ..

Haaa .. Guna Wifi pon boleh haaa .. Wifi untuk sambungkan tv tu dengan hp atau laptop .. Hehehe .. Tak yah guna kabel dah !

 

  • Smart Entertainment

Part ni aku suka ! Pemilik tv ni boleh merekodkan apa saja program rancangan  yang sedang bersiaran .. Haaaa ! Rekod dan ulanglah berkali kali .. Takde sapa nak marah ! Heeee ..

 

  • Comfortable 3D

Pastinya inilah ciri ciri yang membuatkan tv ini jadi ‘hot’ ! Kepuasan menonton tv dengan ciri 3D mmglah tidak dapat disangsikan lagi ! Sememangnya menarik sekali !

Ada mcm mcm fungsi lagi ada tapi ianya kurang lengkap tanpa kehadiran set  9.1CH CINEMA SOUND ini !

Bayangkan tv ini yang dah dilengkapi dengan game , movie 3D bergabung dengan sistem bunyi ini ! Perghhh .. serupa duduk dalam panggung wayang kelas tinggi punya ! Silap silap lagi best wooo !!

Jadi bagi aku la kan .. Alang alang nak beli smart tv , dapatkan LG 60 inch CINEMA 3D Smart TV LA8600  ini berserta 9.1CH CINEMA SOUND ! Gabungan kedua ini , pastinya membuatkan jiran anda mencemburui anda .. Silap silap , hari hari datang bertandang untuk menonton movie bersama anda ! Baru best kan ? Ada kawan .. heeehhe ..

Gara gara tidur awal !

 

 

Hurmm .. semalam dia tidur kul 8 lebih gitu sbb sebelah petang dia taknak tidur langsung walaupun puas aku pujuk .. Asyik nak main dan makan jer .. Makan tu pon sbb aku yang suap.. Tapi bukanlah makanan yang bikin gemuk ..

Bila mak dia balik , baru dia nak tidur .. Jadi , dua dua tidur awal semalam .. Aku ? Aku buat kije lorr .. Banyak kijer mau buat wooo … Dalam kul  1 pagi gitu baru selesai kerja .. Dan plan nak tidur ..

Tetiba dengan ajaibnya , dia pun bangun ! Maka semua kena bangun hinggalah kul 3 pagi ! Aku punyaaa la geram aihhh .. Dia lak , macam tak bersalah je rupa .. hahaha ..

Dan kesannya .. mak dia sakit kepala pagi ni .. Tak mampu gi kerja + menangis sbb tuk kesayangannya meninggal dunia pagi tadi ..

 

 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Al-Fatehah ..

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ..

Awal pagi tadi , wife kejut aku bagitau yang toknya telah meninggal dunia. Abangnya sendiri call memberitahu berita tersebut . Sakit tua..

Gambar kenangan Qhaliff bersama Ayah Tua.

Semoga Allah tempatkannya di kalangan mereka yang beriman ..

Al-Fatehah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sebelum membuang ..

Memula dia diam .. Pastu selongkar .. pastu ... gi la check .. confirm ada ! Baek punyaaa ..

Dulu terfikir la ..mampu ke nak bersihkan bontot dia tu .. Bila dah depan mata , automatik .. citer byk takda ! Terus buat jer ! Anak sendiri woooo … Nanti bila sampai turn dia , haaaa …

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI