Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 19 Jun 2013

" Qhaliff , baru daddy faham ! "

 

Allah .. Allah .. Allah .

Bukan mudah nak memahami anak kecil lebih lebih lagi ragam mereka di tengah malam ..

Nak kata sakit , tidak .. Nak kata tak mengantuk pon tidak .. Tapi kenapa liat sangat nak tidur ni Qhaliff ?

Jawapannya mudah saja .. Dia nak main dengan daddy ! Tadi aku keluar gi bungkus makanan , dia dah ngantuk sangat. Petang tadi tak tidur langsung .. Dah tiga hari gini.

Dia tidur jap jap jer .. Bila dia dengar aku balik, celik balik mata dia .. Rupanya dia tunggu aku .. nak habiskan masa dengan aku dulu .. Dah puas , baru tidur ..

Nyesal sungguh aku.. Bila dia dah tidur , baru aku sedar .. Dia nak bermanja dengan aku dulu rupanya .. MasyaAllah .. Dan aku sibuk dengan kerja aku sbb tak nak tidur lewat malam sangat ..

Allah .. menyesal benar aku ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Daddy gaduh sama ibu sudah !

 

Pasal gaya rambut anak je pon ! Daddy nak rambut ala Brad Pitt muda muda .. Ibu nak gaya rambut daddy muda muda .. Kacak sungguh katanya ..

Aku bukan tak nak gaya rambut dia mcm aku .. cuma risau nanti orang kata dia kacak macam aku je .. Tu je pon ..

Lalalalala ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

FT digam : Saya sokong FAIZAL TAHIR !

 

Dulu aku tak sokong dia tapi disebabkan isunya yang lepas ( baca SINI  ) , aku menyokongnya ! Dan memboikot mereka yang lain itu !

Bukan apa , dari komentarnya aku tau dah mana yang berakal dan mana yang mengampu. Sejujurnya aku pecaya dia tahu apa yang dia buat .. Dan sesungguhnya rezeki itu datangnya dari ALLAH ..

Dalam Sinar Harian Online ada mengatakan yang Faizal Tahir telah digam dari muncul di kaca tv .. Sememangnya dah dijangka ramai .. Itulah ragam politik negara kita .. Sapa tak sokong kerajaan , digam terus ! Cara ini akan merugikan mereka sendiri .. Menunjukkan sikap tidak matang ! Sepatutnya mereka perlu pikat kembali dengan menunjukkan sikap yang lebih terbuka ..

Samada digam atau tidak ,  aku harap Faizal Tahir lebih matang dalam album yang akan datang ..

Faizal Tahir

Lelaki kuat merajuk , membosankan !

 

 

Lelaki merajuk , sapa nak pujuk ? Perempuan merajuk , ramai je nak mai pujuk .. kan ?

Kenapa gitu ? Lelaki merajuk , serupa hantu pakai bedak sejuk ? Muncung ? Terus muka serupa X-Men mengamuk ? Hurmmm .. Hilang segala kekacakannya ? Berbeza perempuan , bila merajuk kecomelannya terserlah lagi ?

Yolah tuuuuu .. Sama jer .. Cuma lelaki ni akan pujuk perempuan sebabnya adalah untuk mengelakkan dari pengaliran wang keluar berlaku. Yelah , nak kena beli bunga la.. Beli cokelat laaa .. Baru nak tersenyum ! Baru la nak kata sweet ! Kalau tak bagi ? Pujuk berhari baru laku ..

Tu kalau perempuan yang merajuk. Kalau lelaki merajuk , perempuan nak pujuk camana ? Biasanya dengan kata kata je .. Kalau nak buat gwiyomi , jangan harap laaa . Risau muntah darah lagi ada laa .. Tolong jangan buat yer .. Kekiutan sebegitu rupa hanya layak dihantar ke youtube ..

Sebab tu ramai perempuan mengambil jalan mudah bila lelakinya merajuk .. Biar sejuk sendiri .. Nanti nanti , ok la tuuuu .. Kalau dah nikah , dah sejuk gitu , leh kunci pintu bilik terus .. Yang belum , jangan cari pasal ! Dah sejuk , silalah berwhatsapp .. heee ..

Benar , lelaki merajuk membosankan ! Sebab tu lelaki jarang nak merajuk .. Kalau wanitanya malas pujuk , siap ler … Silap silap  ‘awak’ bermadu haaa nanti !

Tak sampai 5 minit ?

 

Kalau ngan aku, punya laaa liat skang ni .. Ngan mak aku , tak sampai pon 5 minit dalam buaian .. Lenaaaaaa ..

Tapi , mlm kang ?? Siap laaa ..

Grrr...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ular tedung dalam mesin basuh ?

 

Gulp .. Teror la pulak ular tu mampu masuk ke dalam mesin basuh .. Mesti cari port utk lepak dan pastinya mesti gelap !

Nasib baik makcik tu takde apa apa .. Kalau aku laaaa , maunya aku lari terkejut sampai Kelantan bila berdepan kes gini haa .. Heee..terkejut wooo ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pemilik laman web Jiwang.Org ditahan ?

 

 

Artikal bertajuk ' Jerung siber ' dicekup  di Harian Metro menarik minat aku utk membacanya .. Lama dah kena .. 11hb ari tu.. Aku je baru tau .. hehehe .. Lambat ? Tak pe laaa.. Dari tak tau langsung ..

Bila wartawan menyebut ' otai ' bab mendownload ni aku terus syak pada Jiwang.org .. Memang otai la bab bab ni ..

Aku google dan dpt jawapannya ..

Pasni banyak la web atau blog download ,menyepi .. Takde dah nak download mendownload .. Huhuh.. Nak tengok , kena gi panggung atau beli di kedai .. Mahal ? Apa lak mahal .. Rakyat Malaysia kan kaya-kaya .. Semua kena bayar ! Tu belum ditambah dengan GST..

Ada jugak yang kata aku kaitkan dengan politik .. Takde kaitan ke ? Lor ..

 

 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Penawar selsema Qhaliff

 

Selsema la dia semalam .. Tak selesa nak tidur.. Tak tau la dari mana puncanya. Tapi rasa rasa sbb main air lama sangat ari tu .. hurmmm ..

Bila baby selsema ni , mak bapak dia confirm pening sbb pasti sukar nak tidur .. Dok sok sek sok sek jer ..  Maka cara paling mudah , bawak gi klinik ..

Tapi untuk kes Qhaliff ni , aku tau dah apa ‘ubatnya’ ..

Buah oren ! Sebab penuh dengan vitamin C . Perah untuk dapatkan jusnya dan bagi dia minum .. Qhaliff mmg suka sungguh buah oren atau sebenarnya , dia suka semua buah .. er , paling tepat .. dia bedal je apa pon .. hahahaha ..

Alhamdulillah .. dengan izin Allah , bangun pagi tadi tak nampak dah hingus dia .. Lega aku .. Yelah , sian budak ni .. Cam kita tau la gak nak ‘rembat’ keluar hingus tuu .. budak ? Hurmm …

Tapi sebaiknya untuk anak korang yang masih kecik tu , aku rasa bagilah dalam kuantiti yang skit dulu .. Kot tak sesuai .. Cam Qhaliff , mmg dah aku biasakan dari dulu ..

Buah oren ni pon penawar sembelit dia .. Heee.. Confirm berak kaw kaw punyaaa …

Orang perempuan malas basuh kereta ?

 

Aku ternampak van ni kat tempat servis semalam. Tulisan di dinding van tu menarik minat aku ..

“ Naik je tahu .. Basuh tak tahu “

Tergelak kecil aku .. Kiut gitu kan ? Tergelak kecil kooo .. Ala ala awek tergelak gitu ! Hahahaha ..

Kemudian aku post ke Instragram aku tanpa niat nak perli mana mana pihak .. Hehehehe ..

Tetiba , ada rakan rakan yang baik hati berterus terang .. hahahaha …

Er … Perempuan mmg malas ke basuh kereta ? Kalau basuh sendiri tu , mmg la kan ? Yelah , nak terbongkok bongkok gitu .. Hehehehe .. Bahayaaa … hahaha ..

Tapi kalau sampai tahap nak gi antar kedai basuh kereta pon malas , tu dah mmg pemalas dah ! Hahahaha .. Jangan marah aaa ..

Tapi kan.. Ada bagus gak kereta kotor ni .. Kalau orang nak mencuri atau menyamun , kereta kotor ni bukan sasaran mereka kot ? Kot laaaa .. Yelah , nak basuh kereta pon tak mampu .. takkan ada duit banyak kot driver dia kan ?

Heeee..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI