Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 24 Jun 2013

Perintah berkurung !!

Sangap giler Qhaliff dlm rumah .. Dah sampai tak tau nak buat apa .. Last last , dok main berak berak .. Kiranya , aku pon tak leh la nganga je .. Kena gi cuci diaaa .. grr ..

Esok cmna lak ??

Published with Blogger-droid v2.0.10

Esok KL dan Selangor , sekolah ke cuti ni ?

 

Ramai pening .. Kat Mstar kata sekolah . Aku tgk di Twitter kata cuti .. Dan di RTM1 pon ada tertulis cuti .. Mana satu yang terkini ?

Photo

image

Mana satu ni ? Aku gi masuk ke laman web jabatan pelajaran negeri .. Hampeh ! Tarak sebarang makluman pon .. Baik toksah buat laman web gini !

Aku cari di FB .. Twitter .. Takde pon ! Laaaaa … Perkara perkara begini amat penting ! Kena efisien dan pantas la skit bila sebar maklumat ! Jangan suruh tengok tv untuk mengetahui situasi terkini .. Haihhh …

Bila jadi perkara begini , ramai susah wooo .. Mak bapak , pemandu bas sekolah , tukang kebun , pengawal keselamatan dan juga penyamun !

Al-kisah di sebalik jerebu yang melanda ?

 

Heee .. macam macam la gambar yang tersebar di Facebook gara gara jerebu ni .. Mungkin sedikit sebanyak dapat hilangkan sedikit tekanan dengan ‘lawak jenaka ‘ mereka ..

Yang ni , ok lagi .. Tapi yang bawah ni mmg tak tahan laaa aku tengok ..

Walau camana sekali pon , sila amik berat mengenai jerebu di negara kita ni terutama di tempat kita .. senantiasa pantau IPU kerana jerebu mampu membunuh andai kita pandang remeh mengenainya ..

Jerebu : Aktiviti harian Qhaliff diteruskan

 

Tak leh gi Cheras sbb sana lagi teruk . Maka kena lepak umah jer ..

Lepas mak dia gi kerja jam 8 pagi .. dia sambung tidur ..

Dan terus tidur hingga jam 11 pagi ! Lama tuuuuu … Daddy bergembira dengan laptopnya !

Kul 11 pagi .. bangun .. Cari makan kat dapur dan susu ..

Pastu kasi mandi .. Dia sendiri panjat tangga ajak daddy gi tandas.. mandi time laaa  daddy !

Masa untuk belajar !! Haaaa.. terus muka gitu .. membulat tak macam tengok video Upin dan Ipin ! Senyum sokmo ..

Tak sampai sejam belajar , ngantuk !! Ikut perangai sapaaa laaa agaknya ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Aku bukan seorang suri rumah , lagi !

 

Macam macam la nama digunakan tapi gambarnya , gambar aku ! Semalam saja ada dua orang telah dikenalpasti. Terima kasih la pada rakan rakan yang memberikan info .. Dan juga terima kasih pada rakan rakan yang sudi buat report pada FB .. hurmmm ..

Hurmm… Pekerjaan ? Malaysian Army kooo ! Dasat gituuu .. Apasal tak letak muka sendiri eh ? Bangga la dengan rupa sedia ada .. Orang dalam FB ni bukan kisah sangat ngan rupa.. Ayat mau manis jer .. kan kan ?

Pengarah risikan kat Kementerian Pertahanan ! Perghhhh .. giler dasat !! Tak perlu dah nak jadi suri rumah gini haaa .. Tunggu pencen baru leh jadi surirumah ..

Aku dah check kedua dua akaun ni.. statusnya .. Takde la yang negatif berbanding ada sorang lain tu .. Mohd Khai .. Ada aku update semalam .. Tu dasat giler ! Siap ada kereta mewah .. Bukan sebijik.. Berbijik bijik. Pastu ada restoran .. Ada fitness center ! Mak aihhh ..

Menariknya kan ? Akaun profile yang letak muka orang lain ni kan , ada pulak la orang melayan .. Tergoda ke dgn segala kepalsuan ? Bila kena tipu , tau pulak bengang ?

Bawak bawak la menyiasat skit sblm nak percaya !

Gara-gara jerebu , Superman jatuh sakit !

 

Ingatkan selama ni kelemahan dia cumalah pada batu hijau tu je.. Rupanya jerebu pun mampu melumpuhkan kekuatan dia .. Siannnn .. Tu laa .. dlm segagah gagah manusia , akhirnya kecundang juga dengan kecuaian manusia sendiri !

Semoga keadaan yang melanda negara kita ni kembali pulih .. Baru 2 hari , aku dah rindukan udara segar di pagi hari .. hurmm …

Kesan buruk jerebu pada manusia

 

Aku pon dah terasa sakit kepala dan tak sedap tekak .. hurmmm .. Kalau semakin teruk jerebu camana eh ? Apa yang menyebabkan kita boleh jatuh sakit disebabkan jerebu ni ?

Komponen – komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.

Golongan yang berisiko tinggi ialah :

  • kanak-kanak
  • orang tua
  • mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan
  • perokok
  • mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Tanda dan gejala :

  • Gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
  • Sesak nafas atau sukar untuk bernafas
  • Mata pedih dan berair
  • Hidung berair dan kerap bersin
  • Kulit badan gatal-gatal
  • Sakit dada

sumber : www.ukm.my

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam posting di Facebook beliau berkata, beberapa langkah akan diambil jika darurat  , merangkumi semua premis pejabat kerajaan serta swasta dan lain-lain tempat bekerja.

Beberapa langkah akan diambil : -

  1. Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada kerajaan dan swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, pembinaan dan kuari.
  2. Menentukan semua sekolah ditutup.
  3. Menghadkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian.
  4. Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.
  5. Menentukan penyebaran maklumat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kepada media massa dijalankan seberapa kerap.
  6. Penguatkuasaan pengharaman pembakaran secara terbuka.
    Bagaimanapun, langkah penutupan yang dikuatkuasa itu tidak membabitkan:
    • Kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar dan pasar raya
    • Klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat
    • Perkhidmatan-perkhidmatan perlu.

 

-iklan-

Melancong FREE ke Australia

Good news.. Currently our company has launched new COMBO PACKAGE. Every new comer who starts their business BEFORE 30th June 2013 can get first bonus RM4700.  The company will bank in your bonus  directly into your account by 12th July 2013.  Just nice for Ramadhan & Syawal preparation. Isn't it?  PLUS + + You'll get travel points too.  Our next FREE TRIP will be AUSTRALIA..!!  Interested to join our business? Free business preview. No obligation. Contact me now.  LOVE,  Waney 013-6613197

All fully sponsored including
2 way Flight tickets, accommodation,
Halal food, transportation, & tour.
For more info, visit:
www.WaneyZainuddin.com

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI