Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 1 Julai 2013

Pandai dah dia !

 

Kalau Upin Ipin di tv sedang ditayangkan , segala aktiviti dia terhenti tanpa disuruh ! Walaupun sedang memanjat tangga sambil berak ! Tu dia berak tu . Dia panjat tangga sebab nak ajak gi bersihkan kat tandas atas dan mandi sekali ! Mandi , main air dalam tab tu ..

Kalau pasang Upin Ipin kat hp ,dia tau dah part mana akan keluar lagu tema dan lagu penutup tu .. dia akan scroll dengan jari dia ! Macam tau tau jeeeee .. Dok ikut aku buat la tuuuu ..

Skang , hp aku penuh dah dengan air liur dia ! Plan nak tukar hp tapi terbantut gara gara AES ! Haihh ..

Gara-gara AES !

 

Rujuk sana sini termasuk di fan page KEMPEN ANTI SAMAN EKOR ( KASE ) untuk mencari kepastian selepas pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kata saman AES masih berkuat kuasa meskipun proses pendakwaan mahkamah ditangguh.

Dalam notis AES tu berkali kali aku cuba pahamkan .. Serius aku tak faham ! Jadi , aku tekad untuk hadir jer ke mahkamah nanti. Tak kira lah .. Nak bayar terus RM300 ( 3 saman berapa dah ) , mmg keras la weh ! Bukan sikit tuuu .. hurmm .. Yelah , aku kan spesis kais pagi makan pagi .. Kalau ada projek juta juta tu lain la ..

Aku google untuk dapatkan maklumat mengenai prosiding ke mahkamah memandangkan aku dah terlepas dua prosiding tapi takde apa apa surat susulan .. Hurmm ..

Menariknya aku terjumpa yang ni ..

“ Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukan. Untuk makluman puan , sebutan kes notis saman AES ditangguhkan sehingga dimaklumkan secara bersurat mengenai pertukaran tarikh mahkamah berikutnya. “

Dari JPJ ..

Sampai skang , tiada surat susulan .. Notis tambahan ada la ! Hurm.. Tak kisah la.. skang ni aku gi dulu yang terkini . Yang dah lepas tu , akan dirujuk nanti di mahkamah .. Senang citer ! Kalau kena bayar , bayar je la.. Redha. Pastu claim kat BRIM !

 

Sumber : MrJacko

Bila anak lagi popular !

 

Kalau bapak si Qhaliff ni orang salah eja nama , takde sapa pon nak heran ! Tapi bila si Qhaliff , kengkawan sudah tersalah eja nama , pasti ramai jadi confius !

Ini sungguh tidak adil !!! Tidak adil sungguh ini !! Grr…

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sebab anak kecil tak boleh bercakap ..

 

Teringatkan jiran aku yang mana anaknya hingga dah bersekolah masih sukar bercakap .. Cakap pon pelat gak .. Hurm.. Alhamdulillah , tak lama kemudian , baru boleh bercakap dengan baik.

Qhaliff , skang ni dah mula membebel . Ada beberapa patah perkataan dia dah mula ikut mak ayah dia cakap .. Contohnya bila wife panggil aku .. dia pon sibuk panggil dengan gelaran tu gak .. haaa.. Menyanyi ? Jangan cakap la.. siap menari lagi ! Grrr.. Ganyam lak tuuu .. huh !

Ok ..  Aku teringkat isu ni jadi aku nak kongsi bersama la memandangkan ada kengkawan baru ada anak kecil.. Aku pon ada gak kan ..

Aku google dan jumpa beberapa buah blog yang ada isu begini .. hurmm ..

 

Dari blog CPINTRASS 

Seorang Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.

Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor keturunan yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.

Anak Menumpu kepada aktiviti lain dahulu

“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.

Ibu bapa tak memberi tumpuan ajar anak bercakap

“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,” katanya

Ibubapa tak sokong atau mengalak anak bercakap

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.

Faktor kesihatan anak-anak yang kurang baik

Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.

“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)

“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.

Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.

Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.

  1. Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.
  2. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
  3. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
  4. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.

“Galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,”  Dr Mastura Badzis,

 

Dan ada satu blog tu kasi tips .. Aku baca dah .. Dan ianya berguna untuk bakal bergelar ayah dan ibu .. Klik SINI .

Balas dendam tidur !

 

Sian dia … Tak cukup tidur dia .. Bangun pagi ni , kul 7 pagi .. Tu mesti sbb sakit perut nak beyakss .. Pastu mandi , makan dan ….

Sambung tidur ! Dari kul 9 hingga kul 12 .. mmg lena sungguh ni.. huhuh.. masakan tidak eh ? Semalam penat test baju raya ! Huhuhu .. 

Nasib baik ada size dia .. heee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sesungguhnya dia penghibur hati !

 

Dua hari yang sangat memenatkan aku .. Tapi aku boleh tahan lagi. Qhaliff ni .. Sungguhpun dia penat , dia tak buat karenah bila berada di luar rumah atau luar kereta !

Dia melayan je mak ayah dia .. Penat camana pon , dia ok jer .. Tapi bila dah ada dalam kereta atau rumah , masa tu la baru nampak dia kepenatan .. Baru tunjuk ! Dia menangis nak susu ! Tu je pon .. Tak de la teruk mana pon ..

Senang bela dia ni .. sama cam aku la.. senang bela aku ni.. heee..

Bila rumah KJ dirompak ..

 

Terbaca di di Sinar Harian malam tadi .. Kesiannya. Nasib baik la keluaga beliau tiada di rumah dan beliau sendiri pon tiada.. Kalau ada , hurmm… Tak tau la nak kata apa ..

“ Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam. “

Sesungguhnya mmg sangat serius ! Bila rumah ahli keluarga dirompak , baru sedar langit sememangnya tinggi kan ? Kalau tak kena kat batang hidung , jauh sekali nak amik tau .. Kalau amik tau pon , hujung hujung jari je sentuhannya ..

Bab rompak , samun , rogol .. sememangnya sangat serius dalam negara kita ni .. Paling teruk samun bersenjata .. Haihhhhh.. makin selamba je diorang buat. Tak kira la sapa mangsa mereka sekarang ni ..

Antara punca berleluasanya jenayah ni ialah DADAH . Ada yang ingat amik dadah ni sekadar akan merosakkan diri sendiri padahal , pasti akan melibatkan orang lain !

Di Hmetro pulak melaporkan ..

Empat lelaki yang menaiki Proton Waja dilihat memanjat tembok rumah milik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara, kelmarin.

Difahamkan, kejadian berkenaan membabitkan kerugian RM25,000 itu berlaku beberapa jam selepas menteri berkenaan bersama isteri keluar dari rumah jam 5 petang.

Pembantu rumah menteri itu dikatakan tidak sengaja membiarkan pintu hadapan rumah terbuka ketika melakukan kerja dalam rumah.” .

 

Hurmmm ..

Boring giler ?

 

Situasi A

“ Boring giler la  sini .. Duduk nganga macam ni jer.. Orang tak ramai pon datang sini .. Kalau ramai masuk tak beli pon tak pe.. Meriah skit .. Masa pon bergerak lambat .. “.

 

Situasi B

“ Aduh .. penatnya.. Ramai je orang masuk .. tengok sana sini.. usik sana sini .. tapi beli , tidak pon ! Bila la dapat rehat ni ? Tak sabar nak balik !! “.

 

Dua situasi yang berbeza dengan pekerjaan yang sama .. Sesungguhnya jika kita tau erti bersyukur , dalam apa jua keadaan .. kita terima dengan hati yang terbuka ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI