Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 3 Julai 2013

Aku perlukan almari baru !

 

Wife ajak gi Ikea memandangkan Qhaliff dah mula menyelongkar barang-barang yang ada dalam rumah terutama yang berada di dalam laci . Malah dia sekarang pon dah berani mengambil barang yang berada di tempat tinggi..

Buku yang berada di dalam rak buku tu pon dah berkali kali disusun ! Hurmm .. Dsebabkan dia , aku rasa untuk naikkan frame gambar atau perhiasan terpaksa dibantutkan kerana nak cari perabot yang sesuai untuk kami anak beranak terutama si Qhaliff yang dah mula memanjat !

Belajar menulis dengan kaki ? Adehhh … Dia cukup pantas dengan kakinya tu ! Tangannya pon ! Bila nak capai sesuatu , mmg kita sendiri tak terduga akan tindakannya . Sekarang ni , kena baca pikiran dia ! Ada je akal dia nak kenakan kita .. Aku , dia geramkan cermin mata aku tu. Aku pun pelik nape dia suka sangat kat spek aku tu haa.. Jangan kasi alasan untuk daddy beli baru yerrr !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila aku post gambar makanan ..

 

Aku ada terbaca  pendapat orang bijak pandai agama mengenai post gambar makanan di FACEBOOK dan beberapa kawan blogger masakan mula ‘diserang’ dengan pendapat memasing ..

Hurm… Bila baca betul betul , ianya lebih kepada ‘mereka yang post gambar masakan yang mana punya niat tertentu .. ianya mampu membuatkan orang terliur kerana harganya yang mahal serta lokasinya ( sbb makan di tempat ekslusif dan jauh ) yang secara tidak disedarinya  mampu menghadirkan rasa riak pada orang yang post tu .. Itu pendapat aku laa ..

Berkenaan blogger masakan yang post gambar masakan , sememangnya sapa sapa saja mampu boleh masak gitu kerana mereka membuatnya sendiri malah disediakan resepi untuk mereka belajar mengenai masakan tersebut. Yang terliur tu boleh je cari kat mana mana kedai makan yang ada .. Kenapa perlu dipertikaikan apa yang dah mereka buat selama ni ? Setahu aku , takde la pulak sampai ada yang menjilat skrin kerana gambar tu !

Jika ianya begini .. Contohnya aku gi makan kat Tutti Fruitti jam 11 malam .. Haaa.. Aku amik gambar dan post dengan niat nak kasi kengkawan terliur ! Itu sudah salah la kan.. Berdosa  la hukumnya ..

Segalanya bergantung pada niat.. Kalau nak pertikaikan bab post gambar makanan di FB , camana pula post gambar berposing dengan tak menutup aurat , gadis bershawl anggun mengoda , baju baju baru , beg baru , pakaian baru .. bukankah semua itu mampu menghadirkan rasa riak , bangga malah tang gadis gadis ayu comel cam kak ton tu berposing , si lelaki tengok .. camana perasaannya ? Tak ke tetiba si suami karang surat rasmi meminta tambah kuota ?

Aku bukan nak pertahankan sesiapa .. Apa jua yang kita buat , balik semula pada niat dengan  berpandukan pada agama .. Mereka yang post gambar melancong ke sana sini , aku pon terliur tengok ! Tapi tak salah kan perbuatan mereka itu jika dipandang dari sudut positif .. Lainlah jika ada rasa cemburu dan dengki ! Sapa suruh malas belajar  kan !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bangunan terbesar di dunia !

 

Terkedu jap bila membacanya di Kosmo tadi ..

Kompleks gergasi itu boleh memuatkan 20 bangunan Rumah Opera Sydney atau tiga bangunan Pentagon.

Ternganga ? Haaa … Tutup mulut tuuuu ..

Kompleks tersebut dilengkapi beberapa pusat beli-belah, hotel, sebuah taman tema air, gelanggang luncur ais, hotel dan sebuah perkampungan Mediterranean , 14 screen IMAX .

Tak percaya ? Hehehehe .. Jom la gi Chengdu , China.. Skang dahada alasan kenapa nak gi melancong ke China ! Hehehehe ..

Senangnya jaga dia sekarang !

 

Bangun kul 7 pagi .. Kul 9 tdo balik .. Kul 12 bangun .. Kul 3/4 tdo balik ! Malam ?? Malam tukar syif ! Daddy nak berjimba jimba !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Surat surat rasmi utk tambah kuota !!

 

Maaf yer.. Ini aku copy paste . Sumber asal , aku tak pasti mana … Jadi kalau ada yang kata ini hak dia , maafkan saya la yer .. Sebab penyebarannya tidak terkawal tanpa sebarang tanda hakmilik rasmi .. heee ..

Tapi sesungguhnya ianya melucukan ! Surat ini sekadar satu gurauan ringan je. Jangan amik serius sangat yer .. heee ..

 

Contoh surat rasmi utk tambah kuota

Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.

Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.


3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.


4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.


5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.


7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.


8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suamimu...

 

 

Menariknya siap ada balasan tu ! Tu pon tak tau la dari mana puncanya …

 

Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,

Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Terima kasih kerana telah memaklumkan saya tentang calon ke dua yang bakal mengisi kekosongan jawatan sebagai isteri nombor 2 kanda. Ermm… Cik Hana Fazura binti Ramli ya namanya ? Sedap sungguh nama itu kanda. Ohh…saya pasti dia memang menunjukkan komitmen yang baik di pejabat . Maklumlah kejab lagi jawatannya semakin tinggi kan ?? Dulu saya pun bekas setiausaha kanda juga dan kanda kata taraf saya akan naik lebih tinggi setelah bergelar isteri. Tapi macam biasalah baru kawin memang kanda cakap saya ‘ cute ‘ dah lama kanda cakap eh..eh..saya ‘ comot ‘ pulak. Tak apa …jangan risau Cik Hana Fazura akan melalui frasa yang sama seperti yang saya tempuhi nanti , bila ada permohonan ke 3 dan ke 4 yang bakal menyusul. Kita tengok nanti surat jawapannya macam mana pulak kan ??
3. Saya memang tiada sebarang halangan untuk kekanda berkahwin lagi, maklumlah poket kanda sekarang ni tengah tebal, tentulah jalan pun tak pijak bumi. Tapi seingat sayalah poket kanda memang semanjang menipis sejak dari azali. Jangan lupa kanda, duit ASB tu saya yang masukkan ke dalam akaun kanda setiap bulan setelah menyisihkan sedikit dari duit belanja bulanan yang kanda biasanya bagi hanya seciput. Kanda tak rasa kejam ker ? Ehh…memang tak rasa kut sebab biasanya orang lelaki memang suka jalan dengan mata terpejam. Kecuali nampak perempuan bogel …sakit terbaring pun boleh bangun - yer tak kanda ? Kusss semangat. Gagah Ali, gagah Musa, masa menghabiskan duit memang tak terasa !
4. Saya faham kanda memang pemurah sebab itu semuanya kanda nak sedekahkan..betul tak ? Insyallah orang pemurah resekinya akan bertambah.
Jangan risau cukup masa Cik Hana Fazura pun akan menjadi ‘gedabak’ seperti saya dan saya kira waktu tu permohonan ke tiga bakal menyusul kalau pun tak serentak dengan permohonan ke empat. Mungkin saya akan tetap begini juga dari saiz kerana saya dah kebal tapi Cik Hana ??? Mungkin potongannya boleh jadi guitar semula kut.
5. Bab waktu kerja yang lebih menguntungkan ni memang saya suka . Saya tak ada halangan di bahagian ini. Kanda ingat seronok ke saya asyik buat air Nescafe untuk kanda 8 hingga 14 cawan setiap hari terutamanya waktu hujung minggu. Nescare tu bagus ke untuk diminum selalu ? Lenguh tau tangan asyik bancuh air ! Tak pe, tak pe, biarlah orang gaji baru tu buatkan untuk kanda semantara waktu ni. Sampai masa nanti dia pun bosan juga buat air untuk orang yang tak berhenti haus ni . Wek !!
6. Jangan risau, permohonan kanda memang telah melalui procedure yang betul.
Saya jamin tiadk akan ada periuk dan pinggan yang melayang. Sebab semua periuk dan pinggan yang saya beli jenis mahal. Nak buat apa saya pecahkan untuk kanda ?
Lagi pun bukan kanda yang belikan pekakas tu untuk saya selama ini kan ?? Saya beli sendiri – guna duit saya sendiri. Apa ke hal nak pecahkan untuk kanda pulak ? Ehh saya masih waras. Tidak akan saya menjatuhkan air muka saya sendiri semata-mata kanda nak kan Cik Hana Fazura tu. Sebaliknya saya kan sambut dia dengan semangat kasih sayang dan persaudaraan seperti yang kanda inginkan. Tapi ingat kanda – 3 malam dengan dia, 4 malam dengan dinda. Kalau tidak ????? Siap kanda !!
7. Untuk makluman kanda juga adinda memang telah meluluskan permohonan ini. Surat izin nikah pun dah dinda sign dah sudah pun diletak di atas meja. Maklumlah kalau dinda tak sign pun tak guna, kerana kita sama-sama boleh tiru tanda tangan masing-masingkan ??? Belailah selagi larat. Usia kita dah meningkat, sama-sama semakin tua. Esok lusa bila Cik Hana Fazura dah penat…kanda cari saya juga kan ?
Time tu kanda jangan lupa, ada lori ada bas, salah masuk… memang saya tebas ! Jaga-jaga ya kanda.
8. Akhir kata, saya doakan semoga kanda masih boleh menjadi suami mithali kepada kami tapi please la..dont take everything for granted sebab saya takut kanda terlupa harimau yang kanda bela ni sebenarnya terdiri dari keluarga kucing. Kadang dia manja, kadang dia bermain di celah kaki, tapi sesekali kukunya mencakar…..stand by minyak gamat ya kanda.
Yang ikhlas
Isteri mithali mu yang bakal dapat payung emas.

Promosi Sabun Marine Essence

 

-iklan-


Dulu famous dengan sabun Marine Essence Beauty Bar.

Now dah ada yang jenis liquid plak.
Function masih sama.
- Memutihkan kulit leher / bawah lengan / peha yang gelap
- Merawat gatal / ruam / allergic / eczema / kulit kering
- Menghilangkan kelumumur
- Bersifat anti-bakteria & anti-oxidants
- Soap Free & Paraben Free

sabun marine essence beauty bar, kebaikan marine essence body wash,  kebaikan marine essence shampoo, testimonial sabun marine essence, agent sabun marine essence shah alam, waney zainuddin, glampreneurs, green leaders academy malaysia, marine essence toothpaste, sabun ketiak murah promotion diskaun agent shah alam

Marine Essence Body Wash (RM33)

Marine Essence Shampoo (RM33)

PROMOTION

Marine Essence Set (RM148)

2 bottle body wash

2 bottle shampoo

3 box toothpaste

FREE toiletry bag

sabun marine essence beauty bar, kebaikan marine essence body wash,  kebaikan marine essence shampoo, testimonial sabun marine essence, agent sabun marine essence shah alam, waney zainuddin, glampreneurs, green leaders academy malaysia, marine essence toothpaste, sabun ketiak murah promotion diskaun agent shah alam

Order cepat sementara masih ada stok.

More info:

www.WaneyZainuddin.com

013-6613197

Anjassari Fried Chicken

 

Pernah sampai sini ? Aku pon pertama kali ..

Sekali baca , nampak macam KFC la pulak kan ? Tapi anda silap !! Silap seperti mana aku juga !! Kenapa ? Haaaa .. Kenapa ? Kenapa ? Sebabnyaaa ..

Bukan sekadar ayam goreng sajaaa yang ada dalam restoran yang ekslusif tapi murah ni ! Haaa.. macam macam ada weh ! Macam macam aku kataaaa .. Kiranya kalau nak gi waktu berbuka puasa nanti pon , mmg comel sangatlahhh !

Masuk dah pon dalam JJCM gitu .. Kat sini pon ada free wifi .. bukan free wife yer.. baca betul betul .. haaa ..

Antara hidangan yang ada kat sini ialah ..

Dan makanan untuk aku petang tu ialah .. Weeee .. Sedap weh ! Semuaaa sedap !!

Hehehe.. Serius .. sedap ! Aku tak tau la tekak korang camana kan .. Tapi bagi aku petang tu , masakan mereka semua sedap belaka !

Buat mereka yg tinggal di berhampiran Shah Alam , boleh serbu ke sini … atau pon ke mana mana  AFC yang berhampiran dengan anda ..

AFC FRIED CHICKEN RESTAURANT
No 10 Jalan Opera H U2/H,
Taman TTDI Jaya,
40150 Shah Alam,
Selangor

Laman web : http://www.anjassari.com/v2/index.php/2012-11-16-16-39-31/restoran-afc

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cergas dan ceria di bulan Puasa

 

-iklan-

 

Ohhhh… pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai kan… pejam celik pejam celik lagi, eh eh… dah masuk Bulan Ramadhan pula… haaa…. Uolls semua dah settle ganti puasa?? Mana yang belum settle tu silalah pecut yer.. hehehe

Sebagai umat Islam, sudah pasti kita semua merasa gembira dan teruja dengan ketibaan Bulan Ramadhan nih… Maklum laa bulan istimewa yang penuh nikmat dan keberkatan… Jika difikir secara long term, bulan ni adalah bulan terbaik untuk kita buat investment paling menguntungkan dalam dunia… oh no… bukan skim cepat kaya yer kengkawan, tapi skim saham akhirat J

Namun, ada juga segolongan pihak yang dilanda kerisauan dan kebimbangan tatkala munculnya Bulan Ramadhan… kalo golongan yang memang stok malas puasa tu maleh laa iolls nak elaborate, tu sendiri mau ingat laa, memasing pun dah besar kan, dah akil baligh, sebab tu wajib puasa.. huhu.. tapi, golongan yang iolls maksudkan di sini adalah GOLONGAN IBU MENYUSU termasuk laa iolls sendiri… haa… hanya ibu menyusu jer yang tahu susah senang pahit manis di sepanjang perjalanan nak menyusukan anak ni especially to those yang breastfeed exclusively… bukan kerja mudah hokayyyy tapi kami akan terus berusaha demi memberikan yang terbaik kepada anak terchenta… kankankannnn… Biasanya yang menjadi kebimbangan kepada golongan BMHG [Breastfeeding Mommies yang Hot dan Gojes J] ni adalah production susu ketika berpuasa… yer laa, alangkan ketika bukan bulan puasa pun production susu ada pasang surutnya, inikan pula ketika berpuasa kan… so di sini, saya dengan rendah hati nak share dengan uolls beberapa tips yang boleh diamalkan sebagai persediaan untuk semua BMHG menempuhi Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dengan tenang dan ceria….

(1) Sila buat stok EBM sebaaaanyaaakkkk yang mungkin… Kalo dah ada stok, bagus!! Tapi lebih bagus jika tambah lagi… bagi yang kurang stok jangan risau, teruskan usaha mengepam sejam sekali… sikit-sikit lama-lama jadi bukit… kalo tak jadi bukit, dapat busut pun lebih baik berbanding tanah rata… Stok EBM ini sebagai back up jika kita mengalami kemerosotan susu ketika berpuasa

(2) Amalkan pemakanan yang boleh merangsang penghasilan susu… antara jenis makanan yang biasa dicadangkan adalah kurma, lobak putih, longan kering, soya, daun betik muda, kacang tanah dan susu kambing… ini beberapa contoh laa.. kalau uolls gugel ada banyak lagi cadangan pemakanan yang boleh diamalkan

(3) Pengambilan supplemen dan vitamin juga dapat membantu… tapi uolls jangan salah faham, supplemen bukan magic yang sekali makan terus tingggg!!!!! Waaahhhhh banyaknya susu melimpah ruahhhhh… bukan begitu mommy-mommy gojes sekalian… supplemen ni fungsinya untuk membekalkan ‘makanan’ kepada tubuh badan kita secara lebih efisyen, yang mana mungkin sukar untuk kita dapatkan daripada pemakanan harian.. Haa… part ni kita citer kendian ekk… habiskan tips dulu…

(4) Berbuka puasa…. Haaa, ni last alternatif laa ekk… walaupun ibu menyusu dibolehkan untuk tidak berpuasa tetapi alangkah indahnya jika kita dapat meneruskan ibadah puasa sambil menyusukan anak… it’s not impossible cuma kita kena laa berdisiplin iaitu dengan mengambil makanan yang seimbang ketika berbuka dan bersahur serta banyak, banyak, banyak minum air masak di waktu malam…. Jika uolls nak tahu lebih lanjut tentang rukhsah meninggalkan puasa bagi ibu menyusu boleh baca di sini yer : http://fikratulummah.blogspot.com/2012/11/fikih-ganti-puasa-bagi-wanita-hamil-dan.html

(5) Sila amalkan doa yang disarankan untuk perbanyakkan air susu… konsep tawakkal adalah berusaha dan berserah… setelah kita berusaha sebaik mungkin, jangan lupa berserah yer kawan-kawan

clip_image001

Okay, now nak elaborate sket part pengambilan supplemen tu... for information, setelah melahirkan anak ketiga, iolls teriiinginnnn sangat nak breastfeed baby exclusively sampai dia 6 bulan tapi… tapi…. Dapat sampai 5 bulan jer… takpe laa, iolls redha, tak cukup persediaan ketika itu… then, masuk anak keempat, iolls bersungguh sikit.. masa preggy lagi iolls dah amik supplemen Shaklee, disambung lagi semasa berpantang dan kini sedang menyusukan anak… so, masuk kali kelima repeat order, iolls pun register jadik member.. so di sini iolls nak kongsikan secara ringkas supplemen yang elok diambil oleh BMHG yang iolls sendiri amalkan dan merasa kebaikannya…

clip_image002

Actually supplemen yang biasa dicadangkan ada 6 jenis kesemuanya which consists of Vitalea [multivitamin with iron formula], B Complex [with folic acid], Sustained Release Vita C [500g], Ostematrix [kalsium with magnesium and Vitamin D], Alfalfa dan ESP [Soy Protein Isolate Powder]… but since kita dah nak puasa kan, so iolls ada suggestion yang lebih bersesuaian dan semestinya lebih mesra poket anda… hehehe.. maklumlaa nak raya kan biasanya banyak pakai duit… so kena laa pandai-pandai menyusun bajet… kalo uolls interested nak tahu tentang supplemen yang terbukti berkesan itu, jemput laa baca lebih lanjut di www.mamamia-dila.blogspot.com... Di situ juga uolls boleh ikuti kisah suka duka pengalaman iolls ketika menyusukan anak ketiga dan usaha yang sedang iolls lakukan untuk memastikan hasrat menyusukan anak keempat secara eksklusif menjadi kenyataan di bawah label ‘My Breastfeeding Journey’… tapi kalau uolls very the busy and prefer maklumat secara pantas dan pintas, maka uolls boleh zassssss hubungi iolls di 013-3506678 [Dila]… sebarang penjelasan dan konsultasi adalah percuma yer, sebagai tanda support iolls kepada semua BMHG di luar sana….

Sebelum iolls mengundur diri, sukalah iolls kongsikan sedikit pengalaman 2 orang BMHG yang telah berjaya… ini baru 2 orang okeh, sedangkan terdapat terlaaaaluuuuu ramai wanita yang juga telah berjaya di luar sana hinggakan iolls sendiri pun tak tahu berapa jumlahnya… ekekekeke

clip_image004

Anjassari Beauty Spa Health

 

Dah lama wife bagitau aku yang dia nak gi buat facial dan spa.. Kiranya nak release tensen la .. Sian.. Yelah , aku faham perasaan dia apatah lagi kerja di bawah orang kan ? Asyik kena ‘Yes Boss’ jer .. Maunya tak tensen .. Aku lama dah tensen .. Sebab tu jadi blogger sepenuh masa !

Hari ni , aku hadiahkan diaa spa dan facial sekali ! Hehehe … Suka diaaa .. Dan sememangnya dia dapat relaks sangat tadi di Anjassari Spa And Beauty yang terletak di 26-2 , Jalan Opera BU2/B , Taman TTDI Jaya. , Seksyen U2, Shah Alam .. Kalau nak ke sini , sila guna GPS .. confirm  tak sesat.. Cari je Makbul Restoran atau stesen Petron. Dekat dah dengan spa ni ..

Ok sambung.. Sememangnya aku suka masuk ke tempat tempat gini walaupun aku tak boleh buat aktiviti gini .. hehehe .. Maklumlah … korang pon paham paham laaa.. Jadi aku suka amik bau aromaterapinya.. Sangat tenang je baunya .. Takde la bau cam bau kasut aku ni ! Grrr.. Kena beli kasut baru dah !!!

Haaa … Di sini , layanan staff Anjassari sangatlah memuaskan . Menariknya ada yg follow blog I tauuu .. Malu aiii .. hehehe .. Ngade !

Aku sempat la amik beberapa keping gambar sementara Qhaliff sibuk dok melayan Upin Ipin dengan salah seorang staff mereka ..

Ruang legar yang bersih , nyaman dan mendamaikan . Qhaliff pon tak berani nak wat kotor dalam ni walaupun ada cubaan untuk menjatuhkan beberapa pokok dalam ni .. heee ..

Best kan ? Pergh.. Korang tak tau perasaan aku ketika ni .. Rasa macam nak naik je atas tu dan baring .. Tidur sampai minggu depan ! Mendamaikan je dalam ni wooo ..

Ini bilik untuk buat facial ! Perempuan saja yer .. Spa tu pon perempuan saja yer .. Lelaki tidak dibenarkan sama sekali ! Hensem camana la sekali pon , tetap tak blehh punyaaa.. Aku try daahhh paksa mereka ! Hahah.. Guwau jer .. Mereka awal awal lagi bagitau peraturannya dengan lemah lembut sekali .. heheeee ..

Masa yang diambil untuk buat treatment bergantung pada jenis. Begitu juga dengan harganya .. Wife aku , try yang best dulu .. Setelah diberitahu ada banyak urat uratnya bersimpul sana sini , maka dia bercadang nak kembali lagi ke sini .. Aku ok je.. aku belanja maaa.. Bini sendiri wooo .. Lagi pon wife puashati kat sini .. Terpikat katanya .. Amboii.. ayat tak hengat !

Selain dari spa , ada urutan refleksologi .. Betul ke aku eja ni ? Hehehe.. Ala , urut tapak kaki tu haaa.. Sedap woo kena urut tapak kaki ni .. Rasa ringan je pastu ..

Buat mereka yang berminat , sila tempah awal awal jer .. Kalau berminat , boleh jadi ahli sekali .. Kenapa perlu jadi ahli ? Sebabnya mereka ada keluarkan produk kecantikan dan kesihatan mereka sendiri wooo ..

Harga ? Jangan risau .. Korang takkan muflis punya ! Mampu bayar punya laah !

Sila layari laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut ,klik SINI ..

Part produk ni , nanti aku update lain ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI