Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 10 Julai 2013

Cubaan Qhaliff membatalkan puasa daddy !

 

Nyarisss .. Sebelum babak ni , apa yang Qhaliff buat ialah pegang biskut tu dan tayang depan muka aku ! Biasanya aku akan ngap dgn hujung bibir aku dan Qhaliff akan cuba merampasnya kembali !

Dan aku nyaris nak lakukan tadi ! Hahahaha .. Kalau tak ? Tak batal sbb terlupa pon .. hehehe … Baiknyaa alasan kan ? Hanya Allah saja yang mengetahui apa yang berlaku .. heee .. 

Nasib baik la ada Upin Ipin !

 

Kalau takde ???? Abis satu rumah dia selongkar ! Tak cukup dgn selongkar , ngan aku aku dia kaco !

Bayangkan aku tgh wat tekan tubi ( senaman ) , dia mai belakang aku dan naik ! Buat ala ala kuda .. Adehhh ..

Bila kuar je Upin Ipin kat tv , baru dia gi tgk tv .. dan lantak la apa ayah dia nak buat ! Tak kisah dah ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

“ Boleh ke kanak kanak solat sekali dengan orang dewasa ? “

 

Ramadhan datang lagi .. Ramai yang teringin nak bersolat berjemaah di masjid atau surau surau tetapi buat mereka yang punya anak kecil pastinya menjadi sedikit masalah kerana risau mereka akan menggangu jemaah lain nanti ketika solat .. Hurmm .. patut ke kanak-kanak dibawa bersolat sekali ?

Mereka yang belum punya anak , mungkin belum merasai masalah ini. Kalau nak kata anak buah ke , anak jiran ke .. lain .. Tak sama dengan anak sendiri punya !

Di Malaysia , ada masjid yang buat saf khas untuk kanak kanak. Risau mereka akan ganggu jemaah yang terdiri dari orang dewasa .. Atau ada yang kata , kanak kanak yang berada di dalam saf orang dewasa akan memutuskan saf maka kurang pahala .. Benarkah ?

Google dan cari jawapannya  .. Bila buat gitu , anda pon dapat gak ilmu . Pahala lagi woo..  Aku buat dah dan aku jumpa pon jawapannya .. Aku takde masalah nak bersolat sebelah kanak kanak .. Malah aku lebih galak mereka serta sekali solat berjemaah sebabnya lama kelamaan , mereka akan tertarik dengan setiap perbuatan yang ada di kiri kanan mereka .. Dan ianya menghasilkan satu pertanyaan .

“ Mengapa mereka buat begitu ? Solat tu apa ? “

Secara tidak langsung , bila tengok tingkahlaku orang dewasa ketika bersolat , mereka akan berdisiplin . Tapi si ibu dan ayah pon kena la mainkan peranan dengan mengajar dan memberi sedikit tunjuk ajar sebelum meletakkan mereka disisi ..

InshaAllah .. lebih baik mereka dididik begitu dari dah plan nak main mercun bila tiba malam !

Ramadhan dah rupanya !

 

 

" Apa punya rajin laaaa bini aku dok kong kang , kong kang kat dapur tu ? ".

Amik handset ..tgk jam..

"Baru kul 5 pagi !! Lama lagi subuh niii .. Dok bising kat dapur tu , bgn jugak Qhaliff nanti . Dah la mengantuk ni ". Getus hati aku lagi ..

Baring semula. Tak sempat nak mimpi Neelofa , dia dtg kejutkan aku..

Aku terpinga pinga. Bangun dan berjalan membontoti dia ..

" Laaa.. puasa rupanya ! Dok buat sahur la tadi tuu .. ".

Nasib baik aku bangun sahur .. Kang ada yg membedal kul 8 pagi nanti sbb terlupa dah masuk Ramadhan.

Alhamdulillah.Syukur pada Allah sbb diberi peluang sekali lagi menikmati keindahan Ramadhan..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bikin orang geram sama dia !

 

Hurm.. tengok dia dalam gambar .. Tengok dia live .. Berbeza .. Hahaha .. Skang ni dia kurang skit dah nak kat orang tapi kalau orang dukung je , dia takde la nak nangis .. Dia ok jer.. heee..

Seharian jaga dia hari ni . Dia mmg semakin melucukan ! Kalau aku dok baring atas toto depan tv ni , dia akan duduk atas perut aku . Tah dari mana dia belajar pon tak tau laaa .. Kalau aku dok layan hp , dia akan gi blkg aku dan mencakar belakang badan aku ! Pedih siutt !! Suka suka diaaaa jer wat gitu !

Kalau dia tak tidur hingga masuk waktu zohor , mmg naya laa aku .. sbb bila aku solat dia dengan selamba duduk atas sejadah tu .. Nasib baik masa sujud tu dia dah bangun ! Tapi .. yg jadi kes naya bila tahiyat akhir tu.. dia boleh mai duduk kat celah pangkuan aku .. Hahaha .. Tau nape ? Sbb aku tak layan dia ! Dia mundar mandir dpn aku tapi aku wat dek jer diaaa ..

Tak pe laa Qhaliff .. nanti dah besar .. kita sama sama solat eh ..

Tadi gi tarawikh kat masjid berhampiran rumah aku. Alhamdulillah , ramai ibu bapa bawa anak mereka bersama .. Yang bagusnya kan , ajk masjid tak kisah pon budak budak ni. Jauh sekali nak buat tempat khusus untuk kanak kanak. Mereka boleh bersolat di antara orang orang dewasa. Yang buat bising pon ada tapi takde la kena halau . Bagus la mereka buat gitu untuk menarik minat anak kecil supaya cintakan masjid ! Alhamdulillah ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI