Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 11 Julai 2013

Semanis Kurma : Ibu bapa genius

 

Pergh.. berpeluh aku tengok .. Bukan sbb apa .. Kagum dengan cara didikan mereka yang berjaya melahirkan anak yang cukup bijak .. Hurmm ..

Banyak yang perlu aku perbaiki dan tambah lagi .. Hurmm .. Nak jugak Qhaliff menjadi orang bijak pandai , dunia dan akhirat !

InshaAllah .. Aku tak harapkan dia menjadi genius tapi memadai dgn mampu memberi kebaikkan pada agama , negara dan masyarakat .. Kalau dapat jadi genius , satu bonus buat aku tapi syaratnya , ibu bapanya perlu jadi genius agar dapat menurunkan genius pada anaknya dengan didikan yang betul dan tepat ..

Gulp .. Tiada lagi Upin Ipin ?

Ramadhan , rezeki ‘masakan’ !

 

Apa saja yang melibatkan masakan di bulan Ramadhan ni , pastinya memberi pulangan lumayan pada si penjual , pemakan , perut dan juga tong sampah !

Tapi … aku dalam dunia blog ni pastinya lebih tertarik pada rezeki trafik pada blog ! Pastinya blogger masakan akan menjadi tumpuan pada waktu ini ! Mencurah curah trafik ketika ini .. hahaha.. Rezeki benar tuuu ..

Jiran aku , Mat Gebu akak Dapur Tanpa Sempadan seperti tahun tahun lepas akan tersenyum jer bila melihat ‘counter’ pengunjung bergerak seperti air sungai .. Lajuuuuuuu jer .. Memberi ilham serta idea pada mereka yg berkeluarga untuk menikmati juadah pilihan si ibu atau isteri. Pastinya melazatkan !

Photo: ......Ganas gak orang singgah blog DTS awal Ramadan ni kan...apa2 pun terima kasih yea...harap2 apa yang ada kat DTS tak sikit banyak dapat membantu anda...ingat bukan paksa suruh ikut 100%, che mat sekadar memberi idea sahaja....

Mat , pinjam sat gambar noo ..

Sememangnya trafik begini menjadi idaman mereka yang bergelar blogger. Tanpa perlu ‘main SEO isu semasa ’ , pengunjung akan masuk bertalu talu hanya untuk mencari resepi pilihan .. Menarik bukan ?

Inilah rezeki di bulan Ramadhan . Tapi sayangnya ada pulak yang amik kesempatan pada mereka ni ..

Photo: .....nak berniaga apa sekali pun, biskut ke, kek ke, tak kesah lah apa benda sekali pun, guna gambar produk sendiri ATAU kalau nak guna gambar hak milik orang lain, SILA MINTA IZIN....tu je nak kata...salam Ramadan...

Hak orang , jangan salahgunakan .. Mintak izin jika nak guna.. Hehehe .. Kan dah kena tegur ngan Mat .. Huhuh ..

Hati-hati yer ..

First class ko !!

 

Nak layan Upin Ipin skg ni mesti daddy kena join sama ! Kalau aku tak join sama ( tido dgn tangan pegang hp ) , confirm badan aku dilumurkan dgn air liur oleh si Qhaliff sendiri !!

Nasib baik tak muntah darah tgk Upin Ipin yg dah masuk beribu kali diulang tayang samada di hp atau tv !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terkena jugak aku !!!

 

Bangun awal pagi ni semua skali sbb nak gi antar wife ke LCCT .. Mau ke UUM dia.. ada meeting katanya .. Tak sangka dari rumah aku ke sana cuma 16 minit jer.. Ingat jauh .. Guna WAZE .. Hehehe… mudah rupanya guna menatang tu ..

Sahur dulu pastu terus gi antar dia .. Dalam kul 5 40 sampai gitu . Kemudian terus ke Cheras . Plan sampai sana nanti nak tidur lama skit sbb aku tak cukup tidur beberapa hari ni. Sakit kepala dah ..

Dalam kul 6 lebih sampai .. Qhaliff segar molek ! Terus dia bermain dengan sepupu dia . Mak aku kasi dia roti .. Dia bukan nak makan sangat . Usung ke hulur ke hilir .. pastu terjatuh .. Cepat aku kutip dan bersihkan.. Pastu terus masuk ke mulut aku , seperti biasa ! Elakkan pembaziran …

Tetiba aku rasa cam ada sesuatu tak kena ..

“ Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !! Aku puasa laaaaaa !!! “

Dengan pantas aku buang balik saki baki yang masih ada dalam mulut aku. Nasib baik skit jer aku gigit tadi !

Kecik besar kecik besar je aku tengok Qhaliff … huuhh.. Terkena gak aku ! Semalam berjaya ingatkan diri ni .. Hari ni , baru sejam dah terlupa ! Maklumlah , hari gelap lagi …

Published with Blogger-droid v2.0.10

Budak Comot !

 

Dalam comot tu ,nak jugak dia pelawa .. Heee.. Tapi yg tak tahan tu bila dia amik hp aku dengan jari jeari dia yang … hurmmmmm…

Nasib baik anakk…

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI