Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 13 Julai 2013

Amukan Qhaliff !

 

Ibu .. ibu hanya mampu memandang jer.. Pandang dan amik gambar untuk diabadikan dalam blog daddy ..

Terlebih nak tahu sangat apa kandungan dalam laci kabinet ni ! Maka , abislaaahhhh .. Nasib baik tang pinggan mangkuk kaca tu dia tak berani nak usik sangat .. lagi pon , mmg  tak kasi dia gi usik belah sana tu. Kena ikut diaaaaa wooo sejak dua menjak ni.. huhu .. Bahayaaaa ...

" Best ke Pacific Rim "

 

Aku menjerit di Twitter dan Facebook bertanyakan kisah Pacific Rim .. Dan responnya tak banyak ! Waahhh .. Ramadhan ni , rakan rakan tak sia siakan masa mereka ke ? Alhamdulillah .. heee... Malu aiii..

Ada juga yang bagi respon baru nak tengok dan ada yang dah tengok ..

" 20 bintang , abg ben ! Kalau ada banyak lagi bintang , dia nak kasi !! "

Ok .. ayat belakang tu , aku tambah jer.. Dia cuma kata 20 bintang jer.. Bintang mencari bintang kot ? Hehehe.. Tu pasal banyak sangat bintangnya .. huhu ..

Dan petang tadi aku ajak la 2 orang rakan blogger yang tinggal sekitar Putrajaya untuk join sama membazirkan masa di GSC Alamanda menonton Pacific Rim yang nampak macam best giler ni !

Ok .. Cerita selama sejam lebih ni pada mulanya best pastu slow skit.. Sbb nak cerita babak babak menitiskan air mata sebelum kembali hangat dengan babak pertarungan yang sangat kartunnya ! Haaa.. Dalam erti kata best macam dalam kartun ! Tapi ni kartun yang real punya !! Bukan senang nak buat woo ..

Aku rasa tak perlulah letak gambar banyak banyak .. Korang leh je google .. Bersepah gambar pasal Pacific Rim ni ..

Ceritanya mengisahkan manusia cipta robot untuk lawan raksasa makhluk asing ! Haaa.. Kira macam Ultraman gak la.. Cuma yang ni ialah robot yang dicipta manusia. Korang jangan ingat lak robot ni leh tukar jadi kereta atau kapal terbang. Tak leh tukar jadi apa apa cuma leh tembak tembak dan tumbuk tumbuk jerrr.. hehehe .. Tapi cool laa robot dia.. Tkde la mcm robot made in pasar malam punya ..

hurm.. Skang ni banyak dah cerita raksasa  merosakkan bumi .. Satu kebetulan atau sememangnya diorang tak sedar ? Makin banyak raksasa di bumi ni dan ultraman lak dok lepak sambil pekena goreng pisang sbb dapat imbuhan  dari kerosakkan yang dilakukan itu  ! Hurmmm .. Tak pe la.. tunggu je la nanti dibicarakan ..

Kalau tanya aku berbaloi tak nak tengok .. Ok gak la dari tgk filem motor hilang atau oh mak dia tu ..

Gara-gara nak cepat ..

 

Jam dah menunjukkan kul 3.15 ..Janji ngan org pukul 3.40 ptg.. Ni dah lewat ni .. Qhaliff duk umah ngan ibu yer.. Kali ni , ibu lak jaga .. Daddy nak gi berjimba jimba mencari idea untuk update blog ..

Enjin kereta dihidupkan. Diundur keluar kereta itu dari pintu pagar rumah. Kemudian , aku turun dari kereta dan kembali masuk ke dalam pagar rumah untuk mengunci pagar. Elakkan dari dimasuki penyangak atau tikus ..

Pintu pagar ditutup dan dikunci. Kemudian aku termenung sambil memandang kereta aku yang berada di luar pagar tu.

" Kalau aku dalam pagar , kereta tu di luar pagar .. Sapa nak bawak bawak kereta ??? " ..

Haih .. nasib baik la takde orang nampak terutama si wife tu. Kalau tak mau ususnya pecah akibat gelakkan aku .. Aku bukak semula pagar tu dan keluar lalu kunci semula ..

Dan , sejam kemudian ..wife bagi gambar ni ...

" Pintu tak kunci ! " ..

Aku hanya mampu geleng kepala jer .. Haih .. Lain kali , siap awal skit ! Jangan hujung waktu baru nak bertungkus lumus !!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dia tutup , dia bukak ...

 

Kesian tgk dia nak main dgn Note aku ni .Tapi bila bg , mcm tu pulak dia buat ! Hahahaha.. penuh tanda tanya camana leh on off screen tu sendiri .. Dia tutup cover tu , pastu bukak balik .. Bila tutup , screen off .. Bila bukak , dia on .. tu yang dia suka main .. Hehehe.. Aku pon dulu gitu gak ..

Bagus la .. dia dah leh fikir sendiri..cuma tak bgsnya , bila rosak , daddy yg kena gi antar sendiri !! Huhu..Nanti daddy belikan Sony Tablet Xperia Z tu eh.. leh bawak masuk dlm kolam mandi lagi ..

Cuma tak tau bila je laa.. hehehe..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Boss besar yang kecik !

 

Tengok ragam dia , teringat masa kecik setahun lepas .. huhuh.. Sekarang , dah penat mengejar dia .. ahahaha ... Tu 'berkemban' jer sbb payah benar nak pakaikan suar dia skang ni ..

Comel cam daddy dia je kan ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kenapa aku beli Samsung Note 8.0 ?

 

Semalam gi Low Yatt utk beli gadget bagi memudahkan lagi kerja kerja aku .. Sasaran aku ialah Samsung Note 8.0 atau Sony Tablet Xperia Z .. Harga tak jauh beza pon .. Walhal Samsung bukanlah gadget pilihan aku sbb ramai sangat dah guna jenama ni .. Aku suka yang tak ramai guna tapi berkualiti .. heee.. (htc la tu .. )

Bila aku pegang Xperia Z ,  terasa nak sangat amik ..Tapi memikirkan apakah aku mudah mengusungnya ke hulu ke hilir dan melakukan kerja dengan lebih mudah rasanya Xperia Z ni lebih sesuai duduk dalam rumah atau tempat tempat tertentu je .. Lagi pon ianya lebih pada 'entertaintment' walaupun specnya cukup mengagumkan.. Perisian khas , tiada la pulak .. Aku tak tau la kot ada , mungkin terlepas pandang. Dah check tapi tak nampak .. hurmm.. Harga , RM1999 ..

Ok.. aku naik ke tingkat atas .. Minggu lepas , harga standard Note 8.0 ialah RM1599 dan minggu ni dah turun .. RM1500. Sewaktu di kedai tu , ada 2 lagi pilihan iaitu ASUS dan ACER .. Kedua duanya di bawah RM1000 . Spec mmg ok sangat.. Bila aku test Note 8.0 , ternyata ada beza dengan kedua dua tu walaupun Note 8.0 tak selancar ASUS dan ACER yang terbaru tu .

Antaranya kewujudan S Pen yang memudahkan aku untuk mengambil nota bila ada apa apa meeting atau perjumpaan. Perisian yang sedia ada di dalam Note 8.0 pon sangat cool ..

Aku pening kepala jap . Skang ni aku nak tengok 'berhibur' atau nak buat kerja ? Hurmmm .. Kalau nak berhibur atau bersosial , Htc One X aku tu saja dah cukup terbaik !

Alasan aku untuk beli gadget baru skang ni adalah untuk buat kerja ! Jadi , aku amik Note 8.0 .. Nekad .. Aku tanya penjual tu apa yang boleh dia offer pada aku . Ok , aku amik .. Bayar tunai dan balik .. Sony tu , bila ada duit lebih baru amik .. hahaha ..

Memula cuba pakai , terasa beza sangat dengan Htc yang aku dah setia lebih kurang 4 tahun .. huhuhu .. Nak cuba apa yang best sangat guna Samsung Note 8.0 memandangkan jiran aku yang bekerjaya profesional pon mengesyorkan Note ni ..

Kesimpulan .. Kualiti paparan gambar ( kamera ) tak secun Htc One bila aku up ke Instagram . Mungkin bukan paparan HD kot ? Tapi perisian nak buat kerja tu , mmg best ! Dan S Pen tu , mmg menyeronokkan ! Aku kembali menulis !!!

Kita takkan mungkin memiliki semua apa yang kita inginkan tapi sekurang kurangnya pastikan kita dapat apa yang kita mahukan ..

Tapi rasanya aku akan kembali guna HTC terutama HTC ONE dikatakan yang terbaik di kalangan smart phone yang ada skang ni ..

Petua untuk turunkan berat badan dengan CEPAT..

 

-iklan-

 

 

Salam Ramadhan

Bulan yang berkat ni peluang untuk kita merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah..

Solat lebih masa, Mengaji Al-Quran, Jaga Hati , Jaga Mata, Jaga tutur kata & Jaga Pemakanan & juga anda boleh Menurunkan Berat Badan sambil menjaga Kesihatan..

Untuk yang nak turun kan berat badan secara SIHAT, SEMULAJADI, SELAMAT & CEPAT..

Alphalipid SD2 Boleh membantu

Anda hanya perlu minum 3 kali sehari

  • Sahur – 3Scop
  • Berbuka – 3Scop
  • Sebelum tidur – 2Scop

Usah risau.

Ada setengah orang risau, jika berdiet dalam bulan Ramadhan ni badan akan jadi lemah dan lesu..

Jangan kuatir SD2 sudah lengkap dengan kandungan yang HEBAT..Time berbuka nanti hanya ambil Protin sehingga anda kenyang..

Berapa berat boleh turun?

Satu tin dalam masa seminggu , berat badan akan turun dalam 2-5 kilo dan membantu mendapatkan bentuk badan yang ideal..

**Jangan terperanjat ye , Aidilfitri ni boleh pakai baju kebaya..**

Hubungi kami untuk HARGA HEBAT SEMPENA BULAN RAMADHAN INI..

FREE POSTAGE + FREE TERBO SHAKE + FREE CONSULTANT + SPECIAL FREE GIFT + FREE HAND BOOK..

(ID:1340896) HAYATI - 019 232 5102
(ID:1336341) FIKRI - 019 232 5120

FB : https://www.facebook.com/alphaLipid.hayatifikri

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Henpon baru tapi..

 

Belum sempat aku rasmikan , dia dah bantai guna dulu ! Bila aku amik , menjerit siap kejar lagi ! Hahahaha .. masak akuuuu …

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI