Selasa, 16 Julai 2013

Hadiah untuk Qhaliff ..

 

Hurmm .. buas sangat .. Sana sini dalam sekelip mata .. Kalau aku nak ikut dia 24 jam , maka aku tak leh buat apa apa kerja la.. Aku kena resign jadi blogger dan jadi bodyguard dia .. Ikut je ke mana dia gi tapi sayangnya aku ada kerja gak dalam rumah ni dan perlu letak kepercayaan pada Qhaliff utk berdikari .. aku kena perhati dari jauh !

Terjadi malam tadi.. Dia dok main kat tangga walaupun dah dilarang dan dikawal agar tidak ke tangga . Bukan jatuh tangga tapi terkena  sewaktu dia nak letakkan kepala dia di atas permukaan atas tangga ( walaupun berkali kali dah angkat dia dari main kat situ )..

Lebam dan sedikit calar .Tak pe la.. Pengajaran untuk dia dan kami gak .. Dalam dok jaga dan kawal , terlepas skit je .. maka malang boleh terjadi !

Takde la dia menangis teriak sangat .. sikit je dia nangis pastu nak gi buat lagi ! Haihhh .. ikut perangai aku sungguh ! Buas !! Dah sapu aloe vera dan demah dengan ais untuk kurangkan lebam tu ..

Tak pe la Qhaliff.. anak jantan .. Anak lelaki kat Syria dan Mesir tu lagi lasak ! Ni baru skit jer ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Check up 1 setahun berapa bulan dah !

 

Photo: Check up

Dah masuk setahun 3 bulan dah usia dia .. Semakin lasak . Kat sini , dia tak nak dipegang langsung . Kalau dukung tu ok je tapi kalau boleh dia nak berjalan ..

Maka lepaslah dia berjalan ke sana sini .. Kejap kejap mak dia ikut .. Kejap kejap aku ikut. Silih berganti namun tanda dia kepenatan tu , takde langsung ..

Rupa-rupanya dia nak kasi hadiah ulangtahun check up diaa .. Hurmm.. Satu hadiah yang mana dikongsi sama dengan pengunjung klinik hari ni .. Nasib baik la tak leh dikongsi ramai ..

Apakah ? Tu dia.. Dia berak kaw kaw punya .. Hingga keluar abis ! Stok 2 hari cair .. Warna coklat gitu .. Dia bantai gi mencangkung kat satu sudut .. dan hasil lombongannya itu melimpah keluar ! Kelam kabut aku dibuatnya !

Terus panggil wife dan bawa ke tandas.. Bagitau nurse utk maklumkan pada clearner yang hampas Qhaliff melimpah ke lantai ! Hehehehe ... Sebelum ada budak bantai gi main kat situ ! Huhuhu ..

Qhaliff .. Qhalliff..

Gara-gara kawan jadi pelakon utama !

 

Hampeh gas tul !!! Ni semua kawan aku punya pasal laaa ! Tak pernah pernah muncul dalam mimpi aku , pagi ni leh pulak dia muncul .. Dah la tu , muncul sebagai pelakon filem yang merendah diri lak tu .. Hahahahah ..

Mimpinya gini .. Aku lepak ngan dia .. Member aku ni aku kenal kat gym laa.. Tengah lepak kat kedai mamak ni , tak silap aku tetiba ada trailer filem melayu.. Aku tertengok hero tu.. Aku pandang member aku. Dia senyum...

" Aik .. sejak bila lak jadi pelakon ? Menariknya , rambut dia yang kerinting halus tu , dalam filem tu lurus koooo .. Serius nampak pelik ! Hahaha.. Bukan nampak kacak tapi nampak pelik !  " . Getus hati aku waktu tu ..

Member tu kata filem tu lama dah dibuat cuma lom terbit jer lagi .. Dan dia malas nak kecoh .. Heroin pon leh tahan lawa aku tengok .. hehehehe..

Belum banyak nak diborakkan lagi tetiba aku terasa ada orang dok bebel kat telinga aku dan mulut aku dikorek korek oleh sesuatu ! Bebelan tu makin kuat dan ...

Aku terjaga dari tidur ! Rupanya Qhaliff yang .. Astaghfirullah al'azim .. Lama dah ke dia jaga ?? Adehhh ... Nasib baik laaa dia tak merayau atau main tangga... Dok main sblh aku jer..

Haihhh..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jangan sesuka hati menghina !

 

Kan dah susahkan diri sendiri dan keluarga !

Tak kira la hina sapa sapa ponn .. melayu ke , cina ke .. india ke .. Apa bangsa sekali pon , tetap ada maruah ! Jangan sesuka hati nak perlecehkan bangsa orang lain .. Agama mana sekali pon tak ajar wat gitu .. Agama sesat je atau takde agama je kot yang tak kisah ..

Bila menghina orang lain , secara automatiknya anda telah mencipta musuh dan menyempitkan ruang anda nak bergerak bebas. Kan dah tak pasal pasal hidup dalam ketakutan .. Haihh .. Akal ada guna la .. Belajar tinggi tinggi tapi cara pemikiran serupa katak dalam tempurung !

Jaga jaga bahasa dan tingkah laku anda .. Ada mata memandang ..

Bonus Aidilfitri untuk penjawat awam 2013

 

Ramai tertanya tanya .. malah ada yang siap dok sebar yang nun tahun lepas punya kenyataan .. Sian … Aku sendiri pon tertipu gak ni .. siap join sama sebarkan berita lapuk tu ..

Walaupun aku bukan lagi penjawat awam , sekurang-kurangnya berita gembira begini , pastinya seronok berkongsi sama dengan rakan rakan aku yang bekerja di sektor kerajaan termasuk juga wife .. heeee .. Dapat tempias skit kan ..

Ok .. Ini kenyataan terkini yang aku amik dari SinarHarian Online yg bertarikh 16/7/2013 …

“ Kerajaan belum bincang pemberian bonus Aidilfitri “

Photo: Bonus oh bonus . Tgu lps Prk Besut la jwpnya..

Hurmm .. Nampak macam tipis je harapan nak dapat bonus sbb kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

Namun segalanya terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output..

Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa , untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.

"Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti," katanya.

Apakah ada bonus atau saguhati untuk penjawat awam ? Hehehe .. Doa doa kan laaah yer …

Oh yer , tolong jangan tuding jari pada kerajaan pimpinan BN sgt yer .. Jangan kata ini cuma janji manis mereka pada masa PRU ari tu .. Ada juga penambahbaikan untuk penjawat awam dari takda langsung .. Nak tau dengan lebih lanjut , sila baca kat SINI .. 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI