Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 19 Julai 2013

Tetiba demam !

 

Pagi , sihat molek ..

 

Petang .. hurmm… terasa panas badan dia tiba-tiba ..

Menjelang berbuka .. Selepas dimandikan , dah ok skit .. Tapi suhu badan boleh tahan tinggi ..

 

 

Malam … Dah ok nampak ? Siap mai kacau aku buat kerja .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Beza benar muka skang ni ..

 

Hurmm.. semakin kacak macam aku kan ? Hahaha .. Guwau je laaaa .. Bila tengok balik gambar dia masa kecik . syahdu je rasa .. Cepat benar masa berlalu ..

Awal benar la dia bangun !

 

Kul 6 pagi .. Kira cukup cukup la dia kasi mak ayah dia sahur dengan tenang .. Bila dia dah bangun , maka dia akan abiskan masa dengan duduk dengan aku sambil layan tv .. Ngantuk dia tapi tahan je dia sbb dia dah rancang nak tidur dalam kereta nanti !

 

Tepat jangkaan aku .. memang dalam kereta dia tidur dengan amannya ! Sampai umah mak aku , dia jaga .. Aku yang jaga awal ni semakin mengantuk !! Huwaaaaa .. tiap hari tidur 4 jam jer.. Boleh biol aku .. huhu ..  Tidur lewat sbb wat keje woo.. tunggu anak tidur baru leh wat keje ..

Minat gila ARSENAL punya pasal !

 

Lelaki ni nama dia Xuan Tien. Orang Vietnam. Ahaaa.. Apakah yang istimewanya lelaki  ni ? Heehehe .. Ok , aku nak ulas tapi malas pulak .. Jadi , guna je la cara popular masakini .. Copy paste ! hehehe.. Sumber Utusan Malaysia .

Seorang peminat setia Arsenal di Vietnam yang meraih perhatian ramai pihak sebelum ini kerana berlari lima kilometer mengejar bas pemain Arsenal di Hanoi telah mendapat jemputan kelab itu untuk menonton perlawanan skuad bimbingan Arsene Wenger di London.

Sedutan dalam laman web rasmi Arsenal telah memaparkan para pemain Gunners telah bersorak sambil menyebut 'Tandatangani dia, tandatangani dia' sambil melihat pemuda itu yang menyarung jersi Arsenal berlari di tepi bas sepanjang ibu kota Vietnam itu.

Pemuda berkenaan, Vu Xuan Tien, yang digelar kini digelar 'Running Man' dijemput naik ke atas bas untuk bergambar dengan keseluruhan pemain skuad Arsenal dengan baju yang dipakainya turut ditandatangani oleh Arsene Wenger.

"Ini adalah mimpi yang menjadi nyata kerana dijemput naik ke atas bas Arsenal untuk menemui jurulatih (Wenger) dan semua pemain termasuk pemain idola saya iaitu Mikel Arteta.

"Saya juga telah dijemput untuk menyaksikan perlawanan melibatkan Arsenal di Stadium Emirates, kemungkinan pada bulan Ogos atau September ini, satu peluang yang cukup sukar dipercayai, ini akan menjadi pengalaman terindah dalam hidup saya," kata pemuda berusia 20 tahun itu yang kini menjadi tumpuan media ekoran tindakannya berkenaan.

Gambar Tien bersama Wenger dan pemain Arsenal yang lain telah diberikan publisiti meluas di Vietnam serta media luar negara.

Dia menjadi maskot tidak rasmi Jelajah Asia Arsenal di Hanoi dan mengetuai para pemain Arsenal masuk ke padang sebelum sepak mula perlawanan menentang Vietnam di Stadium My Dinhyang menyaksikan Gunners membelasah Vietnam 7-1.

Selepas berlari beberapa kilometer mengejar bas, Tien kemudian mengikuti bas berkenaan dengan membonceng sebuah motosikal yang kemudiannya mendapat sorakan daripada pemain Arsenal.

"Ini adalah mesej kepada anda semua bahawa jika anda bersungguh-sungguh dalam mengejar impian, ia boleh terjadi," kata penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny dalam video Arsenal.

Pada perlawanan Rabu lalu, sambutan peminat yang diberikan di Vietnam cukup baik dengan ribuan penyokong membanjiri stadium walaupun perlawanan berlangsung dalam hujan.

 

Moralnya , sapa rajin dia dapat ! Dan sapa tau kan rezeki … Yang penting , usaha .. Apa yang berlaku selepas itu , hanya Allah saja yang mengetahuinya ..

Bila tarik letrik dinaikkan ..

 

Aku nak jadi Mail la pasni .. Nak jual lilin 2 ,seringgit ! Confirm laku punya .. Jual online.. Wat lilin warna warni .. heheheh .. Yelah , nak jimatkan elektrik wooo ..

Aku tak tau nak kata apa dah skang ni .. AES … Elektrik .. Barang keperluan .. Tunggu petrol je nak naik skang ni .. Hehehe .. Apo nak dikatooooo ..

“ Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, ". Baca di Sinar Harian Online ..

Sekarang ni setiap bulan , RM200++ bil elektrik yang aku terima. Nasib baik air cond pasang satu je.. Kalau 2 ,3 ? Mau aku masuk ICU setiap bulan !  Yelah , cuaca kan panas ..  Kalau tak pasang , mau berpeluh dalam rumah. Kipas yang sedia ada pon tak mampu nak kasi sejuk. Hurmm ..

Tak tau laaa .. nak kata lelebih , ‘kita kita’ jugak yang dah kata ‘BERSYUKUR LAAA .. “ .. Jadi , nak tak nak .. terima jer laaaa ..

Teringat kata seorang menteri bijaksana .. Kalau ayam mahal , berubahlah selera .. Kalau letrik mahal ?

Blogger lucah ke penjara !

 

Baru ada akai eh ?

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur  tidak membenarkan Alvin dan Vivian  diikat jamin sementara menunggu perbicaraan terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar lucah dalam blog mereka. Kedua dua mereka telah dihantar ke penjara . Alvin ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara Kajang

Perghhh .. Tidur lokap la eh ? Tak per .. Nanti dah keluar, boleh tulis dalam blog , pengalaman tidur dalam lokap .. Nanti bgtau sekali , tidur bogel atau tidur berbaju .. Tapi kalau bogel pon tak kisah kan ? Biasa je pon ..

Harap , semua ini dijadikan pengajaran buat mereka yang rasa dunia ni mereka yg punya . Tak kira la apa bangsa sekali pon .. apa agama sekali pon , sila hormat menghormati …

Mati itu pasti .. tapi biar mati bermaruah ..

Fenomena Ashraf Muslim di FACEBOOK !

 

Fenomena la konon eh ? Hahahaha .. Gara-gara dia menikah di Thailand maka ramailah wanita ‘mengamuk’ cara baik di FB dengan menaikkan pelbagai status yang comel comel utk dibaca ..

Hinggalah ada satu nukilan yang menjadi buah mulut wanita wanita di FB ini .. Wah, ada yang sampai menitis air mata ??? Tu aku jeer .. hehehe ..

Sayangnya , nukilan tu bukanlah dari Dayana ( isteri pertama Ashraf .. cam best pulak ada pangkat Isteri Pertama dan Isteri Kedua ni .. ) . Ianya dari orang lain tetapi ada pulak orang memandai mandai gi petik nama Dayana.. Ok .. part yang tu , korang leh gi baca di blog LEKAT LEKIT ni ..

Hurmm.. aku , sebenarnya tak setuju apa yang berlaku ni. Nak berpoligami tu , hak dia la cuma cara tu .. kurang manis la.. ‘Jadilah ‘jantan’ cam UAI tu.. Kalau wife tak setuju , bawak naik je mahkamah .. Apa susah kan ? Kalau dah nak sangat hingga ke Siam tu .. tak leh nak kata apa la.. cuma risaunya , makin buruk je jadinya .. Harapnya tak la gitu ..

Inilah kehidupan. Cuma ada yang tak sedar , kehidupan atas dunia ni sementara jer hingga menda kecik pon nak diperbesar-besarkan walhal yang sepatutnya dicari tak pulak dia nak endahkan ! Hurmm .. dunia dunia ..

Nak daddy jugak !

 

Gara-gara  tidur awal .. pastu terjaga ! Ni la diaaaa .. Daddy biasa buat kerja atas jam 12 malam , terkantoi dah .. Qhaliff dah jaga dan sukar nak tidur semula ..

Operasi menidurkan dia bukanlah mudah walaupun dia sebenarnya masih mengantuk .. Daddy pon ngantuk dah ni .. tapi ada kerja kena buat. Nak cari duit raya ni ..

Terpaksa kejutkan mak dia yang sedang lena kepenatan untuk amik alih urus Qhaliff .. Kalau dibiarkan , jadilah macam ari tu. Kalau nak ikut , maka tak siaplah kerja aku . Kesian kat wife yang kepenatan tapi nak wat camana .. Aku perlu jugak kerja sbb inilah pendapatan aku ..

Nampak mudah dan glam tapi sukar. Tak pe.. Bukan mengeluh tapi sekadar berkongsi rasa ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI