Sabtu, 20 Julai 2013

Miss Malaysia Pageant : 4 gadis Melayu Islam diarah tarik diri !

 

image

Breaking News : 4 muslim girls (Wafa, Kathrina, Miera and Sara) being force to backout by the Mufti Selangor from participating Miss Malaysia World 2013 and Datin Anna Lin just announced the news and this is sad. “

Hurm .. aku menyokong tindakan arahan tersebut dan harapnya keluarkan juga arahan untuk pelakon , penyanyi  dan juga rakyat Malaysia yang beragama Islam agar menutup aurat .. Tindakan juga perlu ada seperti denda sebagaimana denda AES tuuu .. Adil la kan ?

Bila baca komen komen dari mereka yang bukan beragama Islam , aku jadi sedih .. Yelah , mereka patut tahu dan ambil tahu‘ mengapa tak boleh terutama buat mereka yang beragama Islam dan lagi menyedihkan bila ada orang seagama aku menyokong pulak statement yang dikeluarkan oleh rakan bukan Islam.

Sememangnya wajib Mufti mengeluarkan arahan begitu sbb itu adalah tanggungjawabnya. Sapa nak tanggung bila Allah tanya nanti di akhirat ?

Apa jua alasan peserta samada nak berbakti pada dunia , mereka perlu ingat akan akhirat . Kalau dia tak nak ingat , tuuu ‘ ada orang tolong ingatkan ‘ ..

Jangan lupa .. kita akan mati .. Dan akan diadili di akhirat .. Aurat tetap aurat !

Serba salah nak menegur !

 

Satu mesej dari jiran di Whatsapp utk group kejiranan ..

“ Ada sepasang merpati di depan rumah .. “

Aku membacanya dan terus perhatikan di luar tingkap. Ada sebuah motosikal . Aku menghela nafas. Tengok jam , hampir pukul 12 tengah malam rasanya ..

Aku naik ke tingkat atas dan melihat dari celah langsir. Hurmm.. Sebijik macam dalam gambar yang disertakan oleh jiran tadi.. Camana eh .. Jiran tadi ajak keluar dan gi tegur mereka.

Aku serba salah. Faham faham je la anak muda sekarang ni . Kalau ditegur , ada pulak yang makan hati dan berdendam . Lainlah kalau dia ada akal yg matang dan mengambilnya sebagai satu teguran kerana Allah .

Aku bagi masa pada mereka. Hingga jam 3 pagi masih ada tapi tak lama kemudian , lelaki tu pulang dan budak perempuan tu masuk ke rumah.. Jiran aku ni , anak anak dara .. Tinggal ramai ramai ..

Manakala jiran jiran aku ni , prihatin benar bab ni . Yelah , dari perkara kecil boleh jadi perkara besar. Dan bayangkanlah , jika ada penyamun ? Camana ?

Aku rasa .. kalau terjadi lagi malam ni .. aku sendiri la gi tegur . Bukan nak sangat menegur mereka tapi risaukan jugak la keselamatan mereka dan juga tujuan mereka ke situ ! Nak belajar ! Bukan takde kes pelajar cuba bunuh diri akibat putus cinta baru baru ni di kawasan kejiranan aku ni !

Tapi aku ni .. satu je masalah .. Kalau menegur , nampak macam marah lak .. Kena test depan cermin dan sediakan skrip ni ..

Ok tak gini ?

 

Aku : Assalamualaikum .. Berdua je ke ? Join sama boleh ? Tinggal sini ke ? Belajar lagi ke ? Ni adik beradik ke ? Oh, bukan ?  Ada cadangan nak kawin ke ? Oooo.. Kawan je ? Kalau kawan , rasanya tak manis la duduk berdua duaan kat sini kan ? Walaupun ianya kawasan terbuka tapi syaitan tak mengenal mangsa dan lokasi.  Dan bayangkan la kalau ada penyamun datang .. camana ? Sempat tak nak lari ? Kalau nak jerit , rasanya jiran nak datang tolong ke ? Salah sapa yer ? 

Satu lagi ni nak cerita .. Kalau bercinta sekali pon , tak payah la beria sangat. Tunggu abis belajar , masuk meminang dan menikah .. Keje ada .. duit ada.. masa depan pon terjamin . Ni belajar pon tak abis lagi kan ? Kalau jadi apa apa ? Sapa malu ? Sapa susah ?

Saya ni bukan nak amik tahu sangat hal adik adik ni .. Cuma risau ada kes cubaan bunuh diri je lagi ni .. Ada je terjadi baru baru ni .. Abis kecoh taman ni .. Haaa..

 

Amacam ? Boleh tak aku bebel gini ? Ke nanti dia ajak geng dia datang dan pukul aku ? Hahahha .. Adoi ..macam macam la zaman ni .. Tegur salah.. Tak tegur salah ..

Tegur baik baik ? Sedangkan dalam FB tegur baik baik pon leh jadi gaduh.. ni kan pulak depan depan .. depan gf dia lak tu .. huhu ..

Aku rasa .. baik aku repot polis je la.. Suruh je diorang yang halau .. senang citer !

Giveaway by Zura Rahman Duit Raya

 

Salam

For the First Time, Zura nak buat blog giveaway.

Harap-harap dapat sambutan dari semua.

Hadiah:

Duit Raya RM10 x 10 orang + Vista Zania Perfume

trial-1.png

pb by zura rahman

Cara:

  1. Buat entry yang bertajuk "Giveaway by Zura Rahman duit raya"
  2. Copy & paste banner kat atas tu. Link kan banner pada entry ni.
  3. Tag 3 orang kawan untuk join GA ni (dan dorang mesti tau)
  4. Dah siap, tinggalkan link entry dalam ruangan komen.

 

Senang jer kan ?


Pemenang di pilih secara random (^_^)

Tarikh tutup: 6 Ogos 2013

atau bila peserta mencecah 50 orang

(which ever comes last)

LOVE,

Zura 0102208453/0172608066

Kesahihan Kisah Sedih Anak 3 Tahun Maut Ditinggal Dalam Kereta ?

 

Ok .. fahamkan yer ! Ini adalah msg yang aku terima dan aku yakin ramai lagi terima di Whatsapp ! Kesahihan cerita ni , wallahualam .. Tak de pula keluar dalam akhbar  atau kaca tv .. Hanya tersebar di telefon telefon bimbit saja ! Jadi , buat mereka yang tahu , sila kongsikan yer..

Mesej Whatsapp tu berbunyi begini ..

 

 Sekadar berkongsi cerita benar yg berlaku…Tadi ada berita sedih ttg guru di XXXX , krn kematian anak yg baru berumur 3 tahun.. Sbb kematian ini berlaku dlm keadaan yg menyayat hati… Alkisah cerita ni berlaku ptg semlm. Cuaca semlm area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang.

Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi ptg. Oleh krn ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting. Suami cikgu ni outstation, maka mmglah kelam kabut.

Cikgu ni angkat anak yg msh tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tmpt duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah.

Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat ttg kerja-kerja di sekolah, dan meeting yg akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hntar anak dia ke tmpt pengasuh spt sepatutnya.

Smpai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yg akan terjadi??

Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus lupa anaknya yg masih dlm kereta, dan dia teruskan kerja spt biasa.

Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..

Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu krn kecuaian ibu sndiri.

Tadi ada kwn-kwn sekolah yg pergi ziarah sbb kebetulan cikgu ni tinggal di kuarters guru. Ramailah kwn sekolah yg kenal sbb mrk berjiran. Cikgu tu menangis dan salahkan diri sndiri… Sedih dengar…

Kesimpulan, jgnlah cuai terutamanya yg melibatkan anak. Dan, jgn terlalu fokus pd kerja hingga hilang tumpuan bab-bab tgjwb pd anak… Moga cerita ini dpt dijadikan teladan buat cikgu-cikgu semua

 

Hurm.. cerita ni datang dengan gambar sekali tapi aku tak paparkan sbb macam aku kata tadi , kesahihannya dan rasanya tak perlu pon letak gambar ..

Sila baca betul betul .. Amik teladan saja iaitu JANGAN CUAI .. Benar atau tidak , kita doakan pada ALLAH agar perkara begini tidak berlaku di kalangan kita ..

 

** Maklumat terkini … Baca di MalaysianInsider

Kanak-kanak 3 tahun maut selepas ditinggalkan lebih 5 jam dalam kereta  ..

atau di …

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/1070044_10151729598824883_219983489_n.jpg

Tak tahu nak kata apa ..

 

Tak kira Twitter atau FB , berita berita yang membuka mata , pastinya ramai akan ramai kongsi dan ‘LIKE’ .. Kira kononnya prihatin dan  …. syoknya bergossip ?

Contohnya cerita panas di bawah ini .. Aku baru letak dan tak sampai setengah hari , dah 403 shared ! Komen , beratus  ratus ..

image

 

Manakala bila melibatkan akhirat ?

image

Hanya satu je shared ( 3 tu aku yang shared di fan page milik aku ) .. Dan yang bagi respon ? Hurm.. aku tak harapkan mereka beri sumbangan tapi sekurang-kurang dptkanlah pahala dengan kongsi di FB mereka .. Pahala mudah tuuuu ? Banyakan kalau dari perkongsian kita tu , ada seorang hamba Allah yang menyumbang ?

Yelah , FB masing masing .. hak peribadi la kan ? Fikir-fikir la sendiri yer ..

Sebuah cerita , sekadar perkongsian ?

 

image

Subuh tadi , aku ada terima msg di Whatsapp . Aku baca dan kemudian aku kongsikannya di Facebook.. Pastu sambung tidur ! hehehe … Ngantuk .. seminggu tak cukup tidur ..

Bangun je dari tidur .. Aku tengok FB .. Terkedu jap .. Beratus-ratus  komen dan yang shared di FB mereka . 403 ?? Mak aihhh .. Terkedu guee ..

Bila aku buat perkongsian , aku harapkan SILA AMBIL IKHTIBAR sbb aku pon kekadang terlupa dan leka .. Maklumlah , kita ada kerja dan tanggungjawab tapi tidaklah sampai terlupa akan anak kita tu.. InshaAllah ..

Sahih ke cerita tu ? Kita sedia maklum , dalam FB ni ada berjuta juta cerita dan gambar yang menceritakan pelbagai isu .. Apakah kesemuanya benar belaka atau fitnah belaka ?

Aku pon dapat msg mengenai satu kehilangan anak , kes ragut , rompak di Whatsapp .. Siap bagi no telefon serta gambar.. Aku nak publish di FB pon was was ..  Yelah , benar atau tidak ? Kalau tak benar ? Kalau benar ? Ah , sudah .. Mana ada masa nak call dan tanya  orang tu sendiri ..

Kesimpulan .. bila baca cerita cerita gini , tak perlulah kita nak maki hamun .. Istghfar .. Sedekahkan Al-Fatihah dan jadikan pengajaran dalam hidup ..

Dan pengajaran buat aku .. jangan memandai mandai lagi kongsi di FB kalau takde bukti .. sebenarnya cerita tu ada gambarnya sekali tapi aku tak letak sbb kurang yakin akan cerita ni ..

Maaf dari saya ..

‘TAK KENAL MAKA TAK CINTA..’

 

Assalamualaikum wbt… Pada hari Rabu lepas (17 Julai 2013), Brader Ben ada tolong iolls publish entry mengenai GLA Complex… pada hari yang sama ada beberapa wanita gojes yang merupakan readers blog Brader Ben telah menghubungi iolls untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini dan by now kemungkinan besar mereka dah pun terima GLA Complex masing-masing… insya Allah…

Memandangkan produk ini mendapat sambutan hangat maka iolls terpanggil untuk berkongsi lebih lanjut mengenai GLA Complex yang sememangnya amat sinonim dengan wanita tidak kiralah sama ada yang dah berkahwin atau pun belum….. Kenapa ia amat sinonim??? Ahhaaaa… kerana bila dah nama wanita tu pasti ada rakan baik yang selalu datang melawat tetiap bulan bernama Miss P kan….

Cuma kekerapan Miss P datang melawat tu tak sama bagi setiap orang…. Bagi yang Miss P nya berdisiplin tinggi, maka ia akan datang menjenguk setiap bulan dalam tempoh yang hampir sama dan kedatangannya pun dah boleh dijangka… tapi ada gak Miss P yang jenis naughty sket datang bila-bila masa yang ia suka… sukar dijangka….

Yang jenis pemalu lak, ia suka main cak-cak… bulan ni ia datang, pastu laaaamaaaaa tak datang melawat… bila dah diseru-seru, ia muncullah semula….. paling tak tahan Miss P yang terlebih rajin… kejap-kejap ia datang… kejap-kejap ia datang…. Aduhhhhh…. Masalah betul… nak beribadah pun susah, bagi yang dah berkahwin tu double laa masalahnya…. Apa yang double??? Haaa… orang dah kawen pasti tau jawapannya… eh ehhhh yang belum kawen pun patut tahulah jawapannya kannn… ekekekeke

Salah satu punca utama yang menyebabkan keadaan Miss P kurang stabil adalah disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang… dan di sinilah GLA Complex dapat membantu uolls yang berkenaan kerana bahan yang terdapat dalam GLA Complex ini berupaya mengatur kitaran hormon dalam badan… Jika dalam entry yang lepas kita dah berkenalan secara ringkas dengan GLA Complex, kini kita beramah mesra pula yer….

  • GLA Shaklee diekstrak dari borage yang berupaya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti senggugut, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  • Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap buang air kecil
  • Merupakan anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, dapat menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang disebabkan oleh rheumatisma dan artritis
  • Merendahkan gula darah, meringankan kebas dan kesakitan yang disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi
  • Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot secara berperingkat bagi mendapatkan bentuk badan yang langsing
  • Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerorosis dan myocardial infarction
  • Memperbaiki rambut kering dan keguguran rambut

Penat kan baca panjang-panjang… baca testimonial jer laa.. lagi senang… ahahaha…

clip_image002

clip_image004

clip_image006

oh, by the way jangan lupa yer, pada bulan Julai ini Shaklee membuat harga promosi khusus bagi GLA Complex maka harganya menjadi jauh lebih rendah daripada harga pasarannya yang berjumlah RM91.25 itu…. Jika uolls berminat nak tahu berapakah harga promosi ataupun nak tanya lebih lagi tentang GLA Complex ni, jemput sms/whatsapp iolls di 013-3506678 [Dila]… Have a nice day uolls.. daaaa….

Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI