Rabu, 24 Julai 2013

Dah tiba masa berundur diri dari dunia blog !

 

Photo

Tengok ayat terakhir ..  Huhu.. sempat dia selit ehh ?

Dan tengok aksi di tgh jalan raya ni .. Kalau Qhaliff takde , ada tak diorang nak snap pic ni ?

Photo

Dan yang ini ..

Photo: Check it out people!! 
Who is on the road and stuck in the jem too. 
It's #QhaliffIman ! The famous + youngers blogger in Malaysia.

Part ni aku jeles !

Photo

Apasal diorang tak nak bergambar dgn aku sambil dukung aku ?????  Qhaliff boleh tapi aku tidak ? Y ??? Y ?????

Ok , aku resign !

Bayaran bantuan khas kewangan Aidilfitri

 

“ RM0 BH 24/07: PM Najib - Bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54, RM250 kepada pesara. Bayaran dibuat pada 31 Julai ini. “

 

 

Ok la tu kan … dari tak dapat .. Yang swasta camana lak ? Amboi.. kena la tanya bos sendiri .. hehehe .. Aku pon ‘swasta’ gak .. Nak bonus , kena la kerja keras ! Jangan harap satu kerja je .. pastu abiskan masa dengan melepak kat kedai atau ngadap Facebook jer .. heeee ..

Hidup ni , kena rajin berusaha. Kalau asyik dok mengharap dari orang lain , payah gak .. Allah bagi dunia untuk kita cari rezeki halal .. Cari laa ..

Aidilfitri menjelang , penyamun mula buat overtime ?

 

“  Seorang rakan saya baru saja hampir diragut di area Setapak ketika berhenti di traffic light. Cermin kereta bhgn penumpang diketuk dgn tukul. Nasib baik cerminnya ditinted dgn antitheft. Selamat takde apa apa. Dia menekan hon kecemasan dan penyamun melarikan diri dgn motosikal.

Harap rakan wanita berhati hati. “.

Gambar hiasan

 

Yang ni bukan copy paste tapi dari kenalan aku sendiri yang baru je mengalaminya pagi tadi. Katanya dekat Selangor Pewter .. Hurmm .. Kesian.. mesti trauma tu ..

Buat mereka yang ada duit lebih tu , kalau sayangkan keluarga anda terutama isteri tercinta tuu .. pasanglah tinted antitheft tu .. sekurangnya rasa selamat skit ..

Buat mereka yang beragama Islam , amalkan 3 Qul dan ayat Kursi sebelum memandu yer ..

Dia bagi kerja kat bapak dia jam 2 pagi !

 

Mula-mula …

Pastu angkat dia , letak atas tilam .. Seminit kemudian ..

Angkat .. Letak atas tilam balik .. 5 minit kemudian , dia ponnnnn … join aku di ruang tamu … huhu

Dia kacau bapak dia .. makan keropok gakkkk !! Dan akhirnya .. Bapak dia kena kemas balik segalanya ! Huwaaaaa …

Photo

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bakal MasterChef ?

 

Sekali lagi Qhaliff membuktikan kemampuanya .. Sebelum ni dah direkodkan tapi kali ni , dia menumbuk lesung berisi bawang ! Bukan main beria lagi diaa.. siap tolak masuk bawang tu ke dlm bekas lesung tu ..

 

Hurmmm… patutlah suka benar dia main kat dapur .. Dah ada bakat nak tolong mak dia .. Cuma , berapa peratuskan dia akan membantu dan berapa peratuskan dia pula dibantu ? Huwaaaaa … Aku laaa yang dok kena berulang kali angkat dia keluar dari dapur tuuuu ..

Caramelo Almond Crunchies : Ada yang berminat ke ?

 

image

image

Caramelo Almond Crunchies ni dibuat dari bijian yang berkhasiat seperti almond, sunflower seeds, melon seeds, pumpkin seeds, white/black sesame seeds.

Photo: Order? Call/SMS/Whatsapp 0173455789

HARGA CARAMELO:
Jika beli 1 balang, harga rm23+rm6(poslaju) = rm29
Jika beli 2 balang, harga rm46+rm8(poslaju) = rm54
Jika beli 3 balang, harga rm69+rm8(poslaju) = rm77
Jika beli 4 balang, harga rm92+rm10(poslaju) = rm102
Jika beli 5 balang, harga rm115+rm10(poslaju) = rm125
Jika beli 6 balang, harga rm138+rm12(poslaju) = rm150

Kebaikan almonds:

Mengandungi protien, kabohidrat, vitamin B yang tinggi.baik untuk kanak-kanak . Selain dari itu almond membantu pembesaran minda,membina tulang dan gigi serta menyihatkan jantung  bagi orang dewasa dan sesuai untuk ibu hamil.

Sunflower seeds:

Kaya dengan vitamin E.mencegah kanser,mengurangkan tekanan darah. Menyihatkan kulit dan rambut, mencegah anemia, meperlahankan perkembangan penyakit alzheimer.

Melon seeds:

Megandungi zat besi,magnesium,zinc,vitamins,lemak dan kalori untuk nutrisi harian.

White/black sesame seeds:

Kaya dengan kalsium,magnesium,copper,zat besi,zinc , vitamins dan fiber.memberi kebaikan kepada tubuh terutama buah  pinggang, limfa,usus dan hati.

Pumpkin seeds:

Mengandungi protien,magnesium,omega 3,zinc dan zat besi yang tinggi. Mampu menghilangkan stress,membantu tidur yang lena dan mengekalkan ph badan.

image

Pembuatannya … Produk ni homemade dan proses pembuatan dia sangat bersih. Penting tau !

Photo: Ainarisz team...bertungkus lumus..nak kejar order caramelo.. Photo: Ainarisz team ... tgh packing caramelo masuk balang..sambil dengar bacaan ayat2 al-quran.... :)

image 

Bagi mereka yang berminat nak tempah :

Harga :

  1. balang: RM23+RM6 pos laju = RM29.
  2. balang: RM46+ pos laju RM8 = RM54.
  3. balang: RM69+ pos laju RM8 = RM77.
  4. balang: RM92+ pos laju RM10 = RM102.
  5. balang: RM115+ pos laju RM10 = RM125.
  6. balang: RM138+ pos laju RM12 = RM150.

Atas ni semua harga untuk semenanjung. Untuk Sabah dan Sarawak kena tambah pos RM3 … Heeee ..

*sapa2 kat puchong boleh ambil sendiri jugak.

Untuk membuat tempahan , sila ke  https://www.facebook.com/rafidah.othman.71  dan like page di https://www.facebook.com/carameloalmond atau call je 0193139897 , Puan Rafidah.

Photo: Wajah baru CARAMELO. Akan datang....

Boroi itu comel ?

 

Satu tika dulu , aku pernah buat satu entri  yan bertajuk , Betulkah boroi itu seksi ? dan Katakan TIDAK pada boroi !! .. er , ada lagi .. Lelaki Boroi Selepas Kawin Bermakna Bahagia ... .. Haaa … Ada lagi tak ? Sat check .. Takde dah ..

Hurmm.. lelaki boroi comel ? Sebab tu aku tengok ramai lelaki boroi ni ( maaf yer.. ) , punya pasangan hidup yang cun cun .. Huhuh.. Hakikat wooo ..

Contoh terdekat .. Qhaliff ! Boroikah dia ? Gendut ? Hahahah .. Kebanyakkan baby gitu laaa .. Bila besar nanti , makin hilang kegendutannya ..

Hurmm.. Disebabkan Qhaliff nampak comel bila gendut gini , aku pon nak ikut cam dia la ! Boleh ? Dah hampir 2 bulan aku tak gi gym ni .. Hahahaha .. Masak laaa aku .. Dah la minggu depan ada photo shoot untuk In Trend .. Pastinya tidak kacak gue nanti .. Huwaaaa ..

Pas raya la gi gym balik .. Aku tak rela nak kelihatan boroi ! Tapi kalau dah nak tumbuh gak , apa nak buat .. Huhuh.. Asalkan sihat eh ? Gulp .. Sat nak bayangkan .. boroi dan botak tengah .. adehh .. Tutup blog la gini ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI