Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 25 Julai 2013

Qhaliff Iman FAN PAGE ?

 

“ Seriously en ben, akk rasa you shud open a fanpage for qhaliff exclusively... “

Satu komen dari seorang rakan di FACEBOOK aku .. Gulp .. Perlukah sampai nak ada fan page ? Heheh .. Tak perlu la rasanya .. Bukan anak artis pon kan .. hahaha .. Cukuplah gambar gambar dia di Instagram dan FB mahupun blog .. Kalau sampai ada fan page , ada pulak nanti kata syok sendiri ! Heheheh ..

Atau nanti .. ada pulak yang amik guna gambar dia ! Haahaa.. guwau jerrrr laa ..

Cemburukah aku ?

 

Teringat satu lagu nyanyian Erra Fazira ..

Cemburumu apa sebenarnya
Cemburumu oh...
Mindaku bercelaru
Usah gentar
Kekasihku
Kau sememangnya
Milikku selamanya
Biar waktu yang menentu
Kita akan disatu seadanya
Cemburumu
Usahlah selalu
Cemburumu... oh...
Hatiku jadi resah
Waktu apa halangannya
Ku tetap meyintaimu
Sejak dulu
Tidak mungkin
Ku berpaling
Pada insan yang
Lain selainmu
Sebak dadaku
Menanti hadirmu
Getar cintamu
Menguasai jiwa
Benarlah katamu
Cinta segalanya
Kelu tak terkata
Ketika bersua

Hurm .. satu tika dulu la kan , aku mmg sangat kuat cemburu ! Cemburu pada sesuatu yang mengarut ! Sikit sikit nak cemburu hinggakan terjadi satu peristiwa yg memalukan aku sendiri  !

Terjadi laa pada aku dulu , wife aku ( masa tu tunang ) kena g kursus jangka panjang .. Kursus ni bercampur la lelaki perempuan .. hahaha .. yela .. dulu aku cemburu tak bertempat .. Ada je kes nak dicemburukan padahal takde apa pun ..

Nak dijadikan cerita , ada sekali tu aku 'bergaduh' secara kecil kecilan .. Call tak dapat .. mula la pk bukan bukan .. bersms laaa jawabnya .. hahahha ..bengong tul ...

Dalam dok berlawan sms tu , aku seperti lelaki lain dengan egonya mesti la nak menang kan .. Maka aku pun karang baekk punya ayat .. tapi bila nak send tu , no tel takde lak dalam history tu .. maka aku pun search dalam phone book ..

Jumpa .. terus send ! Huh ... Baru tahuuuu .. nak lawan konon ! ... Sms berbalas 5 minit kemudian ..

" Yelah .. saya bersalah.. saya minta maaf yer " . Ayat yang tertera di handphone aku tu ..

Yeesssss .. aku memang !! Tapi aku pelik .. takkan begitu mudah dia menyerah kalah ?? Tak mungkin .. tak mungkin ...
Aku tengok balik sms tu ...

Dibalas oleh SARJAN A%^@#! dari Balai Dang Wangi !!!! Aku tersalah send ... huhu .. maluuu wehhhhh ..

Sekarang ni aku dah tak cemburu sangat .. Kenapa ? Sebab nikmat kehidupan ni hilang kalau kita asyik dok abiskan masa dengan CEMBURU ! Kenapa perlu abiskan masa dengan dok pikir sesuatu yg tak ada ? Kalau ada sekali pon , ALLAH ada ! Syurga neraka tu ada ! Dosa pahala tu ada .. Jawab sendiri depan ALLAH nanti .. Kita sendiri pun ada catatan untuk disoal nanti ..

Cemburu tu , mmg patut ada tapi jgn la sampai melampau sangat .. Skit skit dah la.. Sebaiknya bila ada perasaan , bawak bawak istighfar  dan yakin pada Allah .Banyakkan berdoa .. Tak susah kan ?

Best part ni .. nak cemburu lelebih pon tak guna  , kita pon entah esok lusa mati .. Tak berbaloi kan ?

Boss besar yg kecik !!

 

Haihhh.. Upin Ipin aja tp skg ni Ultraman pon dia dah
ayan .. hurm .. Pasang Alif Ba Ta , menguap terus ..

Ops .. kereta dok parking yer … Mak dia gi beli barang untuk buat biskut raya .. Nanti mamat ni nak tlg mak dia buat biskut raya .. huhuhu …

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tips menulis blog yang ‘mengumpan’ …

 

Anda ( blogger ) tahu sapa yang baca blog anda ? Haaaa … Tak tau kan ? Kecuali kawan kawan rapat atau teman maya yang anda kenal … Bagaimana pula dengan mereka yang ‘terjumpa’ blog anda melalui enjin pencari.

Ini contohnya ..

Photo

Berhemah dalam penulisan anda ! Jujur tu penting . Ikhlas tu daya penarik tapi cara penyampaian itulah yang membuatkan mereka yang punya ‘kuasa’ , tertarik dengan blog anda !

Jadi , bila menulis satu satu entri .. anda kena anggap ada org membacanya walaupun belum tentu ada org nk bacanya.
Kemudian fikirkan saham akhirat yg bakal anda dpt . PAHALA atau DOSA yg akan dikutip.

Keikhlasan penting terutama dlm memberi pendapat. Kena ingat , org sekarang akan google bila mencari satu satu info.

Dan , sapa tahu kan , kot kot org yang anda komen , kritik atau puji tu membaca entri anda dan tertarik .. hee ..

Yakin ..

3 Ayahanda Blogger

 

Takde kaitan dengan mana mana pertubuhan atau persatuan melainkan persatuan blogger blogger sedunia atau lebih dikenali dengan WBBBBBBBBBBBBPW  .. Haa.. kira betul betul B tu.. B tu mewakilli negara yang ada blogger berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Asas Tani di negara memasing .

Ok , kenal dua lagi blogger tu ? Dua dua tu top of top punya laaah .. tapi tak leh top on my top .. bahaya .. hahaha … Menariknya kan , 3 ketiga tiga baby ni , lahir pada tahun yang sama .. Anak blogger Enriqazz , lahir bulan 4/2012 , anak blogger Ujang , bulan 2 dan Qhaliff bulan 4 .. Ini bermakna anak Ujang wajar dipanggil Kak Long .. ahaha .. Qhaliff no 2 dan anak Enriqazz , bongsu ! Heeee…

Apa yang dapat diperhatikan semalam , mmg ayah ayah inilah dok pegang anak sewaktu ibu mereka makan sambil berborak dan juga waktu gi solat Maghrib. Tapi Qhaliff , ramai pulak dok pegang maka aku amik kesempatan itu untuk gi berborak dan mengorat ! Waaaa.. cari pasal nampakkkkk .. Gurau jer ..  er , tang mengorat tu aku bergurau.

Apa punya ,majlis Iftar di MATIC , Jalan Ampang semalam mmg best.. Aku , kali pertama berbuka di luar semalam. Ikutkan aku mmg malas nak buka di luar , leceh tapi aku tau pihak MATIC mmg akan menyedia surau besar untuk tetamu bersolat ..

Terbaekk !

‘Health is Wealth’

 

Assalamualaikum wbt… Pertama-tamanya iolls nak mengucapkan tahniah kepada semua penjawat awam yang bakal menerima bantuan khas kewangan tidak lama lagi…. Uiiii…. Seronoknya uolls…. Yang iolls ni tunggu pertengahan bulan depan laa nak dapat bonus dari Shaklee… ngehngehngeh

Anyway… dalam pada keseronokan kita semua menyediakan keperluan untuk menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi, ada tak uolls selitkan investment untuk kesihatan diri??? Ohhooo… mentang-mentang laa iolls distributor Shaklee balik-balik nak pesan pasal supplemen jer laa kan… heheheh… tapi bukan iolls jer yang pesan tau… Prof. Dr. Muhaya pun menitikberatkan pengambilan supplemen khususnya bagi para wanita yang telah melalui proses mengandung dan melahirkan… yang sekali dua tu okaylah lagi, tapi kalo dah sampai 4 kali macam iolls ni maka amat laa memerlukan supplemen untuk kesihatan diri….

Antara pesanan Prof. Dr. Muhaya kepada para wanita menerusi Rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O’ di TV9 pada 13 Julai 2013, sekiranya wanita perlu membuat pilihan di antara barangan berjenama dengan supplemen yang berkualiti, beliau sarankan agar wanita memilih untuk membeli supplemen..… tapiiiii… itu jika perlu buat pilihan, kalo mampu, silalah beli kedua-duanya sekali….. ekekekekeke

clip_image002

Maka untuk entry kali ini, iolls nak kongsikan tentang supplemen yang cukup bagus untuk kaum wanita iaitu Energizing Soy Protein, Omega Guard, Ostematrix dan GLA…. ATAU… Jika uolls kurang gemar nak telan supplemen pelbagai jenis dan rupa bentuk, amalkan sahaja sesudu Vivix setiap hari, dah cukup bagus untuk kesihatan seluruh tubuh… Ini kerana Vivix bertindak melawan penuaan pada tahap selular… Maka, bukan wajah sahaja yang awet muda tau, malah seluruh organ dapat berfungsi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang… Insya Allah….

Iolls tidak berhajat nak explain in detail kebaikan dan manfaat setiap satu jenis supplemen di atas sebab for sure akan jadi panjang terlampau sampai uolls pun naik muak nak baca… Jadi iolls jemput para wanita di luar sana yang menitikberatkan kesihatan diri demi masa depan yang lebih gemilang untuk hubungi iolls bagi mendapatkan penjelasan serta cadangan supplemen yang terbaik dan semestinya sesuai dengan bajet uolls…

clip_image001

Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Corat coret Qhaliff di Iftar MATIC

 

Qhaliff bersama rakan rakan blogger yang cool .. Terima kasih atas gambar ni yer .. hehehe ..

Photo

Photo

Photo

Dia penat sangat setelah sampai rumah … ngan aku aku lenaa lepas solat semalam .. huhuhu .. Ni pon dok sakit kepala .. tu yang malas skit nak berbuka kat luar ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI