Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 26 Julai 2013

Antara kereta atau set dapur ?

 

 

Bakat Qhaliff terserlah dalam kedua dua bidang ni .. Dia pegang stering , automatik keluar bunyi kereta lumba .. Kalau dia gi dapur , automatik dia punggah semua abis mak dia punya set masakan ..

Jadi , aku plan nak belikan dia mainan.. Antara hok ada stering atau hok yang ada sudip ? Bukan nak ajar dia jadi ganas atau lembut tapi dari situ nampak dia punya kreativiti .. Apa dia nak buat dengan menda menda tu ..

Aku nak kasi lego , aku risau dia buat taman dalam perut dia ! Jadi tak mo la kasi dulu .. hehehe ..

Mana sesuai eh ?

Mana satu yang penting …

 

Ok , rezeki blogging bulan ni dan bulan lepas .. sangat sangat aku bersyukur. Kaya tu tak tapi lepas la nak hidup sekeluarga tanpa sekat apa apa ..

Bila dapat duit , apa yang perlu aku utamakan ? Hurmmm .. Mula-mula aku kena setkan bayaran hutang terlebih dahulu.. Kemudian ibu bapa dan keluarga aku. Jika ada baki , barulah aku guna untuk aku ..

Kalau ada banyak , banyaklah untuk semua orang .. Kalau skit , tak leh nak kata apa la .. Kasi tetap kasi .. Walaupun orang tua kita tak nak duit kita tapi sebagai anak lelaki , wajib kena bagi walaupun dah berkeluarga ..

Serius , aku tak berbangga langsung dengan apa yang aku buat kerapa apa yang aku buat sedikit pon belum dapat membalas jasa kedua orang tua aku ..

Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga.

Buat lelaki yang akan menikahi pasangannya , pastikan si perempuan itu maklum akan hal ini iaitu mana satu yang lebih penting bagi suaminya !

Tetapi si lelaki yang bakal jadi suami juga perlu maklum iaitu setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri.

Jadi , pandai pandailah berbincang dan memahami tanggungjawab masing masing ..

Bukan aku yang buat !!

Jangan tertipu dgn kecomelan.. Dia , sangat pantas buat kerja dan melarikan diri !!! Sebarang typo yg anda jumpa dlm blog mahupun laman sosial , saya disabotaj olehnya !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Marah sungguh blogger seks kita ni ..

 

Perghh .. marah sungguh rupa si Alvin ni .. Apa agaknya ‘pengajaran’ yg dia dapat semasa dalam penjara selama seminggu tu yer ? Tapi katanya , “ Nod bad” .. Aku rasanya sbb dalam Mstar tulis , ‘Tak teruk' .. Maka Not Bad la kan ? Hehehhe..

Jangan marah marah .. Sapa saja dalam negara ni atau mana mana negara sekali pon , kalau buat salah pasti akan dihukum .. Sapa sapa saja yer .. Tak tau la kot ada yang terlepas kan ? Tak pe.. atas dunia leh terlepas .. Akhirat punya mahkamah , siap ler.. Kaki tangan segala pancaindera jadi saksi ..

Takpe la.. harap pasni mana mana blogger atau pengguna internet ni , hati hati la dalam apa jua tindakan .. Silap silap , makan diri .. termasuk aku .. huhuh ..

Stok diesel berkurangan ?

 

Ah , sudah .. Mak bapak aku dok bebel sbb kat Petronas , diesel takde stok .. Abis camana bas sekolah nak bergerak ni ? Aiyooo . Aku pelik gak nape boleh jadi gitu. Sangka aku ,hanya kawasan tertentu jer takde .. Sekali aku bukak Bharian Online …

image

Tu diaaa … Kat Sabah pon dah rupanya .. Apakah punca kekurangan stok diesel ni ? Tanda akan naik harga ? Bermakna barang barang pon akan naik harga , sekali lagi ? Gulp .. masak gini ..

Nampaknya di  sesetengah tempat , pengguna dah mula marah dengan ketiadaan diesel .. Huhuh.. Abis ler …

Jana pendapatan tambahan dengan cara mudah !

 

Semalam , aku gi Warta di Bangi. Kat sana , terjumpa kawan sekolah lama aku .. Aku tanya la apa dia buat kat situ ? Sbb pelik la … dulu dia dah hampir jadi manager di sebuah restoran francais makanan segera popular di negara kita ni .. Tup tup , ada kat situ lak ..

Jawabnya , dia lama dah berenti dari wat keje gitu. Boring .. Takde perkembangan .. Hehehe .. Aku tanya la dia wat apa sekarang ? Meniaga baju melayu ke ? Maklumlah , depan kitorang tu mmg ada booth baju melayu. Mana tau dah jadi tokey besar .. kan ?

Kataya tidak .. Dia kerja dengan satu company ni.. Buat bisnis pemasangan solar ke rumah rumah .. Wah , menarik. Aku mmg nak bercadang pasang menda alah tu kat rumah aku memandangkan tenaga elektrik skang rupa kena bagi BRIM kat TNB .. huhu .. Banyak siutt ! Kalau simpan tiap bulan tu , leh gi nikah kat Siam woooo .. hehe..

Sahabat tu pon terangkan kat aku .. Katanya dengan pemasangan solar tu , kita akan dapat pulangan selama 21 tahun .. Contohnya gini la.. Kalau aku pasang , kos tu aku kena tanggung. Katanya cuma RM60 ribu. Setiap bulan , TNB akan bayar RM1200 pada  kita sbb tenaga solar dari rumah kita tu akan disalurkan kawasan sekitar. Dengan cara ni , TNB dapat mengimbangi keperluan tenaga elektrik di negara kita .. Haaaa.. Lebih kurang gitu laa ..

image

Menurut kawan aku tu lagi , dia baru pulang dari Kelantan . Dia buat promosi kat Pengkalan Chepa. Katanya , tak sampai 2 hari .. sold out ! Target mereka 7 hari ..

Aku tanya dia kenapa tak buat promosi melalui internet jer ? Dia jawab , setahun kuota yg diberikan TNB cumalah 2 ribu jer. Tak leh pasang banyak banyak .. hehehe ..

Menarik tuuu .. Aku tanya lagi .. RM60 tu jumlah yang besar.. Apakah mereka sediakan pinjaman ? Mereka dah ada perjanjian dengan Allied Bank . Atau bleh je guna mana mana bank cuma leceh skit la utk dapatkan loan peribadi. Kalau ada cash , lagi cun wooo.. 21 tahun woooo dapat bayarah RM1K ++ ..tamo ? Bayar bank cuma 10 tahun maksima.. lagi 11 tahun tu ? Dapat buta buta jer ..

Aku tertarik cuma buat masa sekarang , faktor kewangan lom mengizinkan aku lagi untuk membuat sebarang ‘hutang’ .. hehehe.. InshaAllah , kalau ada rezeki lebih , leh pasang di rumah aku ni .. Cuma , katanya bil letrik tu tak la free cuma kurang skit dari sekarang ni ..

Ok apa ? Dari guna duit modified kereta atau belanja awek yang belum tentu jadi bini no 2 , baik wat menda ni .. kan ?

Dikala ibu sibuk di dapur !

 

Untuk mengelakkan dia tolong mengemas dapur , maka aku umpan dia dengan Upin Ipin. Pastu leh tidur jap sementara tunggu masuk waktu sahur ..

Tapi segalanya tergendala bila …

Bersungguh memula dia gelak .. Aku ulang babak tu lagi .. dan lagi dan lagi ! Bila masuk babak tu , mmg dia gelak .. pastu diam semula .. Lor , paham ke ?

Kemudian aku ke cerita lain iaitu ‘ Tangkap dia’ .. yang ada katak tu.. Haa , part katak tu .. mmg dia lari kat aku. Melompat dia ke belakang aku . Bila ilang katak tu , dia sambung tgk ..

Aku , tak jadi tidur ! Adehhh ..

Permintaan daddy sebelum berbuka puasa !

 

Nak tolong tapi membebel ! Hahahahha …

TELEKUNG OH TELEKUNG

 

-iklan-

Salam Ramadhan, hari ni negeri Selangor dan yang sewaktu dengannya bergumbira dapat cuti Nuzul Quran. Korang nengok lah jalan confirmed jamn tahap gaban punya. Kebiasaannya apabila orang Selangor cuti dan turun bersopping tambahan pulak dapat gaji dan duit raya COMING SOON. Jadi kepada orang KL yang juga dapat tempias cuti nie elok sangatlah gi sopping naik komuter, putra atau lrt.

Entry kali ni nak cerita pasal TELEKUNG VIETNAM akak yang memang hot..terutama yang HITAM sampai abis stok dah…tahun ni trend muslimat gi sembahyang pakai telekung COLOURFUL warna tak jadi masalah yang penting cover betul-betul nanti tak sah lak solat. Kita dah penat bertungkus lumus buat solat sunat tarawih 20 rakaat. Tapi ada jugaklah hamba Allah yang gi solat pakai telekung kat dalam pakai sleeveless tu..terbedik-bedik mata nie memandang memang tak TRANSPARENT tapi berbayang tu..rasa nak cakap jer “adik solat pakailah baju yang betul-betul sempurna walaupun kat luar dah tertutup tu. Pening betul tengok ragam manusia.

Untuk kali ni kita perkenalkan telekung sulam putih dan juga hitam (limited edition ni sebab tak dapat stok banyak dah). Bunga sulam 33 dan bunga sulam 36 ha ha kak long, mak long memang cantik lah..sampaikan mummy I boleh buat statement ..mak nak yang bunga memanjat tu belum ada orang pakai mulanya dia gak nak warna hitam tak cancel ambik warna putih. Agaknya segan kat member-member dia nanti terlebih vogue. Nanti cicit dia komen “moyang aku nie glam lah pulak”.

clip_image001

Apa salahnya nak glam Allah dah panjangkan umur dia sampai sempat tengok anak cucu kesayangan dia tu…(mesti perasan kalau dia tau aku citer kat blog popular).

clip_image003

Gambar nie atas ni pulak untuk orang yang suka dengan corak tradisional telekung Vietnam tapi dengan taburan lebih banyak bunga. Saya sangat sukakan telekung ni sebab kainnya memang lah sejuk flare, bidang lak besar. Jahitan muka kemas (Ikat belakang) dan kekek tu pulak lebar..Saiz memang untuk orang Malaysia yang gebu geban belaka. Kainnya bidang besar dan labuh InsyaAllah tak Nampak jari-jari kaki tu.

clip_image005

clip_image007

Telekung hitam biru turquoise yang sangat comel..cantik tau telekung hitam nie.

Nak tengok lagi terjahlah www.designmusleema.com klik kategori telekung sulam .Untuk Aidilfitri masuk order secepat mungkin kalau dah masuk minggu akhir ceritanya lepas rayalah baru dapat.

Aku dah punya die hard fan, kah ?

 

 

PEMINAT MISTERI ke ? Hurmmm ..

Baru baru ni seorang rakan mintak aku promote produk dia di blog aku .. Bukan free tapi berbayar.. Apa nak buek kan , aku nak makan gak .. hehehe ..

Alhamdulillah .. sambutan selepas aku promote tu katanya tak menang tangan gak la menjawab telefon dan berbalas mesej .. huhu..  Ok la tu kan .. Risau gak kalau takde sambutan ..

Tapi , dalam dok bersoal jawab mengenai produk tu ada la jugak yang dok sibuk mengorek rahsia pasal aku !! Amboi , boleh pulak lagu tu ? Katanya siap bertanya camana boleh kenal aku .. kenal camana .. Aik ??? Apa kes gitu aihh ?

Jangan la gitu kawan .. Tak comel buat gitu. Kalau minat sekali pon , baca je kat blog .. Tak perlu nak korek dalam dalam rahsia peribadi orang. Aku ni pon sekadar manusia yang penuh kisah silam yang hanya Allah saja mengetahuinya .. Memadailah dengan baca apa yang aku tulis dan doakan agar aku sekeluarga sihat sejahtera , dah laa.. Lain lain tu , biarlah .. toksah amik tau .. ek ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI