Isnin, 29 Julai 2013

EPHYRA sesuai untuk lelaki jugak la !

 

“ Ben , lama tak gi gym ? Apasal nampak lain je ? “.Sapa seorang kenalan lama .

“ Hehehe .. lain eh ? Nampak kacak ke nampak bertambah hensem ? “. Aku gelak kecil .. Saja bergurau dengan kawan lama yang terjumpa secara kebetulan sewaktu pergi rumah orang tua aku .

“ Aku lama dah tak gi gym sebab sakit siku. Tak tau la sbb apa. Tapi setahu aku ramai kawan kita yang sakit gitu. Alhamdulillah , sejak aku amik Ephyra .. ada perubahan pada sikut aku tu. Dari langsung tak boleh nak push up sekarang ni dah kembali pulih seperti dulu . Rindu pulak nak gi gym. InshaAllah , lepas raya ni aku gi balik la.. Haa.. Berat pon maintain je kan ? “ . Jelas aku.

“ Ephyra ? Apa tu ? Tak pernah dengar pun .. Halal ke ? Ada sijil dari Kementerian Kesihatan ? “ . Terpinga-pinga kawan tu.

Yelah .. orang lelaki yang gi gym ni mana amik tahu bab bab ni .. Mereka hanya amik produk untuk besar dan mantapkan badan je.. hehehe .. Maka , aku pun bagilah penerangan secara ringkas pada dia .. Kelebihan dan perlunya amik makanan tambahan ini memandangkan usia pun dah mula mencecah 30an .. hehehe ..

clip_image002

Selain sakit sendi yang aku rasa , perubahan yang aku alami amat terasa pada wajah . Terasa macam menegang pulak kulit muka. Memula tu aku tak terasa sangat la tetapi aku terperasan yang aku kerap pegang muka. Bila wife tanya , baru aku sedar .. Nak kata sbb produk lain , aku tak amik pon mana mana produk makanan tambahan sejak berhenti berehat dari workout di gym.

Bila aku bagitau kat wife yang terasa perubahan pada wajah aku tu , wife beria pulak nak cuba. Dan akhirnya , sekotak Ephyra untuk dia , dua untuk aku ! Hehehe.. Jangan usik !

clip_image004

Seperkara lagi yang membuatkan aku amik produk makanan tambahan Ephyra ( segelas subuh dan segelas lagi sblm tidur ) ni adalah sebab memudahkan pencernaan . Setiap pagi , senang jer aku buang air besar. Maklumlah , makan macam macam kan .. hehehe .. Dan segelas sewaktu sahur , mmg memberikan aku tenaga sepanjang hari untuk melakukan tugas tugas harian .. Tak rasa lapar pon !

Bab soal Halal dan Sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia , pastinya ada laaa ..

halal&kkm copy

Penting woo sbb banyak kes dah produk tak halal dan tiada kelulusan dari KKM .. Sebagai pengguna , kita perlu amik tahu hal ni ..

Berbalik pada wife yang dah mula amik Ephyra ni sebelum Ramadhan ari tu , ada aku tanya akan perubahan .. Hehehe.. Ok , dia jawab tak rasa apa apa pon walhal aku nampak perubahan pada wajah dia. Yelah , dia mana nak rasa kan ? Laki dia ni yang selalu tengok ..

Seperti mana aku , dia yang selalu jaga awal untuk masak makanan Qhaliff dan juga aku untuk sahur tak terasa lapar mahupun penat di siang hari waktu kerja ! Kalau sebelum dia amik Ephyra , asal masuk waktu lunch , dia dah lapar sangat .. Ni hingga ke waktu berbuka pon tak terasa lagi .. Dahaga tu biasa la kan .. hehehe ..

Ada satu lagi perubahan untuk aku .. Tapi segan la nak cerita kat sini. Buat lelaki yang dah kawin , apa kata try sekotak dan tengok perubahannya sendiri .. hehehe .. Serius , berbaloi.. hahahaha ..

clip_image006

Sejak dari tu , ke mana saja aku sekeluarga pergi .. wife pastikan Ephyra ni senantiasa ada dalam beg tangannya .. Maklumlah , dia kan pengurus peribadi aku .. hehehe ..

Buat pengetahuan korang , kandungan Ephyra ada Astaxanthin yang mana ianya mampu memulihkan kesakitan sendi , sakit otot dan arthritis. Pada masa sama ianya mampu mengurangkan kedutan dan garis halis serta meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit , menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri !

Apa beza EPHYRA dengan collagen lain?:

  • EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dalam jenis "white fish" yang hidup di laut dalam. Sebab ikan dekat perairan laut dalam ni bebas pencemaran. 

(Bukan sebarangan ikan yang mudah didapati di pasar seperti ikan tilapia, ikan keli tauuuu…)

  • EPHYRA menggunakan kolagen yg terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis tu terdiri daripada pecahan asid amino yg kecik, yang mudah diserap oleh badan.
  • Kolagen dalam Ephyra mudah diserap - part ni yang paling penting. Tau tak kenapa ramai amik collagen tapi lambat nampak kesan? Sebab berat molekul collagen yg tinggi, so badan susah nak serap. Berat molekul collagen sesuatu brand tu diukur dalam unit DALTON (Da). It's not about how many mg collagen content, tapi how small the protein is. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesan kat badan.Fakta penting : Berat molekul collagen Ephyra = kurang dari 1500Dalton
  • clip_image002[5]

Size collagen EPHYRA = kurang dari 1500Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Sebab tu dgn minum EPHYRA kita dah boleh nampak kesan seawal 7 hari. Most collagen di pasaran sekarang 3-4 kotak pengambilan baru nampak kesan.

  • Kandungan kolagen EPHYRA cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti collagen yang banyak sekali ambil tapi amount yang sedikit tp berterusan.Hati-hati ya kawan-kawan, Lebihan kolagen yang diambil boleh membebankan buah pinggang! Akibatnya, boleh buat kegagalan buah pinggang!
  • EPHYRA ialah skin supplement, (minuman tambahan utk kecantikan kulit) ,tetapi bukan kulit sahaja yang akan dapat manfaat. Ada macam2 lagi manfaat lain selain kulit jadi cerah dan anjal. Antaranya:-

Energy booster ~ Ramai yg beritahu, lepas minum EPHYRA kurang sangat2 rasa penat. Siapa yang mudah lesu mmg nampak kesan sbb balik kerja boleh terus bersilat kat dapur.

Rambut kurang gugur.~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Mmg betul pun sebab collagen kan stimulate hair growth.

Sistem pembuangan jadi lawas.~ bantu utk kawal berat badan. Ramai pengguna yang turun berat badan selepas minum EPHYRA

Kuku jadi cantik dan bersinar. ~rawat masalah kuku mudah patah

Cracked heel berkurang.~ tiada lagi masalah tumit merekah & kering

Lingkaran hitam bawah mata berkurang. ~ lebih sekata tona kulit

Mengurangkan sakit radang & sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah Nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju & tunaikan solat dgn mudah.

Antara mereka yang berpuashati dengan produk Ephyra selain aku .. heee..

 

clip_image002[7]

Billboard yang terpampang EPHYRA di NKVE .. Bukti Ephyra bukan calan calan produk kesihatan !

clip_image004[4]

Sempena promosi Hari Raya , dapatkan  handbag organizer dengan setiap pembelian 2 kotak Ephyra .

clip_image006[5]

clip_image008[4]

Pastinya , Ephyra sangat sesuai utk aku dan aku cadang nak guna berterusan ..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari

  1. website official - www.oceanlife2u.com
  2. instagram : ephyra2u

Jika ada yang berminat nak mencubanya , korang leh hubungi :

Shema Zailan (012 647 9747) @ Cantikbersamaephyra.blogspot.com

Duit raya pertama Qhaliff ..

 

Rajin Nurul Nadiah hantar kad raya ni .. huhu .. Rasanya ni kali ke 3 kot dia antar .. Terima kasih yer..  Semoga Allah balas kebaikan anda..

Kali ni , kad rayanya ada isi .. khas untuk Qhaliff .. Untuk bapak kali , sila gi raya sendiri umah orang nanti yer .. huhu ..

Hurmm .. takleh bawak Qhaliff gi raya nanti laaa .. Dia je dapat .. Aku tak dapat punya nanti ! Mana boleh gini .. huh !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pakaian lama untuk didermakan ?

 

Satu email yang aku terima .. Jadi buat mereka yang berminat , boleh email terus pada Cik Azlin utk mengetahui cara caranya ..

 

“ Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum

Encik Ben,Saya, Azlin dari team Preloved for Charity ingin meminta jasa baik Encik Ben untuk menghebahkan tentang projek terbaru dari pihak kami.

Preloved for Charity merupakan suatu projek dimana anda semua boleh mendermakan barang barang kepunyaan anda yang masih elok sama ada baju,kasut,pasu bunga,mainan,dan sebagainya kepada pihak kami dan pihak kami akan menjualkannya semula.

Yang menariknya, pihak kami tidak akan meletakkan sebarang harga malah pembeli yang akan menawarkan harga yang mereka rasa berbaloi untuk barang tersebut dan wang hasil dari jualan tersebut akan didermakan kepada badan badan kebajikan atau mereka yang memerlukan seperti aman palestin, rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua, kanak-kanak hilang, tabung masjid dan sebagainya.

Tetapi minimum harga setiap barang adalah RM10 dan 10% dari harga setiap item akan ditolak untuk kos-kos pemprosesan dan penyeleranggaan. Kami menjalankan projek ini kerana kita semua memiliki banyak barang-barang terpakai yang masih elok dan sayang untuk dibuang tetapi tidak sesuai untuk didermakan..

Daripada barang-barang tersebut terus tersimpan di dalam stor dan rosak dimakan hari, kami mengambil inisiatif ini untuk membantu mejualkan semula barang-barang tersebut sambil dapat menderma kepada mereka yang memerlukan.

Buat masa ini,kami tidak memiliki sebarang laman sosial kerana kami ingin mengumpulkan dahulu barang-barang yang ingin didermakan. Apabila segala persiapan telah cukup, kami akan menghebahkan laman sosial yang akan digunakan.

Saya berharap Encik Ben dapat menghebahkan tentang perkara ini dan sekiranya Encik Ben atau sesiapa sahaja berminat untuk mendermakan sebarang barang yang masih elok, bolehla menghubungi pihak kami melalui emel di prelovedforcharity@gmail.com..

Jasa baik dari pihak Encik Ben saya dahulukan dengan ucapan terima Kasih.
Azlin,
Team Preloved for Charity “.

 

Terima kasih yer .. Semoga Allah berkati anda sekeluarga ..

Nyaris aku pijak dia !

 

Tunggu subuh selepas sahur tadi .. Macam macam la aku buat agar tidak mengantuk .. Risau terlepas subuh jer ..

Dari dapur , aku kembali ke tilam .. Aku masih tidur di lantai beralaskan tilam dan toto yang tebal . Ini kerana Qhaliff buas dalam tidurnya.  Tak berani nak kasi dia tidur sorang sorang sbb dia dah berkali jatuh .. Tunggu dia bijak lagi , baru leh kasi .. eehe …

Bila aku sampai ke tilam , aku tercari Qhaliff yang mana aku letakkan dia di samping wife sebelum aku gi bersahur tadi . Dia tak de !! Aku berhati hati melangkah. Tercari cari dia dalam kegelapan ruang tamu ..

Huh ! Depan aku rupanya ! Nyaris aku tak pijak dia .. Kalau aku pijak ? Mau jugak aku masuk dalam  muka depan akhbar esok pagi ! Huhuhu.. Hot jugak aku nanti dalam blog blog picisan ..Blog hiburan tak mungkin la .. Hahaha ..

Nauzubillah .. mintak dijauhkan dari kejadian gitu aihhh ..Fikir bukan bukan !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menu baru di Restoran #LavaGrill Burger

 

Bayangkan makan tengahari dengan kari ikan panas .. Nasi putih , sambal belacan , ulam .. Perghhhh.. pastu air kedondong original punyaaa .. Fuhhhh .. terliur siuttt ..

OK , menu baru di Restoran Lava Grill ni mmg membuatkan aku tak tahan lapar .. Terus aku kebas nasi wife dan makan setengah .. Lepaskan stimmmm .. hahahaha .. Legaaaa woo … tak tahan bau kari yang menusuk kalbu ni ..

Selain nasi , boleh gak makan roti John atau chicken wings .. Kalau tamo gak , leh pekena burger bakar ( ayam /daging / kambing ) yang semestinya menjadi daya tarikan utama di sini !

 

Gambar kat atas ni saja buat gini agar korang menumpukan perhatian pada entri aku ni ! Hahahahah .. kejam tak ?

Yang bawah ni , aku order lamb .. Hurmm .. pakat berebut gak la ngan wife ! Hehehe .. black pepper sos dia sedap ! Memang tak cukup ikutkan tapi dah kenyang sangat malam tu dengan pelbagai juadah yang dihidangkan pada kami .. Rujuk entri SINI ..

Lepas makan , ‘pegawai pegawai penyiasat tak bersijil ‘ gi ke dapur untuk melihat sendiri pembuatan juadah kami .. Tip top kata mereka .. Tu yang abis semua hidangan malam tu .. huhu ..

Qhaliff yang senantiasa mencuti hati kengkawan yang ada .. Bersama anak Pembawa Wacana . mereka menghiburkan hati kami yang kekenyangan seperti anaconda itu !

Bagi yg nak gi makan nanti terutama pada waktu makan tengahari , bolehlah ke sana  .. Alamat seperti di bawah ni atau mana mana restoran yang ada tulis LAVA GRILL BURGER .. hehehe .. tengok betul betul yerrr ..

Terima kasih E.Razman atas kesudian melayan kami dan belanja makan utk berbuka puasa kami ..

Alamat : Restoran Lava Grill Burger .

No. 15-1, Jalan 18/33A,.

Taman Sri Serdang,.

43300 Seri Kembangan

Selangor

HP: 017-2520031 (RAZMAN)

* cari je Balai Polis Sri Serdang .. Blakang tu jer .. Dekat dengan Kedai Hari Hari ..

Terima kasih Qaseh Dalia atas gambar yang cun tu.. Tak sia sia guna kamera Sony tu .. haahha..

Bagi mereka yang nak jemput team Kelab Blogger Ben Ashaari ni utk edisi Jalan Jalan Cari Makan , leh la email kat aku yer .. hehehe ..

Ajaran sesat si ayah ke ???

 

Hahaha .. ada yang bagi komen gitu .. Aku tahu diorang bergurau jer .. Si Qhaliff ni , mmg gemar masuk ke dalam bilik atau mana mana saja asalkan atas sejadah tu ada aku ! Mak dia , tak nak lak buat gitu !…

Bila aku sudah , automatik dia berlalu dari situ. Semasa aku solat , dia main main dekat ngan aku .. huhu … Tu gaya orang solat la kot.. dok tengok aku ngan mak dia jer ..

Teringin dah nak solat kot ? Tapi perasan tak ? Budak budak kalau dengar azan kat tv , automatik diorang berenti bermain kan ? Huhuh.. Tumpuan penuh pada azan ..

Kita bila dengar azan ? Abiskan borak lagi .. huhu ..

Mengesot rupanya dia !!

 

Aku selalu terfikir camana laaa si Qhaliff leh sampai tidur ke carpet atau lantai .. Hurmm ..

Nak dijadikan cerita , baru jap tadi segala misteri terungkai .. Dia yang tidur tengah tengah .. antara aku dan wife .. terasa dia mengesot dari lengan wife , mengundur ke karpet dan seterusnya ke atas lantai !! Huk aloh.. dia sedar dia dia guna ‘gear undur’ ni ?? Huhuh..

Gambar lama..

Tergelak kitorang.. Terus terjaga .. dan aku terus gi solat.. huhu .. ada hikmah guna ‘gear reverse’ dia ni ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI