Rabu, 31 Julai 2013

Penyakit berjangkit kembali !!

 

Mula mula anak yg buat .. Tercabar ayah mereka !! Lalu cuba mengkiutkan diri seberapa boleh !!!! Heehehe ...

Sapa paling kiut ??? Ok laa, .. aku terimaaaaa .. aku kan ????

Published with Blogger-droid v2.0.10

" Sayang , abang nak nikah sorang lagi boleh ? "

" Tak boleh ek ?? Ok la.. Redha jer . Oh ya .. Esok abang outstation yer.. 4 hari gitu . Ada laporan lembu giler meroyan kat Australia .. ok ? Nak kirim apa apa tak ? Madu pon boleh .. "

Published with Blogger-droid v2.0.10

Operator Hotline Maybank sibuk sangat ke ?

 

Hurmm .. semalam kata hari ni leh settle isu kes duit tersangkut tu tapi bila wife rujuk hari ni , dia kata paling awal 3 hari dan paling lewat 7 hari !  Perghh..

Ok , isu tu dah settle .. Kena tunggu la .. Apa nak buatkan ? Nasib baik amik loan kereta pon dengan Maybank. Jadi , suruh je si pengutip hutang  ( tak sampai sehari dah call tanya bila nak bayar duit kereta ! ) rujuk pada bank mereka sendiri !

Ini isu lain lak .. Asal aku call atau wife call HotLine Maybank , confirm kena tunggu punya laaa lamaaaa …

Semalam , aku call .. aku siap tawaf padang depan komplek Mahkamah Keadilan Putrajaya tu sementara tunggu panggilan dihubungkan pada operator bertugas ..

Aku fikir positif je la.. Mungkin operator diorang bergilir solat Terawikh kot .. Sabar je laa .. apa lagi boleh buat kan ? Nasib baik bila dah dapat dihubungkan , layanan mesra diberikan. Ok , dimaafkan.

Hari ni , wife lak call untuk mengetahui tindakan susulan laporan tu .. Dia pon kena tunggu ! Hahahaha.. lama koooo .. Takkan solat Terawikh gak kot ? Ke mmg talian sibuk 24 jam .. Wahh.. dasat la gitu ..

Dan layanan operator pon ok cuma tak bestnya kena tunggu sehingga 7 hari sebab katanya duit tu masuk dalam safe box ! Huk alohhh .. boleh gitu ? Tak kisah laa… Janji aku tau , aku bayar dah duit kereta ! Jangan kata aku tak bayar sudah .. Mau gak jadi Wolverine  nanti ..

Aku ada tweet mengenai kes lambat jawab ni .. sbb kalau guna prepaid , confirm abis punya kredit yang ada tu .. Ada kawan respon kes sama berlaku padanya .. sian …

Buat operator bertugas .. kalau anda sibuk , mintak majikan tambah lagi operator bertugas.. Kalau tak sibuk tapi pura pura sibuk , ingat la tentang keberkatan gaji yang anda terima tu jer .. hehehe ..

Terima kasih dan selamat hari raya ..

Kejam benar aih..

 

Operasi pembersihan dah dilakukan semalam .. Nyamuk sudah tiada ? Hurmmm .. Walaupun tiada kesan gigitan pada badan Qhaliff , namun nyamuk tidak henti menyerang badan aku ! Lazat sangatkah ??

Pelik tapi benar.. Kenapa nyamuk tidak menyerang wife ?? Dia tidur dengan penuh ketenangan tetapi aku ?? Asyik jaga untuk perhatikan Qhaliff .. adehhh ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada alasan untuk tidak update blog !

 

Anda seorang blogger ? Ingin update blog tapi tiada masa ? Walaupun sekadar gambar dan sebaris dua ayat pon tak mampu ? Oh , anda nak berleter panjang lebar baru puas eh ? Gitu .. Kalau gitu , tunggu anda putus cinta baru ada masa .. hehehe .. Guwau ..

Sebenarnya , masa tu ada .. Malah sekarang ni pelbagai cara ada untuk update blog .. Ada yang guna email dan terkini , guna app terutamanya yang guna Android . Yang tak mampu beli tu , maka guna je la laptop atau pc jiran anda ..

Terkini dari rakan blogger yang minta aku jengok ke blognya ..

image

Aku yang baik hati ni ( kononnya laaa kan ) , gi la jengok ke blognya. Kot la nak kasi hadiah sempena raya ni sbb dapat puasa penuh sebulan .. hehehe .. Tak penuh laaa.. Kantoi sehari sebab darah tinggi naik .. Terpaksa buka untuk makan ubat .. huhu .. Silap makan masa berbuka .. Apa nak buat .. Darah tinggi , jangan dibuat memain .. Kang blog aku bersawang kang .. Korang nak masuk baca pon takut sbb tuan punya dah meningga dunia.. Haaa ..

Ok , sambung .. Bila aku masuk ke blognya .. Tadaaa ..

image Owh .. dia dah guna Blogger Droid untuk update blog guna hp .. Baguslaahhh .. heheheh .. Puan Yulia pasni teruskan merajinkan diri la yer .. hehehe .. Tahniah kerana berjaya mengurangkan alasan utk bermalasan dalam kehidupan ini ..

‘Sayangi Diri Anda Untuk Menyayangi Yang Tersayang’

 

-iklan-

Assalamualaikum wbt…

Apa khabar semua pembaca blog Brader Ben??? Semoga uolls semua dalam limpahan rahmatNya lebih-lebih lagi di 10 hari terakhir Ramadhan yang penuh barakah ini…

Dalam entry yang lepas iolls ada kongsikan tentang 4 jenis supplemen yang amat baik untuk kesihatan para wanita iaitu Energizing Soy Protein [ESP], Omega Guard, GLA Complex dan Ostematrix tuh kan kan kannnnn….

Perihal secara ringkas tentang ESP ada iolls kongsikan di sini manakala untuk GLA Complex pula di sini dan di sini… ughhh… hover sunggoh sampai 2 kali iolls membebel tentang GLA… mana taknya, GLA Complex ni sememangnya mendapat sambutan hangat kebaboommm… mungkin kerana fungsi dan manfaatnya yang teramat relevan dan signifikan bagi kesihatan dalaman wanita yang juga berupaya menyerlahkan keyakinan dan ketrampilan luaran…

Now, apa pula fungsi dan kebaikan Omega Guard?? Jom kita berkenal-kenalan dengan supplemen pelbagai guna nih…

clip_image002

  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan
  • Omega Guard Shaklee lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA
  • Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Manfaat Omega Guard Shaklee…..

  • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Omega 3 dapat mengelakkan strok
  • Mengekalkan tekanan normal darah
  • Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  • Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  • Membantu menyihatkan paru-paru
  • Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
  • Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
  • Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  • Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
    Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
    Memelihara fungsi-fungsi sendi
    Mencegah penyakit gout

Last but not least, jom tengok apa kata mereka yang telah mengamalkan pengambilan Omega Guard Shaklee nih… and bagi yang berminat pula, jangan malu-malu untuk contact iolls yer ^_^

clip_image004

Disclaimer : Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Salah mak bapak Qhaliff ?

 

Dia takut nak naik … Tapi bila dah naik , tamo turun .. Wife masukkan duit , menda ni bergerak .. dia takut dan nak keluar terus ! Adehhh … Aku jangka dahhh ..

 

Sebelah mainan ni , ada mainan kereta lak .. Ada stering kooo .. Aku masukkan dia ke tempat duduk.. Tamo dia .. aku tunjuk kat dia stering .. Terus masuk dan tak nak keluar ..

Aku paksa dia keluar .. Mula nak menangis. Tapi sat je aku pujuk terus ok .. Salah aku kan ? Bukan kan ? Wife laa yang bersalah sbb tak larang aku ! Haaaa ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI