Jumaat, 2 Ogos 2013

Dulu kutuk sangat.. Sekarang dah cinta la pulak !

 

Hahaha .. Ok , aku dulu mmg tak suka guna WAZE sebagai alat bantuan pemanduan aku ..  Kenapa ? Serabut dengan icon icon tu haa.. Aku tak faham , tu pasal kata gitu ..

Bila kawan blogger , Ujang ( tak perlu backlink sbb dah popular ) pakai baru baru ni , baru aku faham .. Ada kelebihan rupanyaa .. hehe.. Terus aku download pada kedua dua hp aku ( htc one x dan Note 8.0 )

Dan tadi aku terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas yang amat teruk sekali … Puncanya tak tau .. Teringatkan Waze , terus aku bukak dan tengok ..

Ooooo.. Baru laa tauuu .. Ada rakan Wazer yang berada di depan kongsikan sedikit info mengenai kesesakkan itu ..

Ooooo .. patutlaahhh … Ingatkan ada jualan murah ! Huhuhu .. Sekali treler kontena tergolek dok daaa ..

Dan aku baru tau kelebihannya .. heheheh ..

Laluan merah tu tanda kesesakkan jalan raya.. Pastu baru la clear jalannya … Panjang kan ? Tu baru pukul 4 petang ! Nasib baik dalam kul 5 , treler tu dah berjaya dialihkan dgn menggunakan kren .. huhu .. Tu pon aku tau berdasarkan perbualan rakan rakan Wazer .. Berbaloi kan ?

Sebelum ni aku guna Sygic .. Best gak .. Cuma jalan dia tak beberapa uptodate …

Harapnya , pasni tiada dah istilah Guna Pon Sesat lagi dahh !

Apa punya alasan !!

 

Kalau dah tak mampu , letak jawatan dan kasi orang lain pulak ! Malu la pada negara lain terutama yang tau makna erti kekalahan .. Aparaaa … Nak simpan sampai berkarat ? Hujung tahun ni baru tamat kontrak eh ?

Patutnya Rajagopal letak jawatan sbb tak mampu membawa pasukan negara ke tahap yang lebih baik daripada sekarang .. Jangan bagi pencapaian yang lepas sebagai satu sandaran untuk kekal lagi .. walaupun untuk sebulan ! Sungguh tidak layak dan memalukan apatah lagi alasan kekalahan ialah PUASA !!

Dah tau puasa , yang gatal buat perlawanan persahabatan tu pahal ? Ingat team yang lawan tu pasukan sekolah bawah 12 tahun ke ???

Cuba baca alasan dia tu .. “ Pengajaran yang saya dapat disini , kita tidak harus bermain dengan kelab yang boleh dikatakan mempunyai tahap permainan tinggi ketika bulan puasa… “ .

Huk alohhh .. apa punyaaa alasan daaa ??? Ini alasan pasukan amatur yang bertanding di kutub utara !

“ Kami tak tau yang kami akan bermain di padang yang bersalji ! “ ..

Haihh .. FAM kena belajar dari JDT .. Melabur untuk memastikan kejayaan ! Hentikan alasan , tingkatkan kejayaan !

Tunggu tahun depan , baru dapat coach baru .. cipta pasukan baru dan eksperimen yang baru .. Harapnya tidak laa yer .. Penat nak tengok muka coach gini ..

Rajagopal patut bawak team dia gi belajar dengan orang ni .. Tiada alasan untuk teruskan hidup !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sadis giler dapat suami gini !

 

Layan SinarFm pagi tadi. Topiknya sangat menarik sekali .. Berkenaan Aidilfitri .. Nak raya kat mana tahun ni ? Umah sapa ? Jeng jeng jeng .. Serius , sememangnya ini akan berlaku kecuali .. kecuali apa , tu korang leh fikir ler sendiri .. hehe ..

Antara yang menarik perhatian aku ialah kawin dah bertahun tahun .. tak silap aku 8 tahun kot.. Tapi setiap kali raya , balik umah mak bapak dia jer .. umah belah isteri , mmg dia takkan nak pergi punya !

Gambar Hiasan

Fuhhh .. mmg dasat .. untuk buat begini punya sikap , mmg kena kering giler la hati tuuu . Aku ? Hurmmm .. tah laa .. setakat 6 tahun kawin ni , aku bincang ngan wife guna cara mudah .. memandangkan tinggal di KL , orang tua aku pon di KL maka , berpuasa di sini dan beraya di Kelantan .. Yelah , kalau nak balik sana pon untuk berpuasa , bukan dekat .. Tapi kalau nak balik gak , boleh jer .. kena naik kapal terbang. Aku tak boleh memandu dikala berpuasa.. Sangat mengantuk .. Merbahaya okeh ! Dah tua la katakan .. hehe ..

Korang korang yang nak kawin nanti ni , harap harap bawa berbincang la dulu .. Kalau kena laki tu hati kering atau perempuan tu degil semacam jer .. Kalau aku la kan.. aku la kan .. hehe .. cari jer lain ! Apa giler nak buang mak ayah hanya kerana orang lain ! Huh , tak relaaa ai okeh !

Gunakan akal sebelum melakukannya !

 

Jurulatih anjing: Saya tidak hina Islam

Video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya yg diupload 3  tahun lepas , akhirnya berjaya mencapai box office ! Sayangnya , hadiah iringan ialah kena tidur lokap .. hehehe.. Apa pon tak boleh eh ?

Walaupun isu ni dah panas sejak dua tiga hari lepas , bagi aku insiden begini tak sepatutnya berlaku apatah lagi yang melakukannya ialah orang yang beragama Islam sendiri !

Mungkin niat dia baik tapi caranya tak betul .. Sangat sangat menghina .. Dengan menggunakan Takbir Raya sebagai lagu latar awalan , mmg sangatlah tak boleh diterima pakai ! Babak seterusnya , mmg mengundang malapetaka sungguh ..

Bulan ni saja dah ada dua isu menghina agama dilaporkan dan kedua duanya dah diambil tindakan oleh pihak berwajib .Baguslah .. Jangan kira apa sekali pun bangsanya , agamanya .. salah tetap salah ..

Semoga apa yang berlaku , menjadi iktibar pada kita semua .. Sayangnya , masih ada yang nak buat walaupun salah .. Janganlah cari pasal .. Dari takde keje tu , baik gi masuk blog Mat Gebu dan cari resepi buat biskut raya .. Buat pastu gi jual ..Dapat gak duit kan ? Dari dapat dosa .. kan kan kan ?

Simple tapi sodap koo !!

Sahur yg simple tapi jauh lebih sedap dari berbuka di Sushi King  , semalam !! Ikan bilis tempoyak , telur goreng setengah masak dan nasi panas .. cukup menyelerakan hinggakan buat kali pertama aku tambah 2 kali untuk bersahur .. hehehe ..

Kalau tidur pas makan sahur ni , sahih tuang terus subuh ... huhu.. Nasib baik sahur hujung waktu .. maka , tunggu terus subuh ..

Terima kasih pada yg buatkan sahur utk aku ini .. heee.. sudah semestinya isteri tercinta la kaannn.. Auwww , mengada la u nii.. Dia mmg pemalu orangnya .. hahaha ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Dikala kita menanti Aidilfitri ..

 

-entri terbaru dibawah entri ini-

 

Bantuan anda diperlukan .. Samada nak menyumbang , berdoa atau war-warkan .. Terpulang pada anda .. Ingat akhirat.. Kebaikkan sebesar bijik sawi pun akan ditimbang Allah nanti ..

 

Dari page Kasih Suci Insaniah..

“ As Salam sahabat semua...


Salam Ramadhan....di hari Jumaat pnuh barakah..


DOA & HATI BUAT MUHAMMAD SYAKIR AMSYAR

Semalam, 01/08/2013...admin menerima perkabaran dari ibu kepada Adik Muhammad Syakir Amsyar, anak kecil yang menghidapi penyakit BENGKAK HATI yang menyatakan keadaan adik syakir semakin kurang baik...

Dilampirkan adalah gambar terbaru adik syakir kiriman ibunya semalam...Perut Adik syakir semakin membesar saiznya dan semakin tegang...Keadaan ini telah mengundang ketidakselesaan buat adik syakir dan menyebabkannya semakin kerap menangis menahan kesakitan dan sukar untuk tidur...

Justeru itu, dengan rasa rendah diri, kami di KSI merayu kepada semua sahabat untuk MENDOAKAN KESIHATAN ADIK SYAKIR agar dikurangkan kesakitan yang ditanggung olehnya...dan jika ada PENDERMA HATI yang sudi mendermakan HATInya buat syakir untuk memaklumkan kepada admin KSI ataupun terus menghubungi keluarga adik syakir..

PENDERMA HATI BERDARAH AB sahaja sesuai untuk adik Syakir..
Smoga doa2 kte semua di bulan yang mulia ini di perkenankan olehNya dan Adik Syakir menemui penderma hati yang sesuai untuk terus hidup sehat disamping keluarga tersayang...
Aamin...Inn Syaa Allah


Terima kasih atas semua doa dan sokongan sahabat semua...Smoga Allah memberikan RahmatNya kepada kita semua...Aamin..


Sebarang maklumat boleh berhubung secara terus dengan keluarga Adik Syakir:

Ibu Adik Syakir : Hafezaz bt Zakaria ( HP : 013 - 961 1876)
Ayah Adik Syakir : Azrolhisham Bin Abdullah (HP : 019 - 975 9410) “.

 

Ramai lagi yang memerlukan bantuan kita semua .. Apakah kita sekadar nak jadi pemerhati saja ? Sekurangnya lafazkanlah doa buat mereka .. Cuba tengok di SINI .. berapa ramai lagi yang memerlukan bantuan kita ..

Semoga Allah berkati anda semua ..

Akhirnya , blogger KakiSembang diperangkap !

 

Sebelum Ramadhan berakhir,  teringin aku menjamah sushi yang sodap sodap ni kat Sushi King .. Saja nak rasa sushi di bulan Ramadhan .. Untuk bulan bulan lain , akan rasa gak tapi feel dia lain woooo .. hehehehe

Qhaliff , hanya makan nasinya saja ..  nak gak kasi wasabi tapi risau mak dia kasi aku tendangan tanpa bayang kat aku nanti ! Hahahahha .. Giler ke apa nak kasi anak makan cili .. mau gak aku tidur dalam penjara sepanjang usia emas aku ni .. huhu ..

Makan besar ni ditaja oleh diri sendiri , bersama sama sahabat-sahabat blogger yang dah serupa macam adik beradik mmg kecoh skit la .. Apatah lagi blogger kakisembang.com dipernaya oleh aku ! Hahahha ..

Apakah ? Dia tak pernah makan sushi jadi aku tunjukanlah dia makan sushi tu dengan mencicah sekali wasabi tu banyak banyak. Dia perati je aku makan bagi memastikan apa yang aku ‘suruh’ tu bukanlah satu penipuan ! Hahahaha …

Dia pon amik satu dan gaulkan dengan wasabi . Aku tunggu masa je nak gelak .. Hahahahah .. Dan akhirnya aku gelak ! Hahahaha .. Terus dia order air ! Dah la tu , dia order teh o ais lak kat Sushi King ..

“ Bang , teh o ais takde  kat sini  “ , jawab waiter tu .. Hahahaha .. Sadis sungguh laaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Biskut dan kek raya dari En.Mat Gebu !

 

Rajin abe Mat Gebu @ www.tiffinbiru.com  kita ni post kuih raya untuk Qhaliff . hahaha .. Bukan untuk aku .. huhu .. tapi anak buah kesayangan dia tu haaa .. aku tumpang bedal jer ..

Walaupun untuk Qhaliff , Qhaliff cuma boleh amik bau jer ! Hehehe.. Boleh la kasi rasa skit jer. Budak budak kutip duit raya jer.. Daddy tolong makan aja .. hehehe..

Terima kasih Mat .. semoga Allah berkati anda sekeluarga .. Makan timeee ! Eh , waktu aku tulis ni .. masih dalam waktu sahur yer walaupun wife dok tidur lagi .. hahahaha .. Syyyy , diam diammm ..

Chef Qhaliff !!

 

Tau apa dia buat ? Dia amik dua pasang chopstik tu .. dia buat ala ala style memasak !! Bersungguh sungguh macam meja tu ,kuali !! Rasanya dia selalu tengok mak dia masak gitu kot ? Nak kata aku tengok rancangan masakan , bohonglah .. Mana mungkin aku tgk di bulan Ramadhan ni .. huhu …

Bertempat di Sushi King , Alamanda .. semalam , dia menunjukkan bakat dia di depan semua orang ! Berpeluh jap aku dengan perangai dia .. Abis semua menda atas meja dia nak amik termasuk wasabi ! Tak tau la camana gamaknya muka dia kalau terjilat wasabi tu memandangkan dia suka sangat merasa menda yang dapat dia capai ! Hahahah …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI