Ahad, 4 Ogos 2013

Sedap sangat ke kek Lapis Puteri ni ?

 

Photo: Tq cik Tasya ..

Akhirnya kek lapis yang disponsor Cik Tasya dari Kemaman , sampai dah .. Sebenarnya dah sampai kelmarin .. Cuma mak aku belum pass lagi kek tu kat aku .. heheh 

Hari ni baru aku berkesempatan nak tengok sendiri kek lapis yang hangat di pasaran FB ni .. hehhe.. Makan lom lagi sbb aku puasa .. Lepas puasa pon payah gak sebab terlalu kenyang .

Sejam kemudian ..

Dah dapat kek dari mak aku sbb diorang balik umah aku untuk berbuka ramai ramai ..Hehehe .. Ok ok , bab kek lapis .. kalau nak order , sila pm Cik Tasya  kat FB .. Jangan PM aku sbb aku bukan PM .. heheh …

Tunggu daddy balik ..

 

Nak cakap , “ Nak itotttt.. “, tak reti lagi .. Caranya , mogok tak nak tidur ! Hahaha .. jenuh wife layan dia hingga tengahari , semalam .. Kul 12 tengahari baru dapat tidur dia.. tapi cuma sejam jer . pastu bangun balik .. Kebetulan aku balik .. kembali ceria diaa.. hahaha ..

Jeles la tu mak diaa .. lalalalla … Nanti malam kita gi main bola lagi kat Presint 2 tu ehh ..

Anak pengasas Vida Beauty mati dalam kebakaran !

 

Terkejut aku bila rakan di Fb bagitau mengenai berita ni ..

image

Aku google dan .. inilah hasilnya  ..

Kejadian yang berlaku di Ipoh ini mengorbankan tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty . Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Sumber dari Utusan  Malaysia ..

Sapa pengasas Vida Beauty ni ? Aku tak pernah dengar pon mengenai produk ni.. Sat google ..

Hurmm… Kasihan.. Lagi beberapa hari je nak Aidilfitri. Dugaan dari Allah .. Semoga tabah menghadapinya .. Semoga Allah mencucuri rahmat buat mereka yang terkorban. Al-Fatehah buat mereka ..

Punca kebakaran tak dinyatakan tapi ada ‘bijak pandai’  setelah digoogle , kata sbb mercun.. Wallahualam ..

Shopping dan bermain bola sepak !

 

Korang dah gi abiskan duit dengan cara bijak berbelanja ? Haaa .. aku baru gi jap tadi .. Perghh .. Serius murah murah jugak la barang yang dijual kat sana ..

Bermula dari pakaian budak hinggalah ke bapak punya bapak budak budak punya ada , okeh !!  Dari takde size hinggalah ke size XXXXXXXXL .. tujuh kali punya XL size pon ada dijual.. silalah datang ke sini ..

Photo

Er , sini tu mana ? Korang tau Mahkamah Keadilan Purajaya tu ? Depan tu kan ada padang lapang .. Haa.. korang akan dengar suara orang bising bising dan juga muzik .. Gi la hala ke arah tu.. Dalam bangunan tu la yang menjual segala mak bapak pakaian dengan harga yang kautim punyalaah .

Jadi tadi kat sana beli baju seluar Qhaliff.. Aku lak beli seluar poket yang bawah lutut punya .. hehheee .. RM20 je tuuuh ! Pastu kat sana ada jugak jual pelbagai jenis beg. Begitu juga ada pakaian lelaki dan wanita. Budak laki dan budak perempuan .. hehehe .

Dalam tu , Qhaliff menunjukkan bakat kepada semua orang iaitu berlari sambil menjerit ! Arghhhhh … Maknanya , dalam tu selesa la nak bawak budak budak sekali ..

Dalam kul 11 lebih malam aku ajak wife keluar. Nak bawak Qhaliff bermain bola  ..

Seperti biasa , tujuan aku bawak Qhaliff ke situ agar dia penat bermain dan tidur sejurus masuk ke dalam kereta . Saja kasi dia aktif .. Dan benar , dia sangat sangat letih .. hahaha ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI