Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 5 Ogos 2013

Manja atau mengada-ngada ?

 

Photo

 

Sejak dua menjak ni , dia semakin tak nak dengan orang . Walhal dulu , pantang nampak orang .. senyum molek diaa haaa .. Sekarang ni , mesti nak lari ..

Gunting rambut ? Ni kali sejak berkali kali dia gunting rambut , dia menangis .. real punya menangis ! Serupa awek cun giler yang tinggalkan dia ! Huh .. Malu la daddy .. huhu ..

Bila dah nangis , rambut yang sempat digunting .. cumalah bahagian bahagian tertentu jer .. Hurmmm ..  Bayar sama gak harganya walaupun gunting tak sampai 5 minit .. nangis lebih 5 minit. Bila orang tu berenti gunting , dia diam.. Dia gunting balik , Qhaliff nangis semula .. hahaha ..

Akhirnya .. rambut serupa macam .. hurmm … tetap hensem gak la untuk raya ni .. huhu ..

Tips untuk menjimatkan duit raya !

 

Photo

Amacam ? Ada berani ? Kalau dipraktikkan , agaknya berapa ramai budak budak akan memboikot anda sebagai pakcik mereka yang paling cool satu tika dulu , sekarang ni dah kedekut ! Hahahah..

Aku tak kisah laaa.. skang ni kena berjimat cermat . Tak leh kasi budak budak pegang duit banyak ! Nanti diorang plan nak kawin jer guna duit raya tu.. Huh …

20 sen cukup ! Banyak bunyi , suruh diorang kasi 20 sen kat kita dengan hasil titik peluh mereka sendiri ! Huh … baru tau .. ingat senang nak dapat 20 sen ?

Nak duit raya , sila celup jari !

Tak perlu bayar saman AES katanya ..

 

Berkobar-kobar aku membacanya apatah lagi baru-baru ni Menteri Pengangkutan ( Mangku ) ada bagtau yang AES akan dikaji semula penggunaannya ..

Tiba-tiba hari ni dapat laaa msg berantai di Whatsapp ..

Untuk makluman.

Sistem AES dan juga Speed trap Polis tidak akan dilaksanakan dinegara ini. Keputusan ini dibuat oleh kerana pihak kerajaan telah menerima pelbagai rintihan rakyat berkaitan perkara tersebut.
Dasar kerajaan yang menitik beratkan pandangan dan keluhan rakyat maka sistem AES dan juga speed trap polis tidak akan sama sekali dilaksanakan di negara ini
. “

 

Betapa gembiranya akuuu .. Bonus dari kerajaan BN ni .. Kena sebut BN wehhh .. Mahal tuuuu .. hehehe .. Ok , aku teruskan bacaannya ..

 

Tegas Perdana Menteri lagi. Bagi menangani kes kemalangan pihak kerajaan akan mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dan memenuhi kehendak dan persetujuan rakyat.

Situasi win win di antara kerajaan dan rakyat sememangnya menjadi harapan kerajaan dan tidak sesekali kerajaan akan mengetepikan rakyat dlm membuat sesuatu keputusan yang turut memberi kesan kepada rakyat. “

Ada macam sesuatu yang tak kena je pada ayat-ayat ni .. Mai dari mana kenyataan ni sbbnya tak mungkin ini kenyataan rasmi ni .. Dan aku teruskan lagi bacaan ..

 

Oleh itu biarlah sistem AES dilaksanakan dinegara lain tetapi tidak dinegara ini. Kata Perdana Menteri Pasir Berdengung semasa merasmikan kenderaan tentera berkuda. “.

 

Tau daaahhh .. Jangan mimpilaaa wehhh depa nak batalkan AES tuuu .. Berapa ramai dah kena wooo .. rugi la tak kutip kan ? Lagi pon awal sangat nak batalkan . Tunggu hujung penggal pemerintahan la baru nak kaji semula .. Hehehe.. Jangan marah aaa..

Rakyat didahulukan ? Yolah .. den terima jer laaa.. Mampu doa je ..

Tak boleh ajar !

 

 

Aku riba dia .. Enjin kereta , dihidupkan. Aku mengundurkan kereta . Qhaliff masih atas ribaan aku . Senyap . Suka. Sandarkan kepala dia di dada aku .. Amboi..Amik port nampak !

Maaf la sayang .. Gi duduk ngan ibu kat belakang ! Tak boleh ajar woooo .. Nanti tamo dah dia nak duduk kat belakang .. Lagi pon bahaya buat gitu …

Hurmmm.. Tapi pelik , ada jugak ibu bapa tak kisah eh ?

Kanak-kanak hilang #FINDAISYAH

 

Mula-mula aku dapat gambar ni , aku cam .. hurm.. betul ke ni ? Aku google dan cari jawapannya ..

Ok , mmg ada .. aku upload ke FB . Hurmm .. Ada kawan komen kata yang amik budak tu , bapak dia sendiri ! Lor  … Baru plan nak update di blog .. 

Tapi pada masa sama ada kata tak ! Pulak.. aku jadi keliru gitu.. Eceh .. Confuse la bak kata orang kampung .. Jadi , aku cari la jawapannya .. Dan ..

Ok .. mmg betullahh .. Tapi camana leh dapat details lelaki yang culik tu ? Siap no ic dan alamat bagai ?

Melalui komen yang aku baca di page page atau fb mana tah , lelaki WANTED tu adalah penjenayah yang dikehendaki .. Diorang kata laa ..aku tak tau la betul ke tak .. Alamat rumah tu pulak , alamat rumah orang lain .. Haa.. Tah laaa.. Kalau salah , tolong betulkan yer ..

Harapnya pihak berwajib dapat bagi kenyataan dalam masa terdekat sebelum macam macam khabar angin tersebar .. Semoga adik Aisyah segera ditemui ..

 

** Terkini …

 

Apa patut buat bila isteri membebel ?

 

Photo

Buat tak tau je la.. Bersyukurlah ada isteri dari takde kan ? Haaa..Biar je la.. Nanti bila dah takde orang bebel , rindu pulak kan ? Haaa.. Bawak bawak bersyukur ..

Tapi kalau suami lak membebel ? Camana tu ?

Menjelang Aidilfitri sana sini ..

 

Al-Fatihah buat Rosnah Md. Nor .. Baru aku tahu dia meninggal semalam .. Tak sempat nak baca news online  pon ..

Rosnah Mohd Noor

Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang semalam berpunca dari pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.

Manakala di Kota Bharu , Kelantan pulak … menurut laporan Harian Metro , kesesakkan dah bermula di sana .. Huhuh.. Camana laaaa aku nak gi beraya rumah kengkawan bila kat sana nanti eh ? Adehhh

Foto Menarik

Di KL , seperti biasa Jalan TAR confirm jadi tumpuan ramai .. Aku belum lagi gi sana .. Tak sanggup lagi rasanya nak meredah umat manusia yang dah berhimpun di sana di saat saat akhir Ramadhan ni .. Camana la nanti kat padang Masyar kan ?

Foto Menarik

Aku , cadang balik Kelantan ikut Terengganu ..selasa ni lepas berbuka .. InshaAllah … Harap segala perjalanan dipermudahkan Allah ..

Pengsan Qhaliff !

 

Bukan dia je.. aku ngan sekali pengsan malam tadi gara-gara jadi tuan rumah untuk famili aku berbuka puasa .. Huhuh.. Baru tiga keluarga .. Kalau mai abang aku punya keluarga , perghhh.. tak tau laaa.. Riuh rendah dengan budak budak ..

 

Sepupu Qhaliff yang ada semalam , 5 orang. Semua dalam usia lingkungan 9 bulan ke 5 tahun .. Haaa.. bayangkan la si Qhaliff jadi camana .. Berpusing pusing dia main .. mengekek ngekek ketawa .. Last last tak nak dah main .. Asyik nak bekepit ngan aku ..

Time tidur , tamo tidur lagi tu.. Sibuk nak main ngan aku .. Aku tak larat dah sbb malam sebelum tu aku cuma tidur beberapa jam jer.. Memang tak cukup tidur langsung .. huhuu.. Bila dah dapat tidur , sedar sedar dah masuk waktu sahur .. heheheh ..

Dan Qhaliff masih lagi berdengkur ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI