Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 6 Ogos 2013

Benjol lagi ..

Haihhh.. tak tau nak kata apa dahh .. dlm dia duduk ngan mak dia , bangun .. tersungkur dek tersadung beg .. nak kata apa dah ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kecil tapi besar ! #PositivelyMalaysia

 

Sejak bergelar pengguna laman sosial tegar ( Facebook , Twitter , Instagram , blog )  ni , banyak dah perkara yang aku rasa sukar satu ketika dulu , aku dah mudah melakukannya. Membuat kebajikan dengan cara paling mudah tapi berkesan !

Apakah itu ? Seringkali aku ternampak rakan rakan memuatnaikan status ‘sumbangan diperlukan’ , ' untuk membantu individu mahupun badan badan kebajikan .. Kalau tak mampu memberikan sumbangan , klik saja butang SHARE dan mintak rakan-rakan lain kongsikan sama di timeline mereka !

Atau paling tidak pon tweetkan saja mengenai sumbangan itu ! Sapa tahu kan , walaupun ianya nampak kecil tapi besar pada orang yang lain. Bayangkan dengan rakan yang kita ada ramai tu di FB , terbaca mengenai kutipan sumbangan itu lalu dia berminat untuk menyumbangnya walau sedikit . Itu baru seorang  dari 5 ribu rakan kita .. Kalau dapat la 10 orang kongsikan di timeline mereka , berapa ramai dah yang berminat nak menderma ? Kan mudah itu ? Kecil tapi besar , sebenarnya !

image

Aku dah lakukan banyak kali dan rasa sungguh tenang sekali bila dapat berbuat begitu. Seronok dapat membantu orang ni ! Yelah , kita membantu orang lain ni  , macam macam cara ada kan ? Serius , ianya amat berbaloi.

image

Cuba korang kongsikan pengalaman korang dalam melakukan sesuatu yang positif yang mana ianya sedikit sebanyak memberikan impak positif pada orang lain ..

Tak kira la dengan ceritakan di Facebook atau blog, kemudian letakkan tanda hashtag #PositivelyMalaysia serta lokasi anda seperti #Selangor atau #kualalumpur agar rakan rakan lain dapat semangat untuk melakukan sesuatu yang positf seterusnya berjaya membina masyarakat yang lebih bersifat penyayang dan bersemangat positif !

Setiap perkongsian anda ( #PositivelyMalaysia + #(lokasi anda))  akan  dimuatnaikkan di www.malaysia.my/positivelymalaysia .

Mari kita sama sama wujudkan persekitaran yang lebih positif mulai sekarang ..

Memandu sambil tidur atau tidur sambil memandu ?

 

Ok .. sangat menakutkan aku tapi berkali terjadi terutama sebelah tengahari dan petang .. Memandu dalam keadaan panas , sememangnya amat meletihkan mata . Bukan nak sangat tidur tapi mata dah terlalu letih ..

Semalam , kawan aku cerita. Dia dalam perjalanan ke pulang ke kampung , sekeluarga . Nyaris kereta mpv yang dipandunya terbabas gara gara tertidur ! Siap terlepas tangan lagi ! Hurmmm .. Sangat merbahaya ..

Mengantuk , sila berenti .. Memang la.. Tapi nak berenti kat mana kalau RnR jauh lagi  ? Kalau memandu di kawasan kampung tak pe la gak .. Ni kalau highway cam utara selatan tu , camana ? RnR dah la senantiasa penuh . Sangat merbahaya wooo ..

Peranan co-pilot .. Biasanya co pilot akan bantai tidur bila memandu jauh ni. Pilot pastinya nak teman bicara. Kalau duduk diam gitu je ,perghh.. mmg mengantuk wehh .. apatah lagi bulan puasa ni ..

Ok , aku ada jumpa 19 tips untuk elakkan mengantuk ketika memandu. Aku rasa ada beberapa info terbaru yang aku temui dan berguna untuk aku memandu malam ni .. hehehe ..

Sila rujuk SINI untuk ke tips tersebut .. Nasihat , kalau mengantuk tu .. berenti tidur la kejap. Biar lambat asalkan sampai ..

Kereta ku tercalar , hati ku begitu jua ..

 

Berlaku sewaktu aku sedang mengundurkan kereta baru aku tu keluar dari halaman rumah .. Qhaliff berada dipangkuan aku..

Tiba-tiba angin bertiup kencang .. Pintu pagar yang terbentang luas ditolak masuk kembali tapi .. terkena pada badan kereta dan tersekat..

Aku mengeluh .. Geram sbb tak mampu buat apa apa.. Kang aku letak Qhaliff dan bukak pintu lalu gi berlari untuk menahan pagar tu , Qhaliff sendirian dalam kereta dengan enjin kereta dihidupkan ! Amat merbahaya !!

Aku pandang wife .. Aku suruh dia gi tengok dan tolak kembali pintu pagar tu.. Dia pandang aku .. Bibirnya bergerak mengatakan sesuatu ..

Aku istighfar .. Aku kata .. “ Dunia , dunia .. duniaaa semata mata .. “ ..

Aku redha dan Alhamdulillah .. hati aku tak sakit langsung. Kalau sebelum ni confirm aku akan marah marah dan geram bila mengenangkan kejadian tu .. Maklumlah , kereta baru .. huhuhu ..

Aku pujuk hati.. Nanti ada duit lebih , polish je la balik .. Kereta je pon .. bukan bawak masuk kubur ..

 
 
 
Published with Blogger-droid v2.0.10

Semakin liat !

 

Bila nak tidur , punya la susah .. Dah dapat tidur , liat pulak nak bangun ..

Nak tidurkan dia .. pelbagai cara buat . Tamo dah kasi Upin Ipin sebelum tidur .. Maka aku bukaklah flash card Alif Ba Ta kat dia .. Suruh wife layan dia .. Habiskan masa dengan dia laa .. heheh ..

Tak sampai 5 minit , tidur ! Hahahahha.. rosakkkkkkkkk !!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI