Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 11 Ogos 2013

Ustaz Dr. Zaharuddin nikah lagi ?

 

Sapa tak kenal beliau kan  ? Heheeh .. Hehehe.. alhamdulillah .. Tahniahhh .. Apa salahnya kalau mampu kannn .. Halal gitu ..

Wow . isteri beliau yang carikan untuknya .. Bertuah sungguh laaa .. Para isteri patut contohi ni ..

Ok ok .. aku tau dah jawapan para isteri ! Para suami patut contohi Dr.Zaharuddin dari segi bab agama .. kan ? Haa.. tau dah ..

Ok , tanya balik ni .. Kalau dapat contohi , leh la tambah cawangan lagi eh ? Hahahahhaha ..

Lariiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkk .. Eh , semoga berkekalan hingga ke syurgaaa .. Aminn .. Weee…..

Dulu dan sekarang ..

 

Lama laaa nak tunggu Qhaliff besar ! Hahahah ..

Tak lama aihh.. kan dah leh main sama sama ! Hehehe.. Sekejap je masa berlalu ..

 

 

Skang , dah main sama samaaaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Apakah pilihan yang aku ada ?

 

image

Mengambil kesempatan sungguh laaaaaaaa... Grrrrr.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ular dan katak di sebalik lemang ?

 

Aku dengar memula dari wife aku . Serius aku tak percaya ! Walaupun ada gambar , aku tetap tidak ingin mempercayainya ! Zaman ini , zaman fitnah .. mudah sangat fitnah dibuat ..

Dua cerita ni , katak dan ular .. korang boleh membacanya di SINI .. aku malas nak copy paste atau nak ulas lagi .. kawan blogger tu dah ulas cantik dah .. hehehe ..

Cuma , sangatlah kesian jika semua ini satu fitnah yang mampu merosakkan perniagaan orang melayu sendiri ! Sampai bila kita asyik nak hidup dengan perangai begini ?

Dunia dah semakin sampai ke penghujung. Kita hidup seolah olah abadi selamanya . Terlupa yg malaikat maut senantiasa mengunjungi kita .. Hanya tunggu masa …

Terus mengkritik pasukan bolasepak negara !

 

Bila kita kritik , maka orang kata .. “ Cuba kau yang pergi main ? “.

ika begitu katanya , jawab aku mudah … kalau begitu baik aku  cuba jadi angkasawan jer ! Seperti seorang ayah marahkan anaknya yang gagal dalam ujian . Jawab anaknnya ,

“ Cuba ayah yang gi jawab kertas ujian tuuu .. ingat senang ke ? “ .

“ Yang ayah antar kamu gi sekolah , gi tuisyen ..beli buku tambahan tu buat apa ? “.

Mengkritik mmg mudah berbanding mereka yang dikritik tapi kena la ingat bahawa pencapaian yang dicapai kebanyakkannya dari kritikan ..bukan pujian !

Ada kawan tanya aku kenapa aku kritik sangat pasukan bolasepak negara . ”  Bersyukurlah ! “ . Katanya.
Jawab aku ,  “Dulu kita sorak pemandu luar dlm sukan motor , sekarang kita ada dah pemandu bertaraf dunia. Dulu kita kata ada dah pemain skuasy Pakistan dah jadi lagenda dlm sukan tu , sekarang kita pon ada dah ! Kita ada dah penerjun bertaraf dunia , pelumba basikal berkelas dunia tapi mengapa bolasepak semakin mundur ? “.
Jawab kawan tu ,  “ Bolasepak permainan dunia sbb tu kita sukar nak bersaing .. “ .
Aku kembali berkata padanya .. “Kita mudah berpuashati , terlalu byk alasan .. sampai bila bila kita takkan ke dpn. Kita taknak jadikan Jepun dan Korea sbg contoh terdekat ! “.
Balas kawan tu , mereka tu lain .. Mereka punya bla bla bla ..
Aku senyum .. Alasan lagi .. Lagi dan lagi dan lagi ...
Teringat kata kata ayah kawan aku .. Kalau kamu berada dikalangan murid murid yg pandai , tetapi tidak mengambil kesempatan utk turut sama menjadi pandai maka kamulah yg akan terus menjadi yg terlemah di kalangan mereka !
Jangan jadikan alasan tidak pandai utk terus tidak pandai ! “

 

Respectable showing by M'sia

 

Status aku di Facebook pagi ni .. Aku bukan apa .. Pasukan negara ni bukanlah pasukan budak sekolah rendah. Kita dah jumpa macam macam pasukan kelab mahupun negara ! Tapi bila kalah , alasan sama .. Dapat satu gol , dah kira beruntung ! Kena ingat dalam bolasepak cuma ada JUARA jer .. tak kira la berapa banyak gol , cantik atau tidak tapi apa yang menjadi keutamaan ialah pencapaian .

Apakah pencapaian kita sewaktu menentang pasukan Barcelona ?

Teringat coach kata kata jurulatih Piala Dunia Brazil yang berjaya membawa Brazil menjuarai piala berprestij tu .. Yang penting menang ! Bukan gaya atau mutu .. Itu bukan masanya nak pamerkan mutu dan gaya tapi pencapaian ! Mereka akan dikenang kerana menjuarainya bukan kerana mutu atau gaya !

Sampai bila aku nak kata … Ok la tuu.. Janji ada gol ! Baik buka jawatan “ SUKARELAWAN BOLASEPAK DIKEHENDAKI . TIADA GAJI DAN ELAUN. ASALKAN TAU JARINGKAN GOL !” .

Duit dok keluar.. Hasil tak bergerak mana pon .. Peliknya , kita mempunyai bakat bakat kecil yang cukup bagus .. Dilatih dari kecil , dihantar bermain di luar .. tapi kenapa masih gini gak ?

Jawapannya ada dah .. cuma tak leh nak buat apa apa ..  Petang ni layan Lee Chong Wei .. Kalah atau menang , dah cukup membanggakan .. Di usianya begitu , dia terus mencipta kejayaan untuk menyejukkan hati rakyat Malaysia yang panas hati tengok sukan bolasepak negara yang indah khabar dari rupa !

Anak aku besar dah !

 

Dah semakin ligat main . Kalau partner dia takde , resah gelisah .. Berkepit je ngan aku ..

Kalau ada , seronok sungguh dia .. Tak nampak dah aku .. Terus dilupainya akuuu ini ! Huwaaaa .. ni yang nak proses hok no 2 ni .. hahahah .. Dah tiba masanya kot .. Qhaliff pon dah besar.. dah leh jadi abang ..

Tapi kan , bila ada partner dia tu mai kat aku , tau pulak dia tolak ! Sejak bila belajar cemburu ni ?? Hahahaha .. adehhh .. Kening pon dah nampak bersambung dah niiiii …

Orang berkening lebat bersambung ni , mmg kuat cemburu eh ? Esok gak nak gi design kening !

WAZE : Waste my time betui lah !!

 

Kali pertama aku guna aplikasi Waze ari tu , mmg rasa berbaloi sangatlah ! Sangat sangatlah sebab ada info terkini mengenai kesesakkan lalu lintas dan juga kemalangan.. Sambil sambil tu leh baca pemandu merungut dalam tu .. kiranya ada ruangan chat la ..

Hari ni , aku nak ke Pengkalan Chepa dari Panji .. Serius , sangat dekat sebenarnya tapi aku tak tau jalan .. Gunalah WAZE ! Elok elok 10 minit je perjalanan , terus jadi berjam lamanya ! Waste my time laaaah !

Aku tak kata aplikasi ni tak bagus.. Bagus sgt tapi masalahnya ialah ianya masih guna internet untuk memberitahu info dan juga gunakan Gps .. kalau takde internet , camana ? Masalah wehhhh … Kena dah tadi ..

Mungkin salah aku laa sbb tak reti nak guna sangat .. Disebabkan masalah gini laa , aku lebih rela guna Sygic jer atau , tanya je la kat orang ramai .. Kecuali ! Bila malam malam , aku akan guna gps untuk lihat laluan depan aku ..terutama bila berkabus .. hehehee .. Kena dah aku sekali ! Tu yang tau untung guna gps ni ..

Oh ya .. akhirnya aku patah balik ke Kok Lanas .. tak larat dah nak harung jalan jammed ditambah lagi dengan salah jalan !

Jam Rado Diastar : Original atau Replika ?

 

Aku antara jutaan peminat jam Rado .. Kali pertama aku dengar jenama Rado ni , dalam tv .. Rasanya masa tu aku masih lagi belajar .. kira kira 20 tahun lepas ..

Harga ? Aku tak tau lagi sehinggalah aku cecahkan kaki ke Star Hill . Kat sana bersepah butik jam berjenama .. Harganya mmg membuatkan aku ternganga .. Tak terlangkah kaki masuk untuk melihat jam jam lain di dalam tu.. Yang aku tgk tu pon , yang terpamer untuk tontonan orang lalu lalang ..

 

Sejak tu aku jatuh cinta dengan Rado . Apatah lagi ianya buatan Swiss yang cukup terkenal dah ..

Kelmarin , ada sorang kenalan aku bagitau yang ayahnya beli jam Rado Diastar .. RM3 ribu katanya. Kat butik jam .. Ikutkan , harganya ialah RM4 ribu tapi bagi diskaun .. Huh ! Rado ? Diskaun ? 3K ? Biar betik .. Untunglaaaa …

Tengahari tu , aku gi solat Jumaat .. Depan aku ni ada sorang pakcik .. Dia pakai jam sebijik macam kenalan aku punya bapak pakai ! Huk alohhhh .. Sebijik weh ! Pakcik tu , aku tengok macam nelayan je pon .. Pakai jam beribu ringgit ? Biar betul ni ??

Petang tu , aku gi jamuan raya rumah mak sedara wife aku .. Kawan aku pon ada gak .. Dia datang.. Dia pakai jam Rado Diastar tu jugak ! Wehhh .. ramainyaaa orang kaya dalam Malaysia ni ! Camana aku leh tercicir tak tergolong diantara mereka ni ???

Tadi aku google untuk cari info mengenai jam ni .. Dan aku baru tau , bersepah jam Rado atau jam jam sewaktu dengannya yang berstatus ‘replika’ ! Tapi bergred tinggi laa ..

Tapi masalahnya ialah ada penjual tak bagitau apa maksudnya REPLIKA tu .. Yelah , original Rado , harganya leh dapat superbike sebijik ok !

Teringat yang ayah aku pon pernah kena kencing gak .. Beli Raymond Weil bertahtakan  berlian .. Harga RM100 ! Siap mat pet tu kata dia jumpa jam tu ! Adehhh … sian ayah gue tu..

Hati hati la yer bila ‘main’ ngan jam berjenama ni .. Lainlah mmg nak beli jam replika sbb dah tak mampu nak beli hok mahal tu..

Cantik jam bawah ni kan ? Perghh.. kalau ada replika , aku pon nakkk !

Google la untuk cari isu isu jam Rado ni .. confirm jumpa ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI