Khamis, 15 Ogos 2013

Cendol Bakar serupa Burger Bakar ?

 

Dalam perjalanan pulang dari Puchong ke Bandar Basu Salak Tinggi .. Singgah sat beli lemang .. Hehehe.. Suruh dia kopek dan potong kat situ gak .. Mana laaa tau kot kot ada katak atau ular dalam tu ! Mau pengsan aku nanti ! Hahaha .. Aparaaa punya imaginasi !

Ok .. Lepas beli , tak sampai 50 meter , ternampak baik punya pintu gerbang niii ! Dok selalu sangat dengar tapi lom berkesempatan ! Terus parking kereta kat bahu jalan ..

Aku amik gambar sekeping dua dan upload ke Facebook .. Saja kasi kawan kawan terliur  ! Hahahah .. berdosa aku .. Maafkan aku yer … huhu ..

Pastu , gi laaa ke kedai tuuu .. Pelik .. Takde pulak orang buat cendol ! Tanya la kat satu akak yang keje di situ ..

“ Cendol tak de ke ari ni ? “ ..

Dia kata esok baru ada ! Waaa… Frusstttt … Patah balik ke kereta .. Di dalam kereta , aku bukak Facebook sblm hidupkan kereta .. Dan bersepah dah komen ! Hahahah .. Dan , aku tergaru garu kepala ..

image

Betul ke cendol tu cendol bakar yang unik buatannya atau tokeynya nama Bakar ? Huk alohhhh …

Kutipan filem hambar sebab raya ?

 

Perghhhhh.. Lemak Kampung Santan cuma dapat RM100 ribu je ? yeke ??? Aku tak pernah dengar pon cerita ni .. Walaubagaimana pun , tajuknya saja buat aku tidak langsung teruja utk membaca kisah apakah yg difilemkan mereka ..

Neelofa dan Hans sebagai daya penarik dalam filem ni ? Mampukah utk pikat pembaca ? Apakah yang membuatkan mereka rasa gabungan ni mampu buat filem ni pecah panggung ? Aiseymannn ..

Maaf cakap la yer .. Kena pijak dibumi yang nyata .. Kalau nak kata sebab raya , biasanya rayaaaaa la orang gi panggung sbb dapat bergaya dengan pakaian baju ! Hehehe … Kan kan ? Aku dulu gitu laaa .. Pastinya filem melayu la jadi sasaran ! Masih aku ingat lagi , Senario biasanya keluar masa raya .. hehehe ..

Kena buat post mortem balik .. Jangan salahkan ‘raya’ punca filem tak laku yer ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rizi Biz Shop : Antara blogshop yang berjaya !

 

Kali pertama aku kenal sahabat ni , 5 tahun dulu .. Dia adalah orang pertama yg mengiklankan perniagaan online di blog aku dan setia hingga hari ini ! Terima kasih !!

Baru baru ni , dia jemput aku untuk hadiri majlis perasmian kedainya yang pertama .. Terletak di Bandar Baru Bangi , kedai ni mmg jadi tumpuan ramai ! Bukak kedai dah tuuuuu !!! Sayangnya aku tak dapat pergi sbb ada hal skit ..

Dan buat kalu pertamanya , aku gi tadi ngan wife.. Kitorang pergi tu untuk beli Jeszlin Oil yang dikatakan bagus untuk bayi dan kanak kanak … Kalau tak sebab tu , aku pon tak tau la bila dapat singgah kedainya tu yang dah berjaya tu !

Tak caya aku kata dia dah berjaya ? Haaa … Cer baca komen kawan kawan di FB …

image

 

Sewaktu aku pergi tadi pon , ramai orang datang membeli. Aku kena tunggu clear skit baru leh tanya itu ini dan staff mereka sangat peramah ! Bagusss !!  Patut ramai datang .. Tu yang penting tuuu..

Apa produk yang ada dijual di sana ? Tu korang leh tengok kat sana … Harganya ? Jangan risau arr…  Ada diskaun .. Leh beli online juga selain terus gi ke kedainya nun di Bangi tu .. Sila rujuk http://rizi-biz.com/ untuk maklumat lanjut yer .. hehehe …

Apa yang aku beli ? Hehehehe ….

Photo

Untuk aku ada .. untuk wife ada .. Dan untuk Qhaliff pon ada ! Qhaliff , aku belikan dia air zam zam botol besar tu haa … Wife , dia beli .. produk wanita la cam serum anti gugur rambut dan beberapa produk lagi .. Hehehe ..

Aku ? tuuuu.. saja nak test baju tuu… nak tau berkesan ke tak .. hehehe .. Kalau berkesan , aku bagitau … Kalau tak berkesan , aku bagitau gakk . hahaha.. Jangan marah aa boss …

Salahkan mak pak dia dulu !

 

Photo 

Sapa suruh letak dalam ni ? Bila dah naik , tak nak turun dah ! Baru mengelabah !! Hahahah ..

Bila wanita jadi mangsa lelaki !

 

Photo

Kalau tak nak , pulangkan elok elok … Camana amik , camtu la pulangkan ! Ni kalau dah tak suka , siap kaki tangan semua naik .. pastu baru nak cerai ! Huk alohh ..

Dan mereka yang tak berkenaan , janganlah masuk campur .. Bukan apa , risau nanti tak pasal pasal ‘awak’ pulak merengkok dalam lokap .. Apa la sangat nak bagi puashati tu ?  Sama je kita dengan si dia yang tak berakal tu !

Guna akal …

Mesir Kini : Keadaan menyedihkan ..

 

Seperti biasa setiap pagi selepas solat Subuh , aku akan masuk ke page page yang berkaitan dengan Syria dan Mesir .. Terkejut aku ! Yelah , aku dah berhari tak tonton berita di tv .. Maklumlah , berita di tv ni .. banyak benar pusingnya .. Yang boleh tengok berita sukan jer .. Lain ? Kena fikir betul betul ..

Keadaan di Mesir sangat menyedihkan. Dari sumber page , katanya lebih 2 ribu rakyat Mesir mati dan lebih 10 ribu lagi cedera bila tentera melepaskan tembakan serta membakar khemah khemah mahupun hospital !

Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera.

- ( Jkkk Fan Club )

Astaghfirullah al a’zim. Ada juga video wanita berniqah ditembak ketika sedang amik video .. Bacul sungguh tentera Mesir ni ! Mayat pula  dibiarkan terbakar !

Photo: Firaun Mesir As Sisi mengganas!! Rakyat Mesir dibakar dan dibunuh!

Menurut sunber tak rasmi, hampir 2000 telah syuhada, dan hampir 10ribu cedera.

GT

Photo: A.A via Pilihanraya Mesir

Kelihatan beberapa orang yang sedang mencari mayat syuhada dari kalangan ahli keluarga masing - masing.

Photo: Jom qunut nazilah geng. Terkini Para Syuhada mesir Allahumma aamin... Kbt

Photo: AA via Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
[ Terkini Isu Semasa Mesir ]
Rabu | 14 Ogos 2013 | 10.40 pagi
Sekarang suasana di Medan Rabaah Adawiyyah. Keadaan sekitar Dataran Rabia'ah A'adawiah selepas diceroboh oleh regim al-Sisi sebentar tadi.
Liputan secara langsung di Raba'ah Al-Adawiyah kembali beroperasi. Pada waktu yang sama, penunjuk perasaan diancam gas pemedih mata.

Dari page Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

“ Hospital Medani tidak berhenti menghitung bilangan syuhada' dalam pembunuhan di Raba'ah, An-Nahdhah, Mustafa Mahmud dan lain-lain tempat. Demikian itu kepadatan terlalu banyak yang syahid tidak tiba ke hospital kerana disebabkan serangan ke atas bangunan hospital dan banyak jasad yang rentung.

Suasana di masjid Iman, Makram Abid berdekatan dengan Hadiqah Atfal. Hanya seblilangan kecil jenazah yang sempat dibawa lari dari Rabaah Adawiyyah. Manakala yang lain, tidak dapat diselamatkan dan dibiarkan oleh tentera terbakar di hospital Rabaah. “

Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Rabu | 14 Ogos 2013 | 08.42 malam

Keadaan terkini pentas utama dan Masjid di Dataran Rabaah Adawiyyah. Habis dijilat api. Kezaliman yang dilakukan oleh As- Sisi menyebabkan rakyat semakin marah.

Semoga Allah SWT menurunkan segala pertolongan untuk membantu tenteraNya demi mempertahankan Islam di bumi yang suci Mesir Darul Anbiya.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Rabu | 14 Ogos 2013 | 07.45 malam

Stesen minyak mobil yang berdekatan dengan Rabaah Adawiyyah terbakar.

Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah terkini mereka yang terbunuh dan syahid adalah seramai 2600 orang. Angka sebenar dan tepat sehingga kini belum dapat dipastikan.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Photo: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Rabu | 14 Ogos 2013 | 06.13 petang

Rakyat tidak pernah gentar dengan peluru. Suasana di bawah Jambatan 6 Oktober hadapan Nadi Sikkah. Mereka cuba untuk merempuh sekatan polis bagi memasuki semula dataran Rabaah Adawiyyah.

Tentera dan Polis membakar Hospital Medan Rabaah.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Aku tertanya gak .. Apa tindakan pentadbiran negara kita ? Dan terkini apa yang aku cuma baca di akhbar ialah ..

Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir ,supaya menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha ke arah penyelesaian damai

Perdana Menteri dalam posting terbaru dalam akaun Twitter dan Facebook akaunnya
juga meminta pihak berkuasa negara itu supaya jangan bertindak melulu.

"Kami risau dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir,"  katanya. “.

 

Tu je ? Hurmm .. Semoga Allah lindungi saudara kita di Mesir , Syira ..

Photo

Banyak sebenarnya .. haihh …

Telefon bimbit baru untuk ku …

 

Hurmmm .. Kali pertama nak guna Windows .. Dulu pernah guna gak.. Masa tu guna hp HTC HD2 ..

Mana lagi best ? Android atau Windows ni ? Nanti aku cerita eh.. Setakat ni , kamera dia mmg best ! Cantik dan clear !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI