Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 20 Ogos 2013

Bertolak ansurlah ! #PositivelyMalaysia

 

Aidilfitri menjelma lagi ! Selang beberapa hari sebelum Aidilfitri  , pastinya kita tau warga kota akan pulang ke kampung masing masing untuk berhari raya dan pastinya jalanraya akan menjadi tumpuan ! Heheheh .. Jammed laa wooiii !!

Satu sikap yang sering kita lihat bila memandu dalam keadaan kesesakan begini ialah sikap tidak sabar ! Memalukan ! Tak kira berkereta besar atau kecil .. Kenapa semua ini terjadi ? Sampai bila kita nak bersikap begini ? Tidakkah sedar semua ini punca kepada berlakunya kemalangan ?

Ok , apa yang patut kita lakukan ? Kita mulakan dengan diri sendiri ! Contohnya aku laa.. hehe.. sapa lagi kan ? Dah sendiri buat , sendiri cerita laa ..

Berlaku pada aku pada raya ke tiga sewaktu nak pergi ke Pengkhalan Chepa , Kelantan. Aku yang tak mahir dengan kawasan tu terpaksa gunakan GPS sebagai bantuan perjalanan.

GPS ni , faham faham la.. Jap ok jap tak .. Bergantung pada internet la katakan .. Nak dijadikan cerita , sedang dalam kesesakan lalu lintas tu , tiba tiba sebuah kereta mpv cuba memotong lalu yang mana , banyak kereta sedang queue ! Dia entah dari mana , tetiba main celah nak masuk je !

Apa yang patut dibuat ? Jangan bagi laluan ? Bagi dia laluan ? Kenapa pulak nak bagi dia lalu ? Bukankah dia potong queue ? Kereta depan aku mmg tak kasi dia masuk tetapi aku , benarkan dia lalu dengan berfikiran positif.. Mungkin dia tersalah lorong kot ?

Tidak lama kemudian , kejadian serupa berlaku pada aku . Aku tersalah lorong ! Aku ‘terpaksa’ mencelah untuk masuk ke lorong yang sepatutnya . Ni semua GPS punya salah ! huhu…

Aku tebalkan muka untuk mencelah . Menagih simpati dari kereta sebelah untuk benarkan aku lalu. Kedudukan aku tu perlu berubah untuk elakkan kesesakkan lalu lintas .. Laluan kereta terhalang gitu !

Nasib baik laaaaaa pemandu kereta tu benarkan aku pergi dulu. Aku angkat tangan sebagai tanda terima kasih ..hehehehe .. Orang berbudi , kita berbahasa .

Selepas itu , bila ada kereta nak celah masuk atau pejalan kaki nak lintas , mmg aku kasi mereka ‘jalan’ dulu .. Aku rasa cam seronok bila dapat buat begitu. Yelah , nampak muka mereka terpamer rasa lega gitu .. hehehe ..

Sikap begini patut ada pada diri kita tak kira la kita ni pemandu , penumpang atau pun sekadar guna perkhidmatan awam . Perlu ada sifat bertolak ansur dalam kehidupan kita sehari hari ..

Bila kita amalkan sikap begini , kehidupan kita seharian pasti akan berjalan dengan lancar ! Kalau masing masing dengan sikap ego , keras kepala dan sombong maka setiap hari perjalanan hidup kita akan sentiasa ‘sesak’ dengan ‘kemalangan’ ! Takkan nak begitu kan ?

clip_image004

clip_image006

Jom kita ajak rakan rakan untuk melakukan sesuatu yang berpositif yang mana ianya mampu mengubah sikap kita yang kurang enak dilihat itu. Bila lagi nak berubah kan ?

Tweetkan kemudian letakkan tanda hashtag #PositivelyMalaysia serta lokasi anda seperti #Selangor atau #kualalumpur agar rakan rakan lain dapat semangat untuk melakukan sesuatu yang positf seterusnya berjaya membina masyarakat yang lebih bersifat penyayang dan bersemangat positif !

Setiap perkongsian anda perlu ada ( #PositivelyMalaysia + #(lokasi anda))  untuk memastikan tweet anda akan  dimuatnaikkan di http://www.malaysia.my/positivelymalaysia .

Isu ‘Tukar Bas Usang ‘ ..

 

Photo

Terima kasih la SPAD dan kerajaan kerana menyediakan segala perkhidmatan bagi memudahkan pengusaha bas sekolah terutama yang kecil kecil ni nak terus bernafas ..

Tapi kan , ada sesuatu yang perlu mereka amik tahu .. Menurut seorang adik aku yang juga seorang pengusaha bas ( yang mana bisnis mereka ni bukanlah untung besar mana pon .. cukup cukup untuk bayar itu ini dan juga simpan ala kadar ) , deposit untuk van sekolah tu ialah 30K ! Dan bulan bulan kena byr 1k ++ !

Deposit tu ,mmg tinggi giler la terutama untuk pengusaha bas kecilan ni dan juga dah berusia ... Nak jual bas pon tak laku dah .. sbb dah nak expired ..

Bukan apa .. risau nanti semua pengusaha bas kecilan ni , tutup kedai … dan dimonopoli dek pengusaha bas besar , baruuuu laa harga yuran bulanan kaw kaw punya kena bayar ! Faham faham je la bila dah dimonopoli !

Harap pihak berkenaan sila kaji betul betul dan bantu betul betul dan kasi terang betul betul .. Kurangkan birokasi !

Sungguh menyibuk la dia itu !

 

Photo

Seperti anak anak kecil yang lain , kalau nampak orang dewasa dok sibuk , dia pon mai laa nak menyelit ! Kalau boleh bercakap , confirm nak tolong punya .. Pergh , nasib baik lom leh cakap elok elok .. hahaha .. Kalau tak , haruuuuuu rumah aku !

Dalam dok tak reti nak bercakap lagi tu pon dia dah tolong macam macam .. Antaranya tolong menyepah dan menolak apa saja yang boleh ditolak ! Perghhh ..

Kalau ada lagi 2 orang cam Qhaliff , aku resign jadi blogger ! Cute ? ahahah.. Ingatkan aku pada Dennis the Menace !

Penyamun di rumah terbuka Aidilfitri

 

Photo

Aku tak faham laaaaa manusia begini boleh wujud ! Apa yang diorg dok fikir eh ? Masuk rumah orang pastu suka suka hati amik harta benda orang , dikala orang sedang beramah mesra menikmati juadah ..

Haihhh .. Sampai bila laaa spesis spesis gini nak sedar diri eh ? Disebabkan kes kes ginilah , aku kensel nak buat open house !! Huhuh.. Ok tak alasan aku ?

Kalau suami bebel , camana pulak ?

 

Aku terus terang , aku antara lelaki bila dah mula membebel .. memang payah sungguh nak berenti ! Bila pasti akan berenti ? Bila dah mula bertekak ! Haa.. sila jangan jadikan aku calon suami anda yer ! Hahahahhah ..

Bebel .. Berleter .. Ianya bukan dalam istilah memberi nasihat sebaliknya lebih pada nak ‘lepaskan geram’ dalam bentuk kata kata .. Kalau nak nasihat , memadai dengan sepatah dua kata tetapi ini dah macam perang lak … bertalu talu air liur keluar dari mulut tu tanpa henti !

Yang berleter tu , sedap laaa .. Yang kena leter tu ? Perghhh.. cair taik telinga yang dah sedekad dah melekat di gegendang telinga tuuu ..

Ada manusia rela dipukul je dari dileter sbb bila dileter , bukan telinga saja jadi mangsa tetapi hati , otak dan paru paru juga boleh terjangkit ! Kenapa ? Sbb cari rokok untuk lepaskan geram lak !

Bebel ni , dengar je cam mudah tapi ianya juga sejenis penderaan mental malah lebih dasyat dari penderaan fizikal ! Tak caya ? Carilah pasangan hidup yang suka berleter ! Aku yakin anda pasti akan dikehendaki polis tidak lama kemudian !

Bila ‘ Suami pukul isteri ‘ minta maaf ..

 

Hurmm … Aku up gambar ni di FB dan pelbagai pendapat diberikan dan 100% diluahkan dengan emosi ..

Photo

Tapi , ada satu pandangan peribadi diberikan oleh seseorang yang melihat kejadian itu dengan mata kepala sendiri ( menurutnya) , ditinggalkan pada aku di FB …

“  Salam..abg ben..

sy nak suarakan psl isu suami pukul isteri dlm lif tu..bkn apa abg ben sy sedih plak suami dia ditomah n dicaci walahal kesalahan tu bkn 100% berpunca dari kslahan dia pn.. dia dh la pnt dtg nak jmpa anak dia isteri dia plak dgn lantang membebel mcm2 dkt suami dia tu marahkan suami dia tu dgn mcm2 perkataan..kami menyaksikan sndiri mcm mana perangai isterinya itu...

Sori abg ben luahkn ketidak puasan hati ni kat abg ben.. sori mengganggu abg ben..just nak explain kat abg ben sbb tlalu sakit ati tgk smua yg dok komen2 dkt gmbr tu.. “.

 

Sebenarnya , panjang lagi tapi aku edit jadi pendek .. Jadi , nilaikanlah sendiri yer .. Aku rasa , mana mana lelaki pon leh hilang kawalan diri bila perempuan bebel tak henti henti depannya ..

Namun tindakkannya itu tetap melampaui batas .. Apa pun , biarlah pihak bertannggungjawab putuskan hal ni dan kita , tak perlulah beria mencaci maki pada mereka yang terlibat sbb ‘ kita tak tau apa apa pun ‘ dan hanya melihat pada satu bukti saja.

Bayangkan jika berlaku pada kita , dan bukti tidak memihak pada kita .. Perghhh .. satu dunia maki kita !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI