Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 21 Ogos 2013

Nyaris terbabas …

 

Dalam perjalanan nak gi jemput wife petang tadi. Cuaca sangatlah panas dan aku terlalu mengantuk ! Tak tau la kenapa leh sampai gitu tapi rasanya aku mmg tak leh memandu dalam keadaan cuaca panas .. Silau dan mata cepat penat !

Berkali kali aku tampar muka aku untuk kasi ilang mengantuk. Bukak tingkap pon dah .. Nak berenti tepi , tak leh..  bahaya. Bukan kawasan untuk berhentikan kereta !

Nasib baik laaa tak jauh dah .. Alhamdulillah , selamat sampai ke destinasi .. Terus wife ajak gi makan untuk hilangkan ngantuk !

Photo: Bukan teh o ais ok !

Pekena air saleri tawar , terus cerah bijik mata ! Rasa kelat giler !! Hahahaa …

Pastu terus balik rumah. Sampai rumah , tidur jap .. Sedar sedar je , kat whatsapp ada berita pasal nahas ngeri kat Genting Highland ! MasyaAllah .. Ramainya mati…

Nahas bas di Genting Highlands: 33 lagi penumpang dipercayai sudah mati, kini dikeluarkan anggota penyelamat manakala 16 lagi cedera.

Photo Photo 

Sedikit saja kecuaian , maka … hurmmm …

Maaf , tiada television di rumah ini !

 

Saya takde tv , so saya tak boleh pakai alasan tv , balik rumah suap anak anak makan , bagi mandi , buat homework sekali , torak torak sampai lena semua ..

Test bacaan dalam solat , ulang iqra , dah tidoq . Daddy seterika baju , mummy basuh baju .. kol 1 am .. pengsan. Kul 5 pagi buat sarapan , solat sekali kat surau rumah. Sapa lambat mandi , daddy jirus atas katel terus ! “ – Whatsapp dari group aku ..

Pergh.. terkedu jap aku ! Ini kali kedua aku mendengarnya dari mulut orang yang berjaya membimbing keluarga mereka ! Mereka juga orang yang berjaya dan berjaya melahirkan anak anak yang berjaya !

Tiada tv dirumah mereka ! Ada yang mungkin kata , berkemungkinan besar anak mereka akan mengalami kejutan budaya tapi alhamdulillah .. dari apa yang aku nampak , cara bimbingan mereka , mmg berjaya membentuk keperibadian yang baik sekali !

Qhaliff , daddy nak jual smart tv tu nanti ! Dan semua gadget daddy ! Sapa jua 3310 ? ke 3210 ? Aku nak guna tu jer.. Kalau Qhaliff nak main game , main game ular tu jer ..

Apa pendapat rakan rakan FB ?

image

Kan dah kena sound dengan Qhaliff !

 

Dialog ni rekaan aku jer.. Diorang buat kerja , mmg perfect ! Aku takde apa nak komplen ! Segalanya ok bagi aku ..

Cumaaaa.. budak sorang ni bikin aku tak senang duduk ! Asyik nak pi kacau diorang jer ! Nasib baik tak kaco barang barang diorang .. Kecuali tangga tu je dia suka main .. hahaha ..

Ku tinggalkan dia lagi ..

 

Photo

Haihh .. Keje sendiri yang .. hurmm .. Dah banyak dah kena keluar sekarang ni .. Semuanya kerana nak mencari rezeki untuk keluarga.. Kang tak cari , ada yang kata suami makan hasil titik peluh isteri lak ! Yang kata tu pulak , orang luar .. Orang dalam tak kata apa apa .. Hehehe.. Stendek , melayu la kan ! Hahaha .. Hakikat ye !

Kali ni aku tinggalkan dia kejap kat mak aku .. Aku ada meeting di Matic , Jalan Ampang .. Nak dapatkan projek yang dah lama aku idamkan iaitu Tourism. Memang lama dah aku nak ‘kembali’ ke Tourism .. Dan menjadi kenyataan ..

Ikutkan , hujung minggu ni pon ada projek gak kat luar tapi .. tak pe la.. Tamo la tinggal dak bambam ni lagi .. Nanti besar skit , boleh ikut daddy gi sana sini eh ..

Masa tu , confirm aku berpeluh ketiak ..

Lisa Surihani pelik ?

 

image

Aku tak tonton dah anugerah anugerah kat Malaysia ni .. Pelik dan penuh dengan ‘agenda’ .. Jadi , kemenangan Lisa ni  , aku tak pelik pon .. Kenapa ? Sebab negara kita ni penuh dengan perkara perkara pelik dan memelikkan !

Hahaahha .. Lawak ? Nak wat camana ! Ini entri serius tapi orang anggap lawak ! Itu yang terjadi pada Lisa !

Nasib baik tak tonton …

“ "Saya merasakan calon lain ada keistimewaan tersendiri. Saya betul-betul terkejut. Yelah, saya bukannya pelawak. Hati saya terdetik, mungkin ada tersilap kot. Apapun, saya bersyukur kerana ia satu rezeki dan terharu diberi pengiktirafan macam ini. “ – Murai dot com

Tensen sudah mak gue sama Qhaliff !

 

Photo

Hahahaha .. Budak ni makin manja , makin mengada ngada ! Haahaha .. Kalau mak pak dia takde , dia ok jer .. Kalau terdengar suara skit jer .. Meraunggg laaaa dia ..

Sebab tu , kalau aku kat rumah mak aku .. aku lari keluar dulu supaya Qhaliff dapat tidur dalam buaian.. Kalau aku ada depan mata dia , dia asyik sengih jer .. hehee.. Bila nak dapat tidur kan ? Hahhaha ..

Suruh kaco orang , pantasss ..

Anak bapak !

Selagi aku tak ada sebelah dia , mmg dia akan merayau sana sini ! Aku lak sdg siapkan segala kerja aku sblm esok menjelang ..

Ok , aku mengalah.. Tinggalkan semua kerja dan layan Upin Ipin dgn dia jap ..

Tak sampai 5 minit .. dia cari 'susu' utk tdoo .. Tu je pon.. Nak bau ucapan badan bapak dia !! Sama perangai aku dulu ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI