Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 23 Ogos 2013

Tak sampai seminit !

 

Lama tak bergambar anak beranak .. Simpan kenangan utk Qhaliff .. Nanti dia leh belek satu persatu gambar dia ngan daddy dia .. Baru dia tau dari mana dia mewarisi kekacakannya itu .. pastinya dari daddy dia !

Tau dahh.. ada la tu yang jeles .. Huh !

Dan , tak sampai seminit sessi bergambar ni , Qhaliff dah diserang nyamuk ! Suka benar nyamuk ngan dia .. pelik aihhh …

Betul punya duckface !

Bukan aku ajar yerrr.. Aku bawak jenjalan.. saja berposing..tau tau dia wat gitu haaaaaaaa.. Yang ni bukan salah bapak yer ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Salah daddy !!

 

Aku perasan , dulu dia suka minum air guna straw tapi bila dok tengok aku minum air tin tanpa straw , dia mula ikut gitu gak ! Hurmm ..

Tak leh , tak leehhh .. aku kena tunjuk teladan kat dia sbb dia akan ikut apa yang aku buat ! Memang dia akan ikut sbb dia rapat lagi dengan aku berbanding mak dia ..

Menangis mereka kerana Metallica !

 

Dikala saudara seagama kita dibunuh dengan kejam , kita terkinja kinja dengan hibuan .

Dikala saudara kita dibunuh tanpa belas , kita masih sokong negara negara tali barut musuh Allah !

Malu aku pada Allah .. Apakah cukup dengan doa ? Apakah cukup dengan derma ? Sedangkan mereka disana bertempur hanya untuk tegakkan agama tercinta !

Benar, ianya berlaku di negara mereka tapi dasar perjuangan mereka adalah kerana ALLAH ! Kerana ISLAM ! Jika mereka tumbang , tidak mustahil kita pula jadi sasaran ..

Tak perlu perang ..kita awal awal lagi dah tewas .. mereka cuma perlu bagi kita hiburan dan kita gembira menerimanya ..

Kita cuma insaf sebentar ..

 

Kadang kadang kita terlupa , kenapa kita berada di muka bumi ini ? Kalau kata tak salah berhibur itu , kita tanya balik diri kita .. apa yang kita lakukan untuk untuk Allah ? Untuk agama kita ? Cukupkah apa yang kita buat berbanding utk berhibur ?

Aku akui aku pun jenis leka dan lalai .. Sebab tu aku ingatkan diri aku dan juga rakan rakan yang ingin diingatkan ..

“Sampai bila kita nak begini dan andai kata kita ada 1 minit saja untuk bernafas lagi , apakah kita nak berhibur lagi atau tingkatkan amalan ? Cukup ke 1 minit tu berbanding kekalnya akhirat ? “

 

Menakutkan ? Menyedihkan sebenarnya .. ‘Mereka’ melalaikan kita supaya ‘mereka’ ada kawan di ‘ sana  ‘ nanti walhal Allah dah bagi kita peluang untuk memilih jalan sebenarnya namun kita nak juga ikut  ‘ mereka ’ .

Mesir ..

Photo: [Institusi Fatwa Libya : Apa yang berlaku di Mesir adalah pembalasan terhadap revolusi penentangan]

Tripoli - Agensi Berita :
Majlis Tertinggi Institusi Fatwa Libya melihat apa yang berlaku di Mesir , disifatkan sebagai "Perbuatan melampau yang tidak pernah terjadi dalam menggunakan alat untuk menindas,menzalimi dan membunuh"

Ianya adalah suatu pembalasan terhadap revolusi penentangan daripada rakyat mesir secara keseluruhannya berikutan kebangkitan rakyat pada 25 Januari 2011, yang telah menggulingkan Presiden Mubarak, juga seorang yang tidak menyokong keseimbangan sistem (Jamaah) Ikhwan Muslimin.

Pada akhirnya, anggota Majlis Tertinggi Institusi Fatwa Libya telah berhimpun pada hari Rabu di Tripoli yang dipimpin oleh Mufti Am As-Sodiq Al Ghiryani untuk membincangkan peristiwa-peristiwa semasa yang berkaitan keselamatan di Libya selepas banyak aduan mengenai kezaliman dibuat kepada Institusi Fatwa melalui rakyat dan badan-badan kebajikan.

Tambah Majlis Tertinggi lagi dalam penerangannya selepas perhimpunan, "Sistem Ikhwan, andai mereka tidak bersetuju dengan yang lain, tiada siapa yang melihat mereka membunuh ratusan orang yang berada di medan. Mereka juga tidak membuat undang-undang mempertahankan diri di negara ini dengan menggunakan besi dan api ".

Majlis Libya mengingatkan bahawa "Kini penyelewengan media mempunyai pelbagai jenis cara untuk menyifatkan mereka yang menyeru ke arah kebenaran atau hukuman syariah sebagai
(orang Ikhwan), dan mereka menjadikan perkataan (Ikhwan) satu ketakutan bagi menakut-nakutkan orang serta menghasut mereka mengenai agama islam sama seperti penggunaan perkataan yang digunakan oleh barat (Pengganas), yang sehingga kini makna (Pengganas) tersebut tidak diletakkan sebarang had, agar makna perkataan itu luas dan longgar, sesuai untuk pelbagai ukuran, sesuai untuk menzalimi semua yang mengikut agama islam ".

Sumber : IkhwanOnline
#mesirkini
#R4BIA

Syria ..

Malaysia …

Photo: Dikala saudara saudara kita dibunuh ... ada antara kita layan konsert .. 

Terbaekk ...

Nilaikan la sendiri .. Apa yang kita buat untuk saudara saudara kita itu ? Bayangkan jika tiba-tiba negara kita seperti itu . Tak mustahil kan ? Sedangkan Lahad Datu mampu diceroboh …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI