Ahad, 25 Ogos 2013

Dah start bukak pintu rumah !

 

Dia dah mula pasang mata .. Tengok je apa bapak dia buat.. Skang ni dia dok belajar cara cara buka pintu .. Pintu pagar luar rumah tu , dia tau dah nak buka ! Memang tak leh kasi dia keluar .. Terus dia ke pintu tu dan buka ! Bayangkan laaaaa kalau terlepas keluar !

Suh belajar Alif Ba Ta .. menguap la pulak ! Ni yang nak kena antar sekolah arab tahun depan dah ni !!

Menitis airmata ini ..

 

Yang ada mak , layan macam sampah ! Yang ada anak , anggap macam sampah ! Itulah realiti bila segalanya ada di depan mata ..

Bila dah tiada ? Barulah ketika itu nak menangis air mata darah ! Terlambat ? Tidak sama sekali kerana ianya baru mula .. Akhirat nanti baru bicara semula ..

Kisah Adam ini mmg membuatkan hati aku sayu sangat .. Mana tidaknya ,selama 8 bulan dia berulang alik ke kubur ibunya untuk melepaskan rindu ! Setiap hari !! Setiap hari !!! Umurnya baru 5 tahun ! 5 tahun dan dah kenal sangat erti rindu ..

Betapa dia sayangkan ibunya. Dan sekarang dia , sebatang kara.. Tiada ayah tiada ibu.Ayahnya dah terlebih dahulu meninggalkan mereka dan Januari lepas, ibu yang disayanginya pula meninggalkan dia !

Kecil lagi dan kehilangan sudah kasih sayang ibu bapanya .. Hargailah masa …

Syukurlah , negara kita masih aman ..

Betul .. Negara kita tiada kacau bilau nak dibandingkan negara lain yg lebih teruk dari kita ! Selagi ada manusia , selagi itu ada masalah eh ? Jenayah makin menjadi jadi bila kehendak manusia lebih ikutkan nafsu .. Maka segalanya tak cukup dah.. Bagi nasi putih , mintak burger ! Tak bagi , mengamuk la pulak !

Terdengar di radio omputeh tadi .. Rondaan bersama polis dgn tentera dan juga rukun tetangga .. Satu cadangan yg bagus. Kita jangan tuding jari sebaliknya cari jalan penyelesaian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Deejay radio tiada lagi kualiti ?

 

image

Bukan semua tapi banyak dah macam tu .. Berbanding masa aku kecik kecik dulu , deejay radio mmg serba boleh. Apa saja yang keluar dari corong radio kebanyakkannya adalah infomasi dan juga ilmu..

Sekarang ? Aku tak tau la omputeh punya channel tapi yang berbahasa melayu ni , hurmm.. Deejay cam Jamal Jamaluddin , Kak Bed antara deejay yang berkualiti dan kreatif ..

Yang lain ? Serius mereka hanya pandai buat pendengar ketawa tapi ibarat kasi air coke pada orang yang dahaga .. Sekadar menghilangkan dahaga jer .. Part khasiat ? Hurmm..

Mungkin ada la kot cuma aku je yang tak dengar .. Kalau ada bagus laa .. Kalau takde ? Harap harap banyakkan lagi bacaan untuk sampaikan maklumat yang berguna , ‘berkhasiat’ pada pendengar .. dari asyik bagi ketawa jer ..

Ingat .. apa yang kita cakap juga , saham akhirat kita ..

Dari Johor ke Putrajaya , berhari raya..

 

Awal pagi , bertolak ke Johor utk beraya di rumah Mat Gebu .. Pastu terus balik ke Sepang sebelum ke Putrajaya utk beraya umah sahabat blogger , Yanty Lee ..

Serius , penat giler aku !!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI