Isnin, 26 Ogos 2013

Santai anak Ben Ashaari !

 

Photo: Tgk tv ..

Memang bikin ini rumah serupa bapak dia punya rumah !! Er .. mmg bapak dia punya pon ! Hahaaha ..

Sementara tunggu geng dia sampai , gini laa  diaaa .. Bila geng dia dah sampai , hahahaha .. dia kena buli abis abisan .. Sabo jeee dia eh ? Ikut perangai bapak dia , penyabar ! Hahaha.. Berapi mak dia baca !!

Yeahhh.. sampai jugak Zafirah , anak dara si  blogger Ujang9897 dan Yana Azfar ..

Garang sungguh laaa Zafirah .. Tak sangka Qhaliff ‘diayam-ayamkan’ begitu saja … hahaha .. Mesti ikut perangai mak dia yang garang tuu .. Bapak dia ??? Hahaha .. bapak dia lembut jer.. Tapi nampak anak dara berdahi luas , otomatik jadi keras  !

EPHYRA Kologen menaikkan seri wajah aku !

 

-Sticky Post 24 jam . Entri terbaru di bawah entri ini -

 

Di usia lewat 30an cam aku ni , dengan status suami orang pastinya nak jaga tubuh badan dan rupa amatlah penting. Maklumlah , penampilan perlu kekal muda walaupun usia semakin meningkat..

Seperti yang pernah aku ceritakan dalam entri entri aku yang lepas , sehingga hari ini aku masih mengambil minuman kesihatan tambahan dari Ephyra.

Secara jujur aku cakap .. perubahan ketara pada wajah .. Bukanlah jadi ‘ kacak tak hengat punya ‘ tapi terasa tegang dan lembut jer .. Parut jerawat dan bintik hitam pon hilang ..

image

Aku ingatkan aku je perasan .. Tapi baru baru ni , wife aku yang juga mengambil produk Ephyra sebagai makanan tambahan mendapat teguran dari rakannya yang mana gambar kenangan yang mereka amik ketika berhari raya , wajah wife lebih menyerlah dari rakannya sedangkan kalau ikut warna kulit .. kawannya tu lebih putih ! Ini kawannya sendiri yang kata yer .. Bukan syok sendiri punyaaa !

Selain dari wajah , kalau rajin minum sebelum tidur pasti akan terasa lebih bertenaga bila di siang hari terutama bila bangun tidur. Tak terasa mengantuk dan segar jer .. Haa… Bagi yang dah berkawin , akan terasa perbezaannya ! Hehehe ..

Aku cadang nak kasi kat orang tua aku minum pasni .. Adik perempuan aku gak .. Yelah , benda bagus kan .. Kena la kongsi .. Tapi bukanlah stok aku.. kena la beli yang lain.. Mana cukup wooo ! Huhu ..

Buat korang yang tak tau pasal Ephyra Kolagen ni , leh je baca di entri entri aku yang lepas .. Sepaket setiap pagi ! , EPHYRA sesuai untuk lelaki jugak la ! dan Kelebihan EPHYRA

memey-ephyra-5

 testi-ephyra-6 testi-ephyra-1new box design launced

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

  1. website official - www.oceanlife2u.com

  2. facebook- www.facebook.com/oceanlife2u

  3. instagram : ephyra2u

Jika ada yang berminat nak mencubanya , korang leh hubungi :

Shema Zailan (012 647 9747) @ Cantikbersamaephyra.blogspot.com

Qhaliff dah nak 17 bulan !

 

Your 18-month-old is becoming a proficient walker. He may motor up stairs with help and likes to climb all over your furniture. He'll try to kick a ball, though he won't always be successful. He probably likes to dance if you play music, and will push and turn buttons and knobs if they're in reach. “

Aiseyman .. betul la pulakk .. Cuma skang ni dia baru  17 bulan .. Yeke ? Dia lahir bulan April. April baru 12 bulan .. Sekarang nak masuk September .. Betul la 17 bulan kan ? Lemah tul laa matematik ! Hehehe ..

Ok .. Aku rasa dia dah kena belajar guna pensil warna.. nak ajar dia mewarna. Bukan tak reti pegang , reti tapi aku punya S PEN Samsung Note aku .. hehehe .. Tapi tak kasi pegang sangat sbb patah nanti.. Kang petang , kita gi beli pensil warna ehh ..

Selain tu  , apa yang perlu aku ajar Qhaliff ?

Photo

“  Is he ready for toilet training? “

” Before a child can learn to use a potty, he must develop the sensory awareness that allows him to hold in his urine or bowel movements. Most toddlers don't learn this until they are at least 18 months old. You'll have much better success if you wait until your child is showing all the signs of readiness before you start potty training. “

Huhuh … Setakat ni , dia boleh buat je bila guna tandas duduk tu.. Takde masalah .. Ok je … Tak diajar pon tapi mmg dia boleh berak bila aku dudukkan  dia atas tu . Takde masalah ..

Perghh.. dah start dah edisi mengajar ! Aku nak kena amik kelas la gini ….

Rumah Terbuka : Satu penghargaan atau pembaziran ?

 

Tak yah la intro panjang panjang nooo .. Korang pon pon tau kan ? Skang ni kita masih di bulan Syawal maka sambutan Aidilfitri masih berterusan hingga ke hujung Syawal ..

Rumah Terbuka sana sini .. Jemputan sana sini .. Makan buncit sana sini .. Meriah tak terperiiiiiii .. Bagus la kan ? Makanan macam macam adaaaa . Tapiiii… habis ke semua tu ??

Alhamdulillah , ada beberapa rumah kengkawan yang aku pergi .. juadah mereka mmg habis ! Kalau tak habis , mereka tapau kasi sama kawan kawan .. Bagus la gitu kan ?

Aku nak bebel pon tak guna .. Yelah , yang membaca ni pon lebih bijak dari aku. Mereka yang buat open house ni pon pasti lebih awal sediakan perancangan ..

“ Makanan yang tak abis ni nak buat camana yer  ? “

Bagus laa kalau dah gitu. Cuma risau je makanan yang sedap sedap tu , masuk ke tong sampah ! Sayangnyaaaa ….

Plus size muslimah untuk anda yang comel !

 

-iklan berbayar-

Kadang-kadang jealous tengok orang pakai baju cantik-cantik dan trendy, kita tengok ajer lah nak pakai tak der saiz. Kalau ada pun sangatlah ringkas sahaja, lepas tu terpaksa bayar lebih pulak tu. Menyedari keperluan ini kami menampilkan blouse labuh dari fabrik cotton lycra untuk kita-kita yang bersaiz besar ini. “Kita-kita” tu termasuklah saya jugak almaklumlah saiz pun dan beralih dari angka 4++ ke angka 5++.

Nak buat camane sodap ajer, pantang nampak orang kata tolak batu dan kayu, asalkan halal balun ajer.

Produk terbaru hanya untuk yang bersaiz 2xl, 3x dan 4xl sahaja. 2xl sesuai untuk orang yang pakai saiz 48 – 50, saiz 3xl untuk orang yang bersaiz 50 – 52, saiz 4xl sesuai untuk saiz 54.

Pilihan corak kita yang berbunga kecil supaya nampak lebih comel dan pilihan warna yang terang dan lembut. Kalau tradisinya warna gelap digunakan untuk menyembunyikan saiz badan tapi kali ini kita lebih suka warna lembut dan terang supaya dari JAUH LAGI ORANG BOLEH NAMPAK. Kita ni wanita zaman millennium yang berani untuk menonjolkan diri betul tak? Confirm Kak Ton setuju dengan saya.

Untuk lihat lebih lanjut layari web kami www.designmusleema.com. Jangan lupa isi borang ya sebab stok terhad sahaja.

clip_image002clip_image004clip_image006

P/s : Blouse kami ada kocek sisi jadi nak gi lunch boleh letak handphone or purse ..

Mula kacau telefon orang !

 

Pandai dah dia dok amik hp orang pastu buat cam hp sendiri ! Main belasah godek jer ! Kalau amik balik hp tu , mau meraung dia .. Caranya untuk kasi diam ..

Kasi mamam sama diaaaa ! Terus ok punyaaa …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI