Selasa, 27 Ogos 2013

Hasil kerjaya seni kontemporari Qhaliff !

 

Wife gi beli crayon non toxic dan washable punya kat Toys R Us , Alamanda .. aku suruh sbb nampak sangat dah mamat bambam ni nak berkarya  .. hehehe ..

Dan , dia test power dulu kat kertas sedia ada dalam beg wife sebelum mencuba bakat menconteng meja makan di RASA, Alamanda..

Kemudian , bakat dia dikembangkan lagi di Klinik Maria , Alamanda. Maaf la yer doktor , tak leh nak tahan .. dia marahhh .. Dia marah , dia buat gini ..

“ Huhhhhhhhh… “ . Dgn suara dalam dia .. Kiranya geram abis la tuuuu.. hehee.. Sunat kang baru tauuu ..

Sementara tunggu wife dipanggil masuk untuk berjumpa doktor , aku layan Qhaliff sat ..

Tapi tak lama.. dia tak nak conteng kat atas kertas .. Dia nak asah bakat dia dgn conteng atas kerusi dan dinding kaca klinik tuuu ..

Tak tau nak kata apa laa … Belum sesi pembelajaran melukis d rumah bermula ni .. Tak tau apa nasib wallpaper baru aku tu nanti ! Nasib baik boleh cuci punya crayon.. kalau tak ??? Daddy hari hari jadi Hulk !

Aku tak nak , aku tak nak laaa !!

 

 

“ En.Salbani bin Ashaari ke ? Saya dari … bla bla bla .. Encik , perlindungan yang kami … bla bla bla … “

 

Ok , aku bagitau dah aku dah ada dan tak berminat .. Dan waktu tu aku sibuk walhal tak pun.. Nak menolak cara bersopan kata orang ..

Dan dia pon kata nanti dia call semula di lain hari ! Tertanya gak aku , dia ni tak faham bahasa ke ? Aku tau ianya bukan scam tapi aku tak berminat nak melanggan insuran melalui telefon ! Kalau aku nak , ramai je kawan aku agen insuran tapi aku baru je batalkan insuran aku .. utamakan isteri dan anak aku ..

Semalam , dia call lagi .. Aku tak jawab .. Hari ni dia call lagi dan lagi ! Dia guna dua nombor yang berlainan ! Perghhhh .. Sampai gitu sekali taktik mereka !

Aku kesian kat mereka yang keje gini haa .. Mereka ‘terpaksa’  dan aku pun terpaksa kata …

Maaf la yer …

Kabinet tv rumah ku , berhantu ???

 

Apahal budak budak kecik suka sangat duduk atas kabinet tv aku ni ??? Bukan takat duduk , malah siap bergendang lagi ! Adehhhh …

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI