Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 28 Ogos 2013

Makin seronok bergaduh !

 

Ada dah teman bergaduh . Dan dia akan ketawa mengekeh ngekeh bila aku menyerangnya di tempat kelemahannya ..

Dan dia akan menyerang balas dengan menarik cermin mata aku . Dia tau aku tak suka dia pegang cermin mata aku ni sbb nanti penuh dengan cap jari !

Besar dah dia .. sekejap je masa berlalu .. Hurmm … Alhamdulillah , sihat molek dia ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

'Ada yang tak kena dalam arena bola sepak negara'

 

Terbaca di Sinar Harian Online tadi .. Tau apa aku nak kata ? Sebab tu aku tak layan sangat dah bolasepak skang ni .. Bukan saja tempatan , dunia sekali pun .. Bolasepak adalah PERNIAGAAN ! Kita je bersorak bagai nak giler .. tapi apa dapat ? Kepuasan ? Kepuasan menda kalau kena ‘bohong hidup hidup ! ‘ …

Aku nak kata lelebih , kang ada yang marah lak .. Buka mata luas luas .. Guna akal untuk menilainyaaaaaaaa .. Bila nak berubah ? Selagi $$ menjadi pujaaannnn ..

 

Ditanya sama ada terdapat unsur-unsur pengamalan rasuah dalam sukan bola sepak di negeri ini, beliau menjawab, "Bukan unsur-unsur, memang ada," katanya .

Nak baca kat mana ? Gi cari kat Sinar Harian .. hehehehe .. Rajin rajin la skit geledah .. heeee …

Ampun maaf dipinta yer ..

ELYSIUM , best ke tak ?

 

Semalam gi layan movie ni sensorang .. Biasanya gi ngan geng geng yang tinggal di Putrajaya tapi disebabkan ramai dok kata BEST GILERRRR ciiter ni , maka aku g laaaa tengok … Maklumlah , skg dah ada Maybank2u .. jadi boleh laaa beli online dan pilih seat mana mana yang aku sukaaaa !! Diulangi , mana mana sajaaaa yang aku sukaaaa ! Heheheh ..

Ok , sebelum tu ada preview KL GANGSTER yang ke berapa tah .. Serius , aku geleng kepala jer ! Kenapa ? Sebab pastinya budak budak yang tengok cerita tu , akan follow punyaaa laa ! Pelik tak ? Kenapa diorang tak jarang terpengaruh Hollywood punya tapi kalau filem melayu ni ,mudah benar terpengaruh ? Dan aku tak sokong filem filem gengster begini ! Pengajarannya cumalah ciput berbanding keburukkannya ! Maaf yer ! Hakikat !!!!!

Berbalik pada cerita Elysium ni , dari awal lagi tengok dah nampak apa akan jadi pada dunia jika kita tak jaga alam sekitar dari sekarang ! Menakutkan ! Malangnya mereka yang punya harta , mampu lakukan apa saja !

Jadi , filem ni simple je .. Heronya bukan ada super power ke apa tapi lebih kepada perjuangan hidup … Menariknya filem ni ialah kesan khas dan jalan ceritanya yang tidak membosankan ..

Berapa bintang dari aku ? Aku kasi 3.5 bintang dari 5 bintang .. Kalau 4 bintang , maknanya , aku leh layan sekali lagi .. tapi bagi filem ni , sekali je dah memadai.. hehehe ..

Mak dia mencemburui aku !

 

Datang kawan kawan wife ..

 

“ Eh , betul laa .. Qhaliff serupa macam mu , La … “ .

Gembira tak terkata laaaa bini aku sorang tuuu ..

Datang kawan kawan aku lak ..

“ Klon si Ben ! Sebijik macam Ben masa kecik dulu .. “ .

Aku tersenyum sambil tertanya tanya dalam diri .. Lama betul kawan aku ni hidup. Dari aku kecik hingga aku lebih tua dari dia , dia dah tengok aku .. Perghhh ..

Dan wife jelesss bila dengar gitu . Tapi benarlah kata kawan aku tu , Qhaliff serupa macam aku masa kecik .. Cuma gebunya pipi Qhaliff tu je serupa wife .. hahahahha ..

Adik Qhaliff nanti ?

HTC , SAMSUNG dan NOKIA ..

 

Photo

Dengan bajet RM2K , antara ketiga tiga telefon pintar ni .. yang mana satu akan korang beli ? Kenapa dan mengapa ? Haaa .. sila silaaa bagi jawapan ..

Kalau korang tanya aku la kan , mana satu yang best sekali maka jawapan aku ialah …. Hehehe .. Kenapa ? Tunggguuuu aku jelaskan kenapa dan mengapa .. Skang tak boleh wooo …

Baru nak ‘ bakar lemak ‘ tapi …

 

4 bulan yang lepasss …

Sekarang ni ,berlapis dah lemak kat perut gara gara tak gi gym .. sakit siku …

Dan plan , minggu depan nak gi gym semula .. Tetapi macam terpaksa dibatalkan jer .. Terpaksa tangguh untuk beberapa bulan lagi … Kenapa ??????

Nanti aku cerita .. wife tak kasi cerita lagi.. Tunggu 3-4 bulan baru leh cerita .. heee..

Qhaliff ‘saiko ‘ Zafirah pulak !

 

Kelmarin , Qhaliff ‘ diayam-ayamkan ‘ Zafirah .. hahhaha … Lawak dua orang niiih ! Semalam , di rumah blogger Miezarx , entah camana .. Qhaliff buat sesuatu yang di luar jangkaan ..

Dia dari dok main dengan si Sue dan Qaseh , terus berjalan dan duduk dipangkuan ibu Zafirah , Yana .. hahaha.. Dah tentu la Zafirah ni tak nakkkk ‘ditakluki’ oleh mana mana baby ! Hahahha … Menangisss ler ..

Amboiii Qhalifff.. mana belajar nii ??? Daddy tak ajar okeh ! Daddy ni baik orangnya .. hehehh…

Apa lagi lepas ni ??

Anak blogger didera blogger juga !

 

Putrajaya  - Dua blogger ini , Sueizza dan  Qaseh Dalia disyaki mendera anak blogger Ben Ashaari di depan mata ayahnya sendiri namun ayahnya tidak mampu berbuat apa apa kerana dipukau dek kecantikan dua blogger ini !

Muhammad Qhaliff Iman , telah dipaksa minum air anggur tawar oleh Qaseh Dalia atau nama sebenarnya Sufura manakala Sueizza , nama sebenarnya tak pasti .. Rasanya ada kot dekat dekat ngan nama Suraya atau Sopiah Jonet .. Haa , sambung.. Sueizza dikatakan bersubahat memegang Qhaliff !!

Tujuan mereka berbuat begitu adalah sbb Qhaliff yang makan banyak sangat tapi tak nak minum air ! Untuk mengelakkan Qhaliff tersedu sedu di kemudian masa , maka mereka melakukan pekerjaan ‘terkutuk’ itu !

Dan , alhamdulillah .. Qhaliff kembali ceria selepas itu . Dia bersorak keriangan selepas menikmati air anggur yang tawar itu namun sedap rasanya …

Siasatan akan dilakukan dengan terperinci dan laporan rasmi akan dihantar ke peguam negara untuk tindakan susulan .

KL1FF @ MATIC : Jom ke sana !!

 

Tercari cari tempat nak beriadah di hari cuti anda ? Hehehe .. Jangan risau .. Aku ada idea baek punya !! Apa kata bawak keluarga anda atau orang yang anda cinta mahupun rakan rakan yang sekepala dengan anda ke Pusat Pelancongan Malaysia ( MATIC) di Jalan Ampang , Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu kerana … kerana apa ?

Kerana setiap hari Sabtu di Matic , mereka mengadakan KUALA LUMPUR FAMILY FAIR  ( KL1FF ) , yang mana pelbagai acara dan aktiviti diadakan untuk pengunjung semua !

Tahu tak kat mana ? Tau Saloma Bistro yang dekat ngan BSN tu ? Atau nak paling mudah , ianya dekat dengan KLCC je.. 10 minit jalan kaki .. Tak jauh kan ? Hehehe ..

Bersambutan dengan Hari Kemerdekaan yang akan datang nanti , mereka juga akan ada pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi hari bersejarah tersebut !

Kuala Lumpur Family Fair pula akan bermula pada jam 4 petang hinggalah 11 malam .. Pelbagai barangan kraf , cenderahati , aksesori , makanan dan minuman tempatan , car boot sale , latihan tarian  percuma "Cuti-cuti 1Malaysia" dan macam macam lagi !

Antara aktiviti di KL1FF yang lepas … Jangan tunggu lagi !! Ayuh meriahkannya ..

Disamping itu ada juga tarian kebudayaan yang dipesembahkan disebelah malam .. Bermula jam 830-915 malam ..

Manakala utk acara 31hb Ogos ni  di Matic juga , akan ada Merdeka Hunt , Pertandingan Mewarna , Pertandingan Nyanyian Patriotik ..

backfront

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila layari www.matic.com.my atau telefon 03-92354900 (General Line) utk mengetahui dengan lebih lanjut ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI