Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 29 Ogos 2013

Kalau dulu , pasti aku amuk !!

 

Perghh.. abis satu rumahhhh dia bantai sepahkan ! Aku ingatkan aku lagi teruk , rupanya … Qhaliff lebih lagi dari aku .. Syukur ! Hahahaha ..

Qhaliff kalau buat , mak dia takkan marah !

Duluuuu .. kalau aku tengok menda menda gini , confirm laaa aku amuk punyaa.. Rumah bersepahhh ! Tapi sejak anak membesar , aku memahami ianya sebahagian dari pembesarannya ..

Jadi wife tak leh la nak marah aku bila aku sepahkan rumah kan ? Ianya juga sebahagian dari pembesaran aku  !

Blogger perlukan bantuan kosmetik !!

 

Dua blogger yang amat popular di pejabat mereka ini , memerlukan sebanyak mungkin gincu dan bedak muka utk … er … Kalau ada , silalah pos pada mereka secepat mungkin yer ..

Photo: Blogger perlukan bantuan kosmetik dgn segera. Andai ada gincu dan bedak muka lama dan expired , sila derma pada mereka.. Blogger Najeeb Abdullah dan blogger Qaseh Dalia ..

Heheheh .. Jangan terkujat yer ! Ini adalah kesan khas dari app android yang dibuat sendiri oleh si gadis bertudung merah , Qaseh Dalia .. Dan mangsanya ialah Najeeb dan juga aku !!!!

Buat la camana pon , aku tetap kelihatan kacak kan ? Heheheh .. moral dalam entri ini , jangan aniaya diri sendiri ! Hahahaha.. Tak pasal pasal dah upload dalam blog !

Blogger perlukan bantuan kosmetik !!

 

Dua blogger yang amat popular di pejabat mereka ini , memerlukan sebanyak mungkin gincu dan bedak muka utk … er … Kalau ada , silalah pos pada mereka secepat mungkin yer ..

Photo: Blogger perlukan bantuan kosmetik dgn segera. Andai ada gincu dan bedak muka lama dan expired , sila derma pada mereka.. Blogger Najeeb Abdullah dan blogger Qaseh Dalia ..

Heheheh .. Jangan terkujat yer ! Ini adalah kesan khas dari app android yang dibuat sendiri oleh si gadis bertudung merah , Qaseh Dalia .. Dan mangsanya ialah Najeeb dan juga aku !!!!

Buat la camana pon , aku tetap kelihatan kacak kan ? Heheheh .. moral dalam entri ini , jangan aniaya diri sendiri ! Hahahaha.. Tak pasal pasal dah upload dalam blog !

Perlu ke aniaya orang lain ?

 

Tak sampai seminggu , ada dua orang mengadu pada aku. Katanya gambar mereka digunakan untuk tujuan tertentu . Yang pertama , seorang gadis .. gambarnya diupload semula dalam Facebook dan dibuat satu akaun palsu , yang sebijik dengan original ! Apa motifnya ???  Tak takut dosa ke buat gitu ?

Yang kedua .. Gambar isterinya diupload ke dalam blog dan kemudian diaibkannya .. Hurm… Tak takut sungguh dengan balasan Allah kan ? Hurmm ..

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

Henti-hentikanlah buat kerja gini. Kang takut tak sempat bertaubat atau mintak maaf .. naya nanti ..

Kempen ‘Unite For Malaysia Parade’ #unite4msia

 

Tak lama lagi  negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 56. Syukur pada Allah , negara kita berada dalam keadaan yang aman dan makmur.

Terpandang kehadiran warga warga asing yang mencari rezeki di negara kita ni , buat aku terasa syukur sangat yang mana aku tak perlu susah susah tinggalkan keluarga tercinta untuk mencari rezeki di negara orang ! Syukur sangat .. Yelah , tensen tensen aku , anak bini aku , ada jugak di sebelah .. Paling tidak pon , kalau gi kerja .. call je la kan ? Nasib baik ada Maxis .. hehehe ..

Pastinya korang ada cerita tersendiri betapa korang menyayangi negara ni kan ? Hehehe .. Andai sudi berkongsi , apa salahnya kan ? Tapi kalau segan nak berkongsi cerita tapi ingin meluahkan rasa cinta pada negara ni cuma tak tau bagaimana , apa kataaaa jom join Maxis March for Malaysia dengan menyertakan gambar kita sebagai tanda sokongan tak berbelah bagi pada hari bersejarah itu nanti !

Caranya mudah jer .. Yelah , nak gi menyertai perarakan tu , segan .. Jadi , gunakan je cara siber ni .. Mudah dan pantas ! Gambar korang tu perlulah seiring dengan hari kemerdekaan negara kita. Jangan pulak gi bagi gambar tah hapa hapa lak .. Haaa ..

Ada 3 cara nak join  March for Malaysia iaitu melalui web , Twitter or Instagram dengan mengupload gambar ..  Dah bersedia ? Klik SINI utk ke join …

image

image

image

Selepas upload gambar korang tu ingat utk #unite4msia … gambar korang tu akan terpampang di laman web rasmi Unite For Malaysia Parade ni , http://gush.ly/merdeka.benashaari nanti . Haaa …

Amacam ? Best tak ? Lagi ramai join lagiiii meriah !! Bila korang letak cursor kat kotak gambar tu , maka terpampang laaa details seperti kat bawah ni … hehehehe ..

image

Amacam ? Menarik tak ? Kalau rajin , pasti korang akan dapat ramai lagi kawan yang pastinya lebih menarik sbb .. korang punya minat yang sama !!!

Tunggu apa lagi ? Jom la submit gambar kita !! Jangan lupa yer , gambar mestilah bertepatan dan sopan .. Jangan bagi gambar mengarut ngarut yer…

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 !

Berhari raya dengan bergambar sana sini !

 

Aku antara mereka yang takkan usung kamera DSLR ke hulu ke hilir. Cukuplah sekali je memilikinya dan hilang gara gara tercicir  akibat kecuaian sendiri ! Banyak sangat beg nak usung ! Hurmm..

Jadi , aku buat keputusan kamera aku perlulah sentiasa dalam poket aku ! Ini bermakna , hanya telefon pintar masa kini saja mampu menepati kehendak aku .. Persoalannya yang mana satu ? Dan pastinya ianya perlulah memenuhi segala situasi dan keadaan . Paling penting , mampu milik !

Banyak jenis telefon pintar dah aku cuba .. Sebelum aku guna , aku gemar baca review pengguna pengguna lain terutama di Youtube . Dan aku terpikat dengan review mengatakan kualiti gambar dari telefon pintar ini mengagumkan !

Aku pasti mana mana telefon pintar masa kini mampu menghasilkan gambar gambar yang cantik terutama di siang hari tapi bagaimana pula dengan sebelah malam yang kekurangan cahaya ? Apakah hasilnya memuaskan ?

Baru-baru ni , aku ada hadiri majlis Hari Raya anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Perak. Majlis yang dianjurkan di sebelah malam pastinya sukar untuk mengambil gambar terutama di kawasan kawsan yang gelap ..

Namun , tidak bagi aku.. Aku berjaya mengambil gambar tanpa sebarang masalah !

 WP_20130816_093

WP_20130816_071

WP_20130816_079

WP_20130816_088

Kesemua gambar ni aku tak gunakan flash yang ada pada telefon pintar tu .. Aku guna automatik jer .. Sentuh ke pada skrin tu dan , zaass .. dapat sekeping !

WP_20130817_002

Gambar ni aku amik dari dalam bilik hotel jer .. Namun hasilnya sangatlah memuaskan hati aku ! Jelas dan nyata.

Yang dibawah ni , ketika hadiri rumah terbuka rakan aku di Bangi . Kambing goleknya jelas kelihatan serta bara apinya ! Tak guna flash yer !!

WP_20130818_072

Dan aku test amik gambar Qhaliff dalam rumah dengan lampu semua ditutup ..

WP_20130814_004

Amacam ? Ok tak gambar gambar gambar  ni ? Tertanya telefon pintar apa yang aku gunakan ? Tadaaaa …

Photo

Tahu tak ? Tak ?? Haaaa .. kalau tak tauuuu , aku kasi tauu jenama telefon pintar yang aku guna untuk amik gambar gambar diatas ni .. Mudah jeee … Klik SINI dan jangan lupa join contest yang dianjurkan .. mana tau dapat satu telefon pintar yang best ni !!

Amuk sat di Hospital Putrajaya ..

Mak dia gi check up jap .. Sementara tu , aku bawak Qhaliff main dalam bilik permainan setelah wife bagitau kewujudannya .. Di situ , ada beberapa orang budak yang lebih tua dari Qhaliff dok main..

Aku tengok budak budak ni main , kasar semacam . Dok pakat menolak laa .. Memanjat tanpa kira kehadiran budak yang jauh lebih kecik dari mereka ..

Geram aih ngan sorang budak ni ...Tak reti  la nak main elok elok .. Yang bapak dia dok sibuk layan laptop.. Bukannya nak ikut sama tengok anak tu ..

Anak dia , dok pakat tolak Qhaliff bersungguh nak kasi jatuh. Bila aku ubah Qhaliff gi main jauh dari dia , dia datang menyakat lagi .. Aku ubah lagi .. Aku main je ngan Qhaliff .. Dia mai nak sakat lagi. Aku dah 3-4 kali kerling kat bapak dia .. Dalam hati aku ,

“ Mai amik anak ang sebelum aku piattt .. “ ..

Takde respon dari bapak dia. Budak tu dah 3 kali aku jegilkan bijik mata ! Tak makan saman   Geram aihhh.. kan kenaaa dah ngan akuuu...

Ingatkan dah serik .. Dia mai kaco lagi .. Terus bwk keluar Qhaliff sebelum aku amuk kat bapak dia .. huh !

Bukan apa , Qhaliff tu masih rapuh . Kalau ditolaknya jatuh tersungkur atau terduduk , camana ? Tulang belakang dia bukan kuat lagi .. Kang jadi apa apa , takat saman tak guna bro !!

Nak dpt anak bukan senang woo ! 2 kali gak mak dia dioperate ! Bertahun gak menunggu wooo !!

Memang perangai budak gitu tapi mak ayah perati perati gak laaaaa .. Jangan biar anak tu gi aniaya budak lain .. Nanti dibawak perangai tu hingga ke besar .. haaa ..

Takat baya baya gini , ok laa gak .. Gambar bawah ni .. Geng geng Qhaliff ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ke rumah blogger lagi !

 

Berturut turut dari rumah Ujang ari tu , ke rumah Yanty dan seterusnya Mieza.. malam ni , umah blogger Lan Careno lak ..

Photo

Photo: Mlm ni ada tetamu dtg beraya kat umah... thanks smua... jgn serik dtg lagi k...

Malam ni juga pertembungan kali ke tiga berturut turut Qhaliff dan Zafirah ! Hahaha .. Dan Qhaliff takde mood nak ‘bergurau senda’ pada awalnya sbb dok meneran nak berak ! Hahahah ..

Dah , berak .. baru bestttt !!

Photo

Esok rumah sapa lak .. Rumah aku ?? Erk , segannn .. umah kecik .. huhu ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI