Jumaat, 30 Ogos 2013

Bila dia buat ‘ karenah ‘ ..

 

Kul 2 lebih pagi tadi , dia terjaga dan kembali sukar nak tidur ! Aku , yang baru nak lena daahh kembali jaga dia bersama sama wife .. Fuhhh .. lama jugak nak tidur balik dia ..

Lepas salin lampin dia dan pasangkan zikirullah ,baru dia lena balik .. bersama sama aku .. hehehe ..

Pagi ni , gi umah mak aku. Risau gak berdua ngan dia .. mana tau dia demam dia naik .. haaa .. mengelabah aku nanti ! Yelah , kereta dah wife bawak gi kerja .. takkan nak tunggu dia balik kan ?

Sian dia .. ngantuk sangat tuu .. Dah dibuai dek mak aku , baru dia lena .. lama la gak dia tdo .. Dari kul 10 lebih hingga 1 lebih …

Aku tak kasihan kan Syamsul pon ..

 

Sol , HECK tu salah eja .. HACK , baru betul .. heehe ..

Kenapa aku tak kasihankan dia ? Sebabnya dia tak kasihankan masyarakat dengan menerbitkan filem filem yang kesan buruknya jauh lebih banyak dari baik . Maaf yer ..

Aku tahu , mereka semua ni adalah peniaga yang hanya fikirkan keuntungan saja .. Dan aku selaku ayah yang punya anak dan ramai anak buah , yang mana bertanggungjawab mengawal tindak tanduk mereka pasti akan membanteras filem filem yang tak elok langsung untuk kepala otak !

Dari trailer saja dah buat aku loya .. Bahasa bahasa yang digunakan , konon kononnya itulah gengster di negara kita sangatlah ‘menjijikan’ dan tak sesuai langsung untuk dihidangkan !

Maaf yer.. Aku teringat satu forum yang aku hadiri . Kata mereka , mereka ni pembikin filem yang cuma fikirkan keuntungan. Soal tapisan ni , mak bapak sila amik tanggungjawab ! Jadi , aku mainkan peranan aku .

Aku tak tau la apa LPF buat dan apa kriteria mereka untuk tapis filem filem ‘murahan’ gini .. Mungkin ‘mereka’ pon terikat gak … Nak kata apa kan ?

Buat Syamsul , rugi skit tak pe la kan ? Tapi fikirkan di satu sudut .. Apakah ini satu petanda dariNya ? Maknanyaa .. silalah hasilkan filem yang bermutu tinggi . Soal untung , kan bagus segala keuntungan dikumpul dan dinilai di ‘sana ‘ kelak ..

Gud luck nooooo …  Kalau filem bagus , aku sokong … Tak bagus , aku tak sokong .. hehehe ..

Amuk la pulak Qhaliff ..

 

Penat + Selsema … Sian dia .. Agaknya sbb gi hospital tadi kot .. Hurmmm …

Tadi nak tidur , skit punya susah dia .. walhal dia mengantuk sangat dah ! Dari kul 9 cuba tidurkan dia .. Dia pun nak tidur tapi sukar nak bernafas ..

Aku cuba berkali kali.. Liat kali ni .. Aku ajak wife keluar berjalan. Confirm dia akan tidur dalam kereta .. Tapi wife mintak nak cuba utk kali terakhir ..

Dan .. berjayaaa .. Bila dah tidur , baru letak kunyit kat batang hidung dia tu.. Tak sampai beberapa minit , dengar dah dia bernafas dgn elok .. Alhamdulillah ..

Tiba tiba pulak aku tak leh tidur ! Tadi beria punya mengantuk ! Huh ..

Ops. tanda merah .. hurmm.. benjol lom hilang ! Sebab tu aku kena kawal skit dia ni .. Masih belum kuat lagi kaki dia .. Kang bersepah benjol , macam aku dulu ! huhuhuh .. Tapi aku sbb WWF punya pasal !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI