Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 31 Ogos 2013

Bila Ammar datang ..

 

Ceria giler Qhaliff .. Aktif sungguh laaaa … Sampai laa Ammar , sepupu dia nak balik rumah .. meraung giler nak ikut !!

Sugguh la tak percaya si bambam ni yang aku selalu dukung dan cium , dah besar dan nak berkawan daah sangat ! Hurmmm ..

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Budu milo dengan tepung gomak !

 

Perghhh … Hari ni , kali kedua aku join pertandingan cari harta karun .. Saja nak meriahkan Hari Kebangsaan dengan join aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Pelancongan Malaysia , Matic di Jalan Ampang.

Dua aktiviti yang buat aku .. adeh.. Mual dan nak pengsan ! Yang pertama ..

Aku dikehendaki cari keychain dalam bekas berisi tepung ! 5 keychain aku jumpa tapi bukan yang dikehendaki ! Aku tewas sbb kesuntukan masa .. huhu .. Tak jumpa jugak !!

Satu lagi , semua peserta dikehendaki minum air milo ditambah dengan budu ! Budu wehhh !! Sampai sekarang masih terasa kemasinan ikan bilis wehhh !!!

Kalah ke menang ? Tu nanti aku citer .. tapi aktiviti hari ni , mmg meninggalkan kenangan manis buat geng geng aku .. hehehe ..

Kenapa kena beli In Trend September 2013 ?

 

Sebab aku adaaaaaaa .. heheeh...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berbaloi ke jadi blogger ???

 

Baru-baru ni , aku ada ikut rombongan media ke Perak dan Pulau Pinang untuk sambutan Hari Raya anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia .

Aku ikut sebenarnya ada satu tujuan.. Hanya satu tujuan !! Untuk cari network bagi merealisasikan impian aku selama ini ! Impian aku setelah bergelar blogger !

Dan di Pulau Pinang , aku berjaya melakukan langkah pertama yakni bersemuka dengan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato Mirza untuk meluahkan segala idea aku bagi membantu mereka mempromosikan sektor pelancongan negara ini !

Alhamdulillah ! Kerja giler aku ‘menyekat’ sebentar pergerakkan Dato Mirza , berbaloi ! Beliau sendiri pun aku respek kerana sanggup luangkan masa untuk dengar idea aku tu.

Kemudian , dia mintak aku hubungi dia . Dia bagi kad untuk perbincangan selanjutnya di pejabat !

Selang beberapa hari , aku email padanya seperti yang beliau minta .. Dan … tiada jawapan untuk beberapa hari . Tapi , aku sabar sbb aku dulu pun penjawat awam. Tau sangat laa bab email ni .. Bos bukan selalu ada dalam pejabat.. Sibuk benar mereka .

Dan hari ini ! Hari ini satu sejarah buat aku bila …. email aku mendapat jawapan ..

Tuan,

Sukacita saya diarah merujuk pekara di atas.

Untuk makluman, YBhg. Dato’ Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia telah memanjangkan email tuan untuk perhatian Pengarah Bhg XXXXXX pada hari ini. Mohon pihak tuan dapat hubungi Setiausaha kepada Pengarah tersebut iaitu XXXXXX untuk susulan surat permohonan tuan tersebut. T.kasih.  “.

 

Terkedu jap aku . Wow ! Wowww !! Aku kena susun langkah seterusnya minggu depan . Semoga menjadi kenyataan .. InshaAllah.. Alhamdulillah .

Sapa kata tak berbaloi jadi blogger ? Apa yang perlu ada ialah strategi. Mula mula , naikkan blog .. kemudian , keluar dari dunia anda dan mulakan bisnis !

Merdekaaa ! Merdekaaa !! Merdekaaa !! ke 56 ..

 

Apakah erti Kemerdekaan buat kita semua ? Apakah memadai dengan bebas ke sana sini ? Bebas berbuat apa saja ? Bebas dalam erti kata sebenar , ini negara tanah tumpah darah ku ..

Tapi .. apakah kita benar benar bebas ?? Hehehe.. Kita saja tau .. Apa pun , selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 56 .. MALAYSIAKU BERDAULAT , TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI