Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 1 September 2013

Gara-gara tengok gambar Qhaliff !

 

Hari ni je aku dapat 2 komen dari rakan rakan di dunia maya ni . Katanya dia mimpi jumpa Qhaliff .. dan kami sekeluarga .. huhu ..

Huhu .. sian… Sampai ke dalam mimpi haaa.. Mesti tengok banyak sangat gambar dia ni .. Ok la , pasni aku kurangkan gambar dia dan banyakkan gambar aku .. Harap mimpi aku lak pasni yer ! Heheheh ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kibar Sang Saka la pulak !!

 

Di pagi Hari Kemerdekaan sewaktu nak ke Matic ,Jalan Ampang .. aku ternampak laaa satu video ni kat Facebook .. Hurmmm .. Aku tonton dan aku geleng kepala !!

Benar .. aku ni tak la sokong kerajaan sangat dalam sesetengah isu tetapi jangan la melampau sangat !!

Sang Saka Malaya

Perlu ke buat gini ?? Dan satu lagi , kalau nak tukar kerajaan tak perlulah la nak tukar bendera !! Guna je la yang sedia ada !! Yang penting , bagaimana kita nak hormat negara kita ni !

Adoiiii .. mengarut betul laaa .. Di malam bersejarah gini pon nak buat isu tak berfaedah gini .. Kalau nak tukar sangat bendera , gi pulau pulau terbiar dan binalah empayar sendiri kat situ ! Rasanya di negara ni tak kira la apa jua sokongan parti politik , bendera tu dah cukup ok dahhh …

Respek bro tu rampas bendera yg mereka pegang !

Jom gi beraya ..

 

Di penghujung Syawal , banyak jemputan diterima . Ada yang dapat ditunaikan , ada yang tidak. Hari ni , ada sekurangnya 5 jemputan ! Tapi dapat tunaikan 2 jer tu pun dalam kawasan taman perumahan sendiri jer ..

Awal pagi , dah pergi Hospital Putrajaya . Wife ada check up lagi .. Hurmm .. panjang nak cerita ni .. Lagi pun , wife tak kasi cerita lagi dalam blog .. Nanti dah lama skit , baru leh cerita ..

Bagi yang menjemput tu , terima kasih. Maaf tak dapat nak memenuhi jemputan sbb masalah timbul minit akhir. Qhaliff pon wat perangai last minit haa.. Dia dah penat duduk dalam kereta dan mengantuk sangat. Kang gi umah orang , dok layan karenah dia lak ..

Tuuu gambar .. dia dah pandai bukak pintu ! Makin tak leh dibiarkan dah pasni ! Bahayaaa wooo ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Aku dengki ?

 

" Bila org melayu berjaya ade je yg xske.itulah bgsa melayu.. "

Salah satu komen pada entri " Aku tak kasihankan Syamsul pon .. " Kalau berjaya sorang sorang dan rosakkan masyarakat , nak bangga ? Caitt !

Oh , rosakkan masyarakat ? Kata mereka lagi la konon .. Nak tanya la skit .. Apakah filem yang diterbitkan itu berjaya membina masyarakat penyayang ? Atau filemnya itu layak dijadikan contoh untuk generasi akan datang ?

Filem box office .. dia untung besar .. Masyarakat ???? Sibuk dok tangani masalah samseng terutama pada remaja remaja sekarang ni ?

Akal letak mana ? Nak kaya , silakan. Digalakkan .. Tapi jangan 'rosakkan' masa depan orang lain ! Serupa aku bikin disko .. Sapa suruh masuk ? aku tak suruh orang islam masuk pon tapi apakah aku larang kalau ada yang nak masuk ? Eh , masuk tanggung la dosa sendiri kan ? Walhal kita tau , kita yang bina disko tu pun menanggung dosanya ! Macam dah tak de punca rezeki lain !

Aku ingat nak letak gambar tapi tak pe laa .. wat sakit mata je tengok .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI