Selasa, 3 September 2013

Selagi daddy tak masuk bilik !

 

Selagi tak layan Upin Ipin dengan dia , dia tak nak tidur ! Kalau layan , dia akan tunggu sampai penghujung cerita tu ! Dia tau wooo.. Jangan temberang laa sama dia .. Kalau cuba skip , dia akan tunggu laagiiii !!

Ada gak berkali aku cuba melarikan diri keluar dari bilik .. Dia yang dah mamai otomatik cerah mata dan kejar aku.. Pastu dia bebel dalam bahasa Jerman . Aku melangkah masuk dan baring .. dia baring atas lengan aku ..

Bila abis , otomatik cari mak dia .. susu time dan lenaaaa ! Aku ? Aku ?? Jam dah kul 12 malam , baru leh buat kerja wehhh !!  Adehh ..

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Taktik keji Qhaliff !!

 

Gambar ni mmg saja aku telengkan supaya aku dapat detect yang korang sedang membaca entri aku .. heehhe ..

Seharian dia tak keluar rumah . Bila mak dia balik dari pejabat , dia cepat cepat bersedia depan pintu pagar . Dia standby nak keluar . Tapi gagal sbb aku halang dia .. Dia nangis haaa …

Aku bagi dia remote kipas tu .. dia buang keluar ! Tujuan dia , supaya aku bukak pintu untuk amik dan dia boleh keluar sekali !!

Hampehhhh .. ini semua akal sapa pon tak tau laaaa .. Tapi gagal juga keluar sbb dekat sangat dia buang .. hahahaha …

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila Qhaliff menangis ..

 

Huh !! Aku post gambar ni kat FB , ramai tanya napeee tuuuu .. Olololooooo … Amboiiiiii !! Kalau bapak dia post gambar kuar air mata , ramai pulak cirit birit masa tu gak ! Huhhhh.. Kat Instagram pon sama ..

Kenapa dia nangis ? Ada yang ingat dia nangis sbb rambutnya akan dibotakkan .. hehe.. Ada yang ingat daddy dia marah .. hehe.. Memang daddy dia marah ..

Dia mengantuk sebenarnya .. Sangat mengantuk tapi berusaha tak nak tidur. Pastu gi laaa main kat decoder Astro dan video tu. Kan berselah wayar kat situ..

Bila tegur , terus menangis.. Manja benar laa.. Tapi sebelum dia nangis , dia seligi dulu bapak dia ni haaa .. Baru la dia nangis ! Garang aihhhh .. Mana dapat garang ni pon tak tau laaa ..

Bila paksa letak dalam buaian , pasang video Upin Ipin , baru diam … dan tak sampai 5 minit , berdengkur !

Apahal bila aku nangis , takde sapa pon nak tanya ???? Mana gi anak anak dara yang comel comel tu ? Ni yang nak gi menangis kat jiran sebelah ni .. Ada 15 anak dara comel weh.. Sambil nangis , tunjuk muscle .. Pewittt !

20 sen je pon laa !

 

Perghhh … Ramai laaa dok kata 20 sen ponnnn .. Huihhhh … Mudah benar mereka berkata sedemikian .. Dia ingat , 20 sen tu .. leh jumpa tepi jalan gitu gitu jer ??

Memang benar la kot kenaikkan harga petrol hari ini berkait rapat dengan ekonomi dunia .. Aku bukanlah pakar ekonomi utk membahaskannya tetapi ramai dah jadi pakar untuk membahaskannya.

Dulu sewaktu aku makan minum mak pak aku suapkan , aku tak la terasa sangat. Kalau nak terasa pun , terasa kat tambang bas mini yang automatik akan naik bila minyak naik .. hehehe ..

Ahmad Fazly's photo.

Sekarang ni , sejak bekerja dan bekeluarga  .. kenaikkan harga petrol ni mmg pasti membebankan aku dan ramai lagi , mereka yang berpendapatan kais pagi makan pagi ni ..

Tertanya gak aku kenapa kerajaan tak cover je kenaikkan ni dengan naikkan lagi harga rokok , arak , judi , tempat tempat maksiat yg senantiasa jadi kunjungan ramai dan wujudkan juga saman saman seperti saman khas untuk mereka yang buka aurat , berpeleseran tak tentu arah pada tengah malam dan sebagainya ..

Mungkin idea aku tu nampak pelik tapi sebenarnya ianya menyelamatkan banyak nyawa wooo … Yeke ? Pikiaq la sendiri ..

Buat mereka yang rasa 20 sen tu kecik , cuba la buat blog dan pacak banner iklan kemudian dapatkan  20 sen dengan cara halal … Baru tau camana sukarnya ..

Kalau korang dah kerja bagus , pandang kiri kanan .. Bukan semua orang bernasib baik seperti anda dan ingatlah kehidupan ini… Ada kalanya kita di atas , dan ada ketikanya kita di bawah .. Jangan sombong dan takbur !

Nak naik berapa puluh sen sekali pon , naik la.. tapi jangan temberang rakyat !

Botakkan Qhaliff !

 

Panjang sangat dah rambut dia .. Mak dia suruh aku potong .. Aku bukan tak nak tapi aku kalau potong , mmg tak tinggal apa apa dah !

Maka aku rasa laaa .. aku nak botakkan kepala Qhaliff ni .. Pasni takde la orang mimpi dia dah .. Siannnnn mereka tu.. Dan pastinya daddy akan lagiii hensem dari Qhaliff .. hehehe..

Yeayyyy …

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff , nak jugak gi Cheras !

 

 

Mahai petrol sekarang ni nak .. Kena tunggu BP1M ( Bantuan Petrol 1Malaysia ) untuk terus gunakan kereta aku tu untuk selama beberapa bulan lagi .. huhu ..

Buat masa sekarang , buat gi kerja je la boleh .. Boleh gitu ? Hahaha.. Kena berjimat cermat wooo .. Pasni macam macam lagi nak naik.. Bersedia je laaa …

Sememangnya isteri begitu ..

 

Badan aku dah jadi gini sbb 3 bulan dah tak gi gym gara gara siku sakit. Nak buat tekan tubi 1 kali pon tak leh wooo .. Kira macam Badang dah hilang kekuatan la gitu.. hehehe .. Tapi tak la kuat cam Badang ..

Bermula semalam , aku kembali mencergaskan diri setelah mengetahui perut aku melebihi talipinggang seluar aku dah. Kalau pakai seat belt , confirm leh main ngan lemak yang terkeluar tu ketika di depan lampu isyarat merah .. hehehehe ..

Maka pagi ni , aku rancang nak jogging selepas subuh.

“ Nak gi jogging ni .. “ . Aku bagitau wife selepas mandi ..

“ Hujan la kat luar. “. Wife berkata dengan penuh kasih sayang. Aku pun melemparkan senyuman dengan penuh kemanisan. Ah , best sungguh berumahtangga ni .. Hahahaha.. cam hampeh giler ayat !

Aku pon batalkan hasrat aku berjogging. Tapi aku bersenam je kat rumah. Nasib baik la ada besi besi aku tu. Boleh la jugak keluarkan peluh atas bawah ! Hehehe ..

Selepas beberapa kali mengangkat besi , aku pon ke tingkap untuk tayangkan pada orang ramai yang lalu lalang di jalanraya , 400 meter jaraknya dari rumah aku .. Hahaha.. macam laaa diorang lalu nak tengok badan berlemak aku nehhh ..

Tetiba aku tersenyum.

“ Tak hujan pon .. Ni mesti wife risau aku gi cuci mata kat luar ni .. Maklumlah , jiran aku ni anak anak dara haaa.. Hijau belaka ! 15 orang lak tu.. Tak pe , aku memahaminya .. “ .. Aku sambung balik senaman..

Orang perempuan mmg gitu. Cemburu tapi tak nak akui . Ego lebihhhh.. Mengaku kan senang ? Aiyooo …

Esok kalau aku tak update blog tu , maknanya laptop aku dah dirampas ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI