Khamis, 5 September 2013

Bila wife ajak minum petang ..

 

“ Bang , jom gi lepak mana mana petang ni.. Pekena cekodok ke .. “..

Hurmm .. Dia dah temankan aku sepanjang hari. Aku dan Qhaliff , demam. Petang tadi , demam aku dah ok .. Qhaliff , on off demam .. Wife lak pregnant .. Hurmm ..

Aku ok je.. Boleh gi lepak minum tapi aku bagitau dia balik ..

“ Kita nak keluar ni , seliter dah up 20 sen. Kang nak makan , silap silap harga pun dah naik .. “.

Terus tak jadi. Wife aku ni , mmg berkira la bab duit ni sbb kitorang dalam proses penjimatan. Maklumlah , inshaAllah ada orang baru nanti. Nak kena guna duit banyak woo ..

Ada orang tak nampak kesan dari kenaikkan 20 sen ni . Benar , lambat laun segalanya akan naik . Tapi kenapa sampai sebegitu tinggi ? Sekurangnya 5 sen ke .. Tidaklah kitorang ni terkejut beruk walhal dah tau akan kenaikan harga petrol ni sebelum PRU 14 tu lagi walaupun dinafikan oleh seseorang yang kononnya takkan naik ! Tak baik tipu tau ..

Tak kisah laa .. Aku pun dah tak tau nak potong camana lagi .. Rasanya pasni nak terajang buang la Astro .. Apa lagi eh nak potong ? Hummmm .. hurmmm … Gym pon dah tak gi .. Layan kat rumah jer .. Nasib baik anak dara sebelah umah cun cun.. Bersemangat sikit nak jaga badan skang ni .. hahahaha … Masak aku ngan wife nanti !

Budak demey ..

 

Seharian ‘berkemban’ gini jer .. hehehe … Mandi kasi sejuk badan skit bila naik suhu badan dia ni.. Pastu sejuk balik .. Siannn ..

Tapi bila dah sejuk , daddy lak panas ! Panass sbb dia ajak main kejar kejar ngan dia ! Hahahaha .. Daddy lak kena mandi pastu ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pandai dah diaaa …

 

Minum milo dia tanpa pengetahuan mak dia .. Hahahha.. Kalau mak dia tau , marah ni .. Tak kasi minum air kotak byk sangat ..

Sememangnya perangai budak .. Straw tu confirm dia tarik keluar dari air kotak tu kemudian tonggang gitu jer..

Dan kemudian masukkan balik straw tu .. Sebelum ni berkali dia cuba masukkan straw tu semulaaa … Hari ni , dia berjaya dengan sekali buat jer ! Waaaa …. Teror dah diaaa…

Bagus , bagus .. macam bapak dia gak .. hahahaha .. Mak dia kata apa tau bila bapak dia asyik kata macam bapak dia jer ..

“ Nak jeee aku komennnn balasss .. “ .

Hahahaha .. komen laaa .. tak approve poonnn .

Published with Blogger-droid v2.0.10

KL1FF : Bersantai di Matic , Jalan Ampang .

 

Dulu sewaktu aku berkhidmat di Kementerian Pelancongan Malaysia ( sekarang dah tambah dan Kebudayaan ) , Matic ni adalah tempat aku suka pergi. Kenapa ? Ia membawa kenangan aku sewaktu kecil dulu. Aku ingat lagi bapak aku bawak aku ke sini berjalan jalan. Di sini aku mula berminat mengenai pelancongan dalam negeri kita .. hehee ..

Kali ni , aku kembali lagi. Bukan sebagai staff Kementerian tetapi sebagai blogger yang ingin bersantai bersama sama rakan rakan blogger yang lain di sini .. hehehe ..

Tujuan hari tu adalah untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Matic . Dengan tema Merdeka , Merdeka , kitorang join Merdeka Hunt 2013 untuk julung julung kalinya ! Heheheh ..

Merdeka Hunt kali ini dimeriahkan oleh pelbagai bangsa, jantina dan usia. Memang best !! Tak sangka mereka yg join ni pon sporting ..Memang santai abis la kat sini .

Merdeka Hunt ni , para peserta dikehendaki selesaikan 10 soalan dan perlu buat 10 ujian fizikal ! Hehehehe.. Serius , mencabar mental dan fizikal .. hahaha ..

Silapnya , kitorang ‘mentah’ dan tak tau strategi !

Dapat laaa saguhati .. Ok la tuuuu .. Nanti ada lagi aktiviti gini di Matic ! Memang rajin la pihak Matic buat aktviti begini .. Selain Merdeka Hunt , ada pertandingan melukis untuk kanak kanak ..

Dan sebelah petang setiap Sabtu pula , bermulalah KL1FF atau Kuala Lumpur Family Fest yang menyediakan pelbagai aktiviti dan acara menarik untuk pengunjungnya .. Antaranya nyanyian , persembahan kebudayaan , jualan dan macam macam lagi .. Leh rujuk pada entri aku yang lepas di KL1FF @ MATIC : Jom ke sana !! ni haaa ..

Aku yang ada di sana petang tu , mmg terasa bahang kemeriahannya KL1FF yang diadakan setiap hari Sabtu , sepanjang tahun !

Deretan booth yang bakal dipenuhi dengan pelbagai jualan di kala malam hari ! Tunggu apa lagi kan ? Jom la ajak kengkawan lepak sini .. Aku plan nak buat gathering blogger kat sini satu hari nanti !

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pakej demam ..

Nak rehat dari update blog hari ni.. Aku ngan Qhaliff , demam .. Tak tau dr mana mai , takde angin takde ribut .. demam.. huhu..

Wife kena jaga kitorang ..sian diaa .. Aku nak kasi 'pembantu' , tamoo dia .. heheeh.. Demam pon gatai lg ehh ???

Published with Blogger-droid v2.0.10

Qhaliff bakal dapat adik tahun depan ?

 

Dah dua kali gi hospital untuk sahihkan selepas guna tester . Alhamdulillah , mmg sahih la .. Bukan khabar angin dari mana mana pihak ..

Cuma … kena ulang alik gi hospital lagi sebab .. Hurm … Wife tak kasi cerita dalam blog .. Doakan kami agar bertambah lagi umat Muhammad S.A.W ..  dan dapat baby yang sihat dan comel cam bapak dia ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI