Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 6 September 2013

Kereta kecil warna merah Qhaliff ..

 

Bapa ku pulang dari Raja Laut .. Bapa ku belikan kereta .. Kereta kecil warna merah .. boleh ku bawa racing ngan jiran sebelah ..

Heheeh.. dapat akhirnya Qhaliff sebuah kereta .. Rm250 wooo.. Aku beli hok guna bateri.. tak guna petrol wooo ...

Manjakan dia ? Lama woo tunggu kehadiran dia dlm hidup kitorang ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

“ Perempuan ke ? “

 

Aku rasa bukan sekali dua .. banyak kali dah orang dok tanya aku tiap kali bawak Qhaliff gi jalan jalan ..

“ Perempuan ke ? “ ….

Adeh .. sikit punya kacak cam aku ni dia leh tanya perempuan ?? Aku ni ada rupa perempuan ke ???

Hurm.. tak kesah la Qhaliff oiii .. Janji kacak tetap menten .. hahahaha .. 

Gemuk dah aku kan ? Huhuh…

Boleh pengsan gini !!

 

Photo

Aku gi klinik swasta kat cheras . Klinik ni asal bukak jer , confirm penuh punya ! Doktornya berbangsa cina .. Yang datang pulak berbilang kaum. Pembantu kliniknya terdiri dari orang melayu dan india .. Bagus kan ? 1Malaysia kooo ...

Qhaliff demam lagi .. Tapi pagi tadi dia dah seolah pulih. Ceria dan cergas semacam je tapi kat badan dia naik banyak bintik bintik merah. Risau la gak .. kena dapatkan nasihat doktor bertauliah ..

Sejam lebih tunggu giliran. Seorang masuk , mau mau dekat 20 minit gak la terima rawatan . Aku tak tau laa doktor tu dok periksa apa sampai gitu punya lama ..

Giliran Qhaliff masuk ... Doktor tu tanya sakit apa .. Bila wife dan aku bagitau mengenai Qhaliff , dia periksa segalanya . Qhaliff lak buat bilik doktor tu serupa bapak dia punya. Merayau sana sini dengan gembiranya.

Doktor senyum je. Dia pon bagi la pendapat dia panjang lebar termasuk la kemungkinan kemungkinannya .. Nasib baik dia kata tak mungkin denggi berdasarkan pada fizikal Qhaliff. Dan dia nampak Qhaliff ok ..

Sepuluh minit dalam tu , kitorang keluar. Wife cuma mintak ubat demam risau risau dia demam teruk lagi .. standby jer ..
Gi ke kaunter , pembantu klinik bagi ubat sirap jer . Minum bila perlu sangat jer .. Dan bila tengok bilnya ... Tau berapa ? Cer teka ..

Teka laaaaa … hehehehe …. Dan jawapannya ialah … RM6 hengget jer ! Tu pon sebab mintak ubat demam. Kalau tak , free jer .. Gilo koooo .. freee tuuu .. Mak aku kata biasanya dia akan amik RM40-50 .. tapi  sbb aku hensem kot dia kasi free …

Hahaha .. meluat ? Sekati ler .. hahahaha …

Kerana 20 sen !

 

Semalam , aku bebel abis laaa kat FB pasal RON95 naik 20 sen. Dan ramailah rakan di sana sepakat dengan aku bahawa kenaikan 20 sen ini memberi kesan pada rakyat yang berpendapatan sederhana dan juga rendah ..

Satu demi satu aku berikan contoh yang realistik agar mereka yang dok kata ‘20 SEN JER PON ‘ itu sedar diri .. Ada yang tetap dengan pendapat pendapat mereka yakni menyokong tindakan kenaikan itu. Tak kisah la .. hak memasing cuma kalau boleh , bersikap berhati perut skit dengan memberikan pendapat yang lebih berperikemanusian dan bijak.

Seperti biasa .. bila bab bab begini , pasti ada yang tak berkenan . Aku tengok di bahagian Friends aku tu .. kurang 3 orang tiba-tiba ! Hahahah .. aku tersenyum jer.. Ini perkara biasa .. Di ruangan Followers juga kurang 3 .. Aku senyum lagi. Ada yang terasa ke ?

Aku up status di FB ..

Waaaahhhh .... Makin ramai UNFRIEND aku ni .. heheheh ... Sila sila ... Leh approve kawan yang sudi kawan ngan aku dan bertukar 20 sen ngan aku dan rakan rakan lain .. “

Tak lama kemudian lebih 15 orang add aku di situ dan hampir 400 orang LIKES ! Itu yang baru add .. yang dah queue nak tunggu aku approve ? Mak aihhhh .. Ramai juga yang sudi nak berkawan dengan orang tua ni .. hahahaha .. Terima kasih la yerrr ..

Aku up lagi satu status di Timeline aku ..

Aku cuma mampu jadi 'keyboard warrior' .. Sbb apa ? kalau gi angkat sepanduk , dikatanya melanggar peraturan .. Kalau buat surat bantahan , belum tentu dibaca atau ke tong sampah jer ..
Bila rakyat kecil macam aku bersuara di dunia maya , sekurang-kurangnya mereka yang dok lena , tersedar betapa sebenarnya dunia tak seindah mana pon . Kita dok dibuai mimpi yang direka agar terus lena .

Aku , antara mereka yang dah 'terjaga' . Kata la apa pon , aku bukan pejuang atau pemberontak cuma RAKYAT MALAYSIA YANG MEMEGANG MYKAD yang sah ... “.

Nampak kecik je 20 sen ni .. Silap silap aku pun terpaksa naikkan harga iklan di blog aku ni .. Tapi tak sanggup la pulak..Sian kat rakan rakan yang nak meniaga secara halal ni .. huhu ..

Pakej perkahwinan Amir Naufal Photography

 

-iklan-

 

Assalamualaikum..Hai hai hai… halo halo halo .. Masih tercari-cari fotografer profersional untuk hari bahagia anda?  .. Ingin mencari photographer dengan harga yang berpatutan? 

Amir Naufal Photography dapat membantunya.. Pernah dengar Amir Naufal Photography?? Kalau x pernah meh saya kenalkan.hehe

Saya rasa x perlu kenalkan denga kata2..lebih baik dengan hidangan gambar-gambar..betul x?? hehe..

Ini antara collection daripada Amir Naufal Photography ..

image image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Habisdah..huhu..kalau nak tengok banyak2 lagi gambar..boleh la ke Facebook page : Amir Naufal Photography

Pakej perkahwinan Amir Naufal Photography serendah RM1299

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI